Halaman

Khamis, 27 Ogos 2015

Award pertama dari Shaklee...

Alhamdulillah, dapat pegang award ni. Sepatutnya  Dieyna dapat naik pentas untuk terima  award ni secara rasmi namun tuntutan tugas suami lagi penting. Dieyna tak  dapat ke majlis yang gilang-gemilang tu tanpa  dia, Tak dapat kebenaran  daripada boss  besar untuk pergi sendiri di tambah pula ada masalah yang lebih  penting perlu diselesaikan.

Sebenarnya, tak terfikir pun akan dapat  juga award ni.Takkanlah diorang sanggup pos bagai kan. Ada juga Dieyna mintak tolong rakan  kongsi niaga Shaklee ni tolong ambilkan. Malangnya pihak pengurusan Shaklee tak dapat tunaikan  permintaan tu. Maka, Dieyna anggap tak dapatlaaa,,,


Sehinggalah satu hari, ada miss call daripada nombor yang tidak dikenali. Dieyna cuba google nombor tu dan ianya milik Shaklee Branch Kota Bharu. Tanpa berlengah Dieyna  cuba hubungi semula, kot-kot ada hal penting kan. Rupanya award Dieyna dihantar ke branch mereka, Branch Shaklee Pantai Timur.  Pihak branch  call Dieyna sebab nak maklum penerimaan award ini dan cara untuk award ni dihantar kepada Dieyna.  Paka ke Kelantan   bukannya dekat, maka Dieyna minta diorang   poskan. 

Selang sehari, award ini diterima... Alhamdulillah.. Allah dah bagi peluang Dieyna pegang juga award ini. Jodoh kuat tu.,,

Syukur-- syukur, ini lahh pengiktirafan pertama Shaklee sepanjang pembabitan Dieyna dalam dunia shaklee...

LEADERSHIP CONSISTENCY 21% ACHIEVER

Pastinya banyak pihak yang terlibat sehingga Dieyna berjaya menggenggam award ini. 

Buat suami, mak dan ayah terima kasih kerana menyokong apa yang Dieyna lakukan ini. Anak-anak buah MyenergyTeam - Rosmiza Ali, Halimatun Azlan, Nurul Suraya, Hazalina Ani, Suraini, Nur Ain Nasution dan semua di bawah naungan MET  sekalung penghargaan diucapkan. Tanpa korang Dieyna takkan dapat melangkah sejauh ini...Buat Norhuda Mazan.. dan Dila Roslan terima kasih terima kasih atas ilmu dan tunjuk  ajar  dalam Shaklee.

Sekian, coretan berharga kali ini..

Dieyna aka Dayana Bahar
Agen Shaklee anda
932071
0192481068

Shaklee Paka, Kemaman Dungun dan serata Malaysia


2 ulasan:

Dila berkata...

Tahniah kak!

Hani Rahman berkata...

Alhamdulillah & Tahniah ...
Semoga terus sukses ...

Catatan Popular