Halaman

Jumaat, 18 Ogos 2017

Penggunaan FrogPlay dalam Frog VLE

Bismillahirrahmanirrahim.
Frog Vle merupakan satu medium pembelajaran yang boleh menarik minat murid. Hari ini, Dieyna nak kongsikan salah satu aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar.
Mula- mula, murid perlu log masuk site VLE sekolah menggunakan login id dan password masing-masing.
2017-08-18
Kemudian, pilih butang Quick Launch , pilih simbol yang nampak ala-ala lampu isyarat tu, FROGPLAY
No
Paparan hadapan FROGPLAY. Setiap objek di atas meja itu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seterusnya, murid klik pada ikon FROG tu (Komputer).
2017-08-18 (3)
Paparan ini akan terpapar. Pada bahagian kiri, murid boleh klik “SELECT PHASE” dan membuat pilihan kategori tahap murid. Bagi sekolah rendah, “Lower Primary” untuk Tahun 1, 2 dan 3 manakala “Upper Primary” untuk Tahun 4, 5 dan 6. Bagi sekolah menengah pula, Lower Secondary untuk tingkatan 1, 2 dan 3 manakala Upper Secondary untuk tingkatan 4 dan 5.
2017-08-18 (6)
Pada bahagian ini, murid boleh memilih mata pelajaran  yang sesuai. Selepas memilih mata pelajaran, murid boleh mula menjawab soalan yang disediakan.
2017-08-18 (7)
Bagi menarik minat murid dalam menjawab soalan, Frogplay ini menyediakan permainan interaktif. Murid menjawab beberapa soalan dan diselangi dengan permainan interaktif.
Mata kredit diperlukan untuk bermain dalam frogplay ini. Mudah sahaja untuk mendapatkan mata kredit, murid hanya perlu menjawab soalan- soalan kuiz yang disediakan. Setiap kali habis menjawab, mata kredit akan diberikan.
2017-08-18 (8)
“Unlock” permainan pilihan dengan menggunakan “Credit” terkumpul. Bolehlah menjawab soalan sambil bermain. Apa tunggu lagi. Jom buka FROG VLE dan rasai keseronokan belajar menggunakan FROGPLAY.















Tiada ulasan:

Catatan Popular