Selasa, 19 Julai 2016

Cerita raya 2016

Bismillahirrahmanirrahim...
Tahun ni nak menulis kisah kami beraya 2016. Memang jadi kenangan sungguh- sungguh sebab beraya dalam mood kurang sihat..

Kisahnya,  seminggu sebelum raya, kami sekeluarga berbuka di luar. Letih masak plus ada orang nak belanja hehe jadi rezeki jangan ditolak, rugi nanti. Jadi, kami pilih restoran yang biasa sangat kami pergi, kategori kena dengan selera lah. Menu kami pilih berbeza, lagipun takdelah mengejar masa sangat sebab kami pergi makan tu selepas Maghrib, Kat rumah minum air masak n kuih je dulu semasa berbuka. Sementara menunggu hidangan utama sampai, kami makan keropok keping goreng cicah kuahnya. Biasalah orang Terengganu kan... takleh lari daripada menu keropok.

Hari Sabtu mata dah mula merah- merah dan gatal. Hannah pulak badan dah mula suam-suam. Terpaksa bergegas balik Kemaman sebab nak beli baju melayu abang. Selesai shopping malamnya, balik ke Paka pulak. Dalam perjalanan, tiba-tiba badan menggeletar. Sejuk sangat-sangat sampai berlaga gigi atas dan bawah. Sampai rumah, terus berselimut sebab mmg sejuk sangat-sangat.

Ahad, konfirm demam. Mata berair, gatal dan merah. Hannah pun sama. Kami syak sebab elergic makanan. Nak tak nak , kena pi klinik juga. Dapatkan rawatan. Demam amik masa juga nak baik, betul-betul hari Rabu tu barulah demam kebah tapi mata masih bengkak berair.

Pagi raya dang snap gambar kat rumah sendiri je beberapa keping. Kemudian, beraya di rumah mertua di kampung sebelah. hehe

Kisah sakit tak berhenti di sini, Hannah pula diserang cirit birit. Berulang kali masuk tandas. Demamnya baru nak baik dah dapat sakit lain pulak. Raya pertama, mana ada klinik swasta yang buka. Jadi, kami menziarah Klinik Kesihatan Paka bahagian Kecemasan di pagi hari raya yang mulia ini. Alhamdulillah, doktor yang bertugas sangat friendly dan memberi banyak info pada kami berkenaan cirit birit ni. 
Depan pintu masuk tu, motor kapcai doktor tu. Sempoi je kan hehe

Selesai urusan, balik semula rumah MIL. Mata dah berada dalam keadaan tidak selesa. Hannah pula dah kurang ke tandas. Selebihnya kami berehat jelaa. Takde istilah ziarah menziarahi dah.Berehat je di rumah MIL hingga ke petang.

Raya kedua, mata masih belum pulih. Hannah dah oke. Tapi en suami pulak terkena cirit birit. Gara-gara sedap sangat melantak tapai pulut. Maka, raya kedua berehatlah juga kami di rumah mak sendiri pulak, di Kemaman. 
Posing sekejap sebelum bertolak ke Kemaman.

Kisah raya  kami pada 2016 ni, memang jadi kenangan sungguh. Takpelah, sakit kan penghapus dosa. Semoga Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kami selama ni. Aamiin.

3 Blogger Bersuara:

Yana Libra berkata...

hadoi..macam-macam ye ujian dan dugaan..sabar je la kan..
nak raya pun tak sng ye

dya bunga berkata...

kenpa xdpt tgk pic kt post ni?

Tanpa Nama berkata...

Ayu demam sehari sebelum raya n sakit tekak smpai xbole makan ape...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT