Rabu, 30 Ogos 2017

Cuti-cuti : Melaka Hari kedua

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih bersiaran dari Bumi Melaka. Pagi ni kami memilih bersarapan dalam bilik hotel sahaja. Semalam dah beli makanan siap-siap.

Lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak keluar dari hotel. Destinasi pertama kami ialah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Anak- anak minta naik beca lagi tapi malas dah Dieyna nak melabur kat abang beca lagi jadi kita jalan kaki je ye anak-anak.

Papan tanda ni macam kiut je... Hari ni kami team hijau.

Tak sah jika tak bergambar kenangan hadapan Kota A Famosa ni. Sebelum tu, kami memanjat ke atas bukit di belakang tu. Terasa benar diri ini kurang stamina. Terpaksa berhenti rehat jap kat atas bukit tu sebab mengah. Jantung bukan main lagi berdegup kencang. Hehe

Kapal terbang lama. 


Rezeki kami.. Ada raptai Hari Kemerdekaan di dataran ini. Kesian pulak, tengok abang- abang askar tu. Panas tu leh terbaring atas jalan. Lama plak tu...


adik takut bergambar dengan orang emas hehe

Kalau ada yang buka pintu tu, kes naya je dik... hehe

Malamnya, kami cuba nak naik bot. Tetapi ramainya umat manusia yang beratur. Jadi, kami decide balik hotel. Tidur....

Perbelanjaan hari kedua
Makan tengah hari di Sungai Udang RM37
Beli Cencalok RM8
Makan malam di Limbongan RM44
Cenderahati pakaian RM105
Keychain/ gelang RM10
Kuih Karas RM10
Mendobi RM10
Makan kudap2 RM10

Total RM234

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT