Pulau Langkawi.. satu-satunya tempat yang femes yang belum pernah Dieyna lawati... Apabila diberi peluang untuk mengunjunginya .. pasti peluang itu takkan dilepaskan.. Lebih- lebih lagi jika ada yang nak sponsor perjalanan... Terima kasih KAK LAH sekeluarga... Pergi ke Langkawi ni bukan sekadar tujuan melancong tetapi nak menghantar anak saudara sulung Dieyna yang praktikal di MyHotel, Langkawi...
Pinjamm gambar google
Perjalanan kami bermula pada Khamis 13/12/2012 pukul 9 malam... Kami sengaja memilih perjalanan pada waktu malam dengan tujuan sampai pada pagi Jumaat tu.. Takdela membazir masa percutian kan... Lagipun Homestay dah ditempah.. rugi nanti... Perjalanan kami melalui beberapa buah negeri.. almaklumlah kami memilih lebuhraya untuk ke destinasi... Dari Terengganu-Pahang (lebuhraya Pantai Timur - kadar tol RM29.00)- Kuala Lumpur (Jalan Duta - Lebuh raya Utara Selatan) - exit Tol Juru (bayar tol rm41.00) - exit Tol Sungai Dua (RM13.00)... dan seterusnya singgah di JItra untuk solat subuh... Pada pukul 8.00 pagi, kami dah sampai ke Jeti Kuala Perlis... Punyalah ramai manusia yang hendak ke Langkawi.. Penuh jeti.. Beratur- ratur nak mendapatkan tiket..Kesian kat adik yang beratur untuk kami... hehe
Awal- awal sampai, kami dah kena kelentong dengan penjaga kereta.. Kadar bayaran RM10.00 dikenakan untuk sehari bagi sebuah kereta.. kami diberitahu bahawa kereta kami akan dibawa parkir ke kawasan rumahnya.. Setelah bayaran dibuat, abang ipar Dieyna pi parkir kereta... Rupanya kereta kami tu hanya diparkir di tepi jalan je.. bukan kawasan rumahnya pun... huhu Tak baik cari makan dengan menipu orang.. Kalau tau parking macam tu baik parkir sendiri je... huhu bayangkanlah kami pi 4 hari dan 3 buah kereta. berapa dah orang tu dapat untung?? Semoga jadi pengajaran selepas ni...
Kami menaiki feri Kenangan 2 pada pukul 9.30 pagi... Barang yang banyak dan orang yang bersesak.. bayangkanlah bagaimana struggle nya kami masa nak naik feri ...Alhamdulillah, selamat juga duk dalam feri tanpa sebarang kecederaan.. Feri bergerak hampir pukul 10.00 pagi gak.. hehe dalam feri apa lagi, Tidor lah ,,, bukan leh tidur lama pun cuma 45 minit je...
Pukul 11.00++ kami dah sampai ke jeti Pekan Kuah, van yang disewa dah sedia menunggu kedatangan kami seramai 21 orang termasuk budak - budak kecik dan remaja... Percutian keluarga kan??? Salah seorang ipar kami orang Kedah dan pernah datang Langkawi jadi pastinya dia yang akan membawa kami berjalan- jalan di sekitar Pekan Kuah untuk makan sebelum Check In Homestay pukul 2.00 petang..
Sampai di kedai makan, kami mentelaah makanan dengan penuh khusyuk.. laparlah kan sebab tenaga banyak abih bawa barang yang banyak hehe... Hampir pukul 2.00 petang, kami bergerak ke Taman Rima Emas, lokasinya berhampiran dengan IDAMAN SURI... Sampai homestay, kami berehat.. simpan tenaga untuk merayau pada waktu malam.....
BERSAMBUNG.......
27 ulasan:
wahh jh btl prjlnan kak dieyna mmg psing 1 mlaysia ni.hihi
selamat melancong (^_^)
dan selamat bercuti :)
seronoknyer anak buah akak praktikal kat langkawi ;)
wow! PASTI BANYAK KENANGAN, apa lagi macam kita sebenarnya macam2 nak kongsi kan. Blogger kena peka dari yang bukan blogger. mereka tak reti jiwa blogger..kaya dengan info..tahnia
Hurmmm lama dah CiM tk ke langkawi
la suspen..br naik seh bersambung pulok...bila sambungan ni..hehehe
ana.. hehehe best2 tak best tak bersesak2 (^_~) begilah Langkawi ktika musim cuti sekolah !!
Seronok kan percutiang keluarga ni..akak selalu buat jalan ramai2 cam ni ...best...
semoga percutian di Langkawi ni memberi keseronokan berganda..
bestnya pergi langkawi.doakan suatu hari solehah dpt gi sana juga ye
Bestnya Dayana mesti byk shopping ni...
Akk pun tak sampai lagi huhuhu..sapalah nak bawaakk akk kesini..
X Sabaq nk baca episod percutian seterusnya...isk2 x baik penjaga keta buat camtu..
bestnya cuti2 malaysia ye kak. mesti meriah ramai2.
Byk byr tol yer kak..hihi..xpela sekali sekala berjln jauh kan..lps ni jgn percaya org bulat2 kak..mmg ramai suka kaut untung dgn cara menipu..x jujur..huhuhu...
bile la nak dtg lagi sini. lame benor dah tak gi sini.
mmg la kak..
kalo cuti sek mmg keta tersadai kat tepi jln je..pastu tipu lah kalo dorang jaga..akak bygkan kalo ada org langgar..sapa yg nmpk?dorang bkn ada kat situ jg keta pun..
xpe next time akak paking je kak umah ai..FOC.hehehe
seronoknya ke langkawi....bila pulak cr nak kesana pulak..
x patutlah buat macam 2..maerah betul ina dengan orang 2 kak..1o henget sari 2..
x patutlah buat macam 2..maerah betul ina dengan orang 2 kak..1o henget sari 2..
adeh... naik feri...?! sure muntah punyer... huhuh
pergi naik kereta... haruslah membeli banyak2.. hehehe
jauh tu kak merentasi beberapa buah negeri
Nur dapat bayangkan mcm mana ramai kat jeti tu kak...hihihi
ish3x smp hati orang tu cri rezeki dngn menipu :(
xbaik la menipu org dorang ni..tau nk untung jer
lama tak g langkawi
saya pon ada insiden masa ke langkawi..hehee kenangan semua tuhh..
nie betul nyer jalan neh.huhu
wah bestnya..MV tak pernah smpi lagi ke sana
Catat Ulasan