Jumaat, 4 September 2015

Dalyla Inn penginapan Inap Desa yang selesa di Bukit Kuang Kemaman

Alhamdulillah, sejak-sejak  akhir ni berjaya update blog banyak kali. Tak  sempatlah spider buat sarang   hehe.

Entri hari ni tentang Inap Desa   atau bahasa omputihnya   HOMESTAY. Homestay yang diberi nama Dalyla Inn ini berlokasikan  di  BUKIT KUANG , KEMAMAN.


Homestay ni lain sedikit sebab  ianya berbentuk chalet. Privasi dan sangat menenangkan  kerana berada dalam kawasan kampung. Sebenarnya homestay ini terletak berhampiran sungai  Bukit Kuang. Jika korang suka memaancing elok sangat-sangatlah. Namun,  AWAS , korang tak dibenarkan mandi sungai ye jika nak mandi sungai tanggung risiko sendiri.

Homestay ini mempunyai 13 bilik kesemuanya dan mempunyai satu ruang makan yang agak besar untuk penghuninya.


Ruangan dalamannya juga  sangat menarik dan nampak klasik. Sesuailah  dengan persekitarannya yang ala- ala kampung gitu.


Ruangan untuk membuat aktiviti bakar-membakar  juga disediakan malahan kawasan  halamannya    juga luas. Maka tidak hairanlah homestay ini  turut menjadi pilihan aktiviti REUNION dan FAMILY DAY.


Oh  ya.. kadar  penginapan di sini RM120  termasuk sarapan pagi.   Dah   jadi  ala-  ala  hotel  gitu   kan  sebab  termasuk  sarapan. kalau homestay biasa, takdenya sediakan  sarapan  kan? Rasanya dengan kemudahan yang disediakan kadar ini dah cukup berbaloi-baloi. 

yang berminat membuat tempahan atau bilik,
Bolehlah berhubung dengan nombor 
kua
019-2481068 
(Dieyna)

Ingin lihat ruangan dan aktiviti yang pernah dijalankan disini, dipersilakan ke link ini ye



7 Blogger Bersuara:

nur anis berkata...

cantik!

Si Galah Panjang berkata...

murah dan berpatutan. nanti nak suggest kat kengkawan :)

#Jenjalan sini. Jemput lah ke blog kiteee :)

Yana Libra berkata...

pernah nmpk signboard dalyla inn kat tepi jln..yg tu je kak? akak nye ye?

Dayana Bahar berkata...

Kakak akak punyalah yana.... akak tukang promot

Cik Aini berkata...

Wahhh shantekkk la kak Dieyna,nti kalo ai tlpas kat area sana nk g jenjalan stay sini lah leh jumpa akak lg.hihi ada diskaun tak kak.hahahha

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata...

Menarik jgk nih ... Harga pun berpatutan ...

Izz Latif berkata...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT