Khamis, 22 Oktober 2015

Homeschooling : Bermain Buku Besar (Suku kata terbuka)

Saya masih dalam proses mengajar Hannah membaca. Saya menggunakan buku BACALAH   ANAKKU sebagai panduan untuk mengajarnya membaca. Dhia Hannah seorang yang aktif, suka bergerak, menyanyi jadi jika kita nak dia duduk diam membaca memang takleh dalam masa yang lama, sekejap je dia dah rasa bosan. 

Sejak masuk group HOMESCHOOLING ni, banyak ilmu yang  saya dapat dan boleh  praktikkan kepada anak  dan anak-anak murid juga. Salah satu yang saya dapat ialah kenalpasti dahulu gaya pembelajaran anak-anak. Padahal benda ni dah belajar semasa pedagogi di maktab  tapi bila dah  tinggal dan tak praktikkan terus jd lupa... follow je gaya pengajaran biasa yang berdasarkan silibus...

Berbalik kepada aktiviti BUKU BESAR ni, saya sesuaikan aktiviti dengan tingkah laku Hannahh, Hannah suka bergerak, suka buat aktiviti yang melibatkan pergerakan jadi proses menyediakan buku besar ni berlainan  sikit. 


Mula-mula saya tampal kertas Manila di dinding. Tampal guna salotape biasa je  sebab nanti nak tanggalkan semula jadikan buku.

Aktiviti bermula, saya berikan kad gambar dan minta Hannah sebut gambar apa. Kemudian, dia ambil kad gambar tu tampal pada kad manila di dinding. Ulang aktiviti tu , sebut dan tampal. Saya memang duduk agak jauh dari dinding yang ditampal kad manila tu jadi Hannah memang kena ulang-alik, ambil gambar kemudian tampal.... dia seronok je sebab dia belajar sambil bergerak kan... hehe

Dah tampal semua gambar, saya keluarkan pula kad perkataan suku kata kv+kv.. minta dia sebutkan dan  cari padanan suku kata dengan gambar- gambar tadi. Proses tu berlangsung sampai abis semua suku kata dan dia berjaya padankannya. 

Hannah seronok buat aktiviti ni sebagai pengukuhan mengenal suku kata. Memang kena banyak bagi latih tubi supaya sebutan fonetik huruf tu difahami konsepnya.

Alhamdulillah .. hampir sejam jugak aktiviti ni berlangsung... kalau suruh membaca sahaja memang takkan   sampai sejam pun...  sebab dia rasa penat dan sakit kepala kalau duk diam... huhu mcm2 anak dara seorang tu....

Apa-apa pun ini harapan saya kepadanya

SEMOGA DHIA HANNAH BOLEH MEMBACA SEPENUHNYA PADA DISEMBER 2015 NANTI....

Doakan  harapan saya ini termakbul ye....

Oh ya.. yang berminat dengan bahan bigbook ini, boleh muat turun bahannya di sini ye...


8 Blogger Bersuara:

Roziah Muhammad Nor berkata...

anak sy jenis taknak ikut apa ibu ajar.

Shida Munir berkata...

sy xtau nk detect corak pembelajaran ank sy mcmn...klu ckp nk ajr je mst mcm sayur layu...klu main2 ngn dia n dia perasan yg sy tgh mengjar dia mesti dia buat letih...

Shida Munir berkata...

sy xtau nk detect corak pembelajaran ank sy mcmn...klu ckp nk ajr je mst mcm sayur layu...klu main2 ngn dia n dia perasan yg sy tgh mengjar dia mesti dia buat letih...

Dayana Bahar berkata...

anak2 memang gitu,, kalau sebut belajar mesti ngantuk lah letihh laa... dapat 5 minit setiap sesi pun dahh oke.. asalkan kerap..

hana halim@delisha headband berkata...

terima kasih sudi berkongsi cara ini...sy jg baru mulakan utk ank sy buku 1 bacalah anakku..boleh ke sy gn kaedah ni?

Aida Nurul berkata...

kite tgok anak cenderung apa..contoh..ultraman..klu latihan membaca..kad bia ade gmbar yg diminati..mengira bia ade kiraan patung ultraman..jd 1 tarikan pd die..tarik minat dulu..br ajar baca

Aida Nurul berkata...

kite tgok anak cenderung apa..contoh..ultraman..klu latihan membaca..kad bia ade gmbar yg diminati..mengira bia ade kiraan patung ultraman..jd 1 tarikan pd die..tarik minat dulu..br ajar baca

aizuddin87 berkata...

Terima kasih.. berkongsi ilmu.. semoga mendapat kebaikan dari perkongsian :)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT