Halaman

Ahad, 7 Oktober 2012

Kerana rambutan

Kerja kat dalam felda ni, sememangnya mata dijamu dengan pandangan menghijau je.. Banyak pokok buah- buahan,.. Masa musim durian, mata duk kira berapa biji buah durian atas pokok orang.. Terliur tengok haha bestnya kalau ada kebun sendiri.. Sekarang ni pulak musim buah rambutan.. 

Merah- merah nampak atas pokok, kat dalam kawasan kerja ni pun banyak pokok rambutan .. aduh geram sungguh tengok.. One of my favourite fruits .. speaking london skit.. hehe

Disebabkan terlalu teruja tengok buah rambutan yang nampak ranum di atas pokok.. Dengan selambanya, balik dari kerja Dieyna dan sorang rakan berhenti kat rumah salah seorang penduduk felda   .. Memang rumah dia terletak dalam laluan kitorang ulang alik .. Pokok rambutannya pulak betul2 duk kat tepi jalan depan rumah dia hehe memang umpan baik punya laa... Kitorang berhenti pun bukannya niat nak mintak FREE tapi nak beli.. Haha sanggup tu sebab terliur sangat...

Dengan penuh sopan dan santun kami nyatakan tujuan kami.. Tuan rumah kata tak payah bayar- bayar, tak jual pun.. Maknanya dia nak bagi free... Huhu malu weh.. Kalau tahu gitu, sungguh kami tak singgah... Tapi, kami tetap berkeras nak bayar... Tuan umah sibuk duk mengait buah, Dieyna pulak sibuk duk kutip dan makan.. Haha dah orang suh rasa kan.. kita rasa je laa...

Dalam duk riuh rendah kait buah tu.. tiba- tiba jiran sebelah panggil kami ke arahnya sambil bawa dua plastik rambutan yang sudah siap dikait.. Katanya " ambillah buah ni, ni rambutan kerak nyior ni, tunggu jap, pakcik tengah kait rambutan perak pulak tu".. Hahaha malu kami bertambah sekali ganda lagi.. Niat nak membeli dah jadi terpesong .... Dapat rambutan FREE bukan seplastik tapi 6 plastik besar dan penuh... Suku bonet kereta haha Baik hati betul diorang.. Untuk kurangkan rasa segan dan malu, kami hulur jugak duit bukan kat makcik- makcik tu.. diorang sungguh tolak duit kami, kami hulur kat cucu dan anak diorang ... Yang tak tahannya makcik tu siap pesan lagi "Nanti rambutan anak sekolah dah masak, cikgu datang pulak yer" hahaha.. Tak tergamak dah nak singgah rasanya... hehe

Hari ni pulak, kami pi terjah pokok rambutan dalam kawasan sekolah pulak.. Dapatlah seplastik penuh dan makan ramai- ramai kat bilik LINUS ni...Yang bestnya, kami tak guna galah tapi dok tarik dahan pokok untuk ambil buah.. Haha bergayut pulak kat situ... haha kerja gile sungguh... Semuanya sebab nak makan rambutan...

Pinjam gambar en google - vidamuchacha.blogspot.com

Kalau dah merah menyala macam ni kan.. korang geram taK hehe





24 ulasan:

Ayuni berkata...

rezeki....

Deq's Qienz berkata...

Sedapnya rambutannnn..

Chic Na berkata...

baiknya orang2 kat situ. suka rambutan jugak. :)

Liyana Anuar berkata...

wah..murah rezeki akak~ :)

Si Matatajam berkata...

Sedapnya..murah rezeki Cikgu ni.hi hi..

Everything's Everythings berkata...

Alhamdulillah ^^
murah rezeki dia kan? :D

Alana Qistina berkata...

Umh sapela yg jd mgsa mu dgn musha tu...

Mrs Velentine berkata...

lama tak makan rambutan

lelamaisara berkata...

memang akan geram...huhuuuu...wah..mcm mengidam nak makan rambuntan lak r.....hehe

Miss N™ berkata...

ya ampun..kalau masak ranum tu. mmg terliur di buatnya..nak2 pula bulan puasa.. mmg terkebil2 nengoknya..

baik2 sungguh diorg tu yer...

kinara kinatara berkata...

bestnye rambutan...:)

lama x makan..

fieda berkata...

mmg dh lama ni tak mkn rambutan..

Siti_btp berkata...

sodapnya!!!tapi x blh makan asma..
hissss nasib2..

Unknown berkata...

deqla tgh batuk2 sekrg.. xdapek la merasa rambutan tu..huhuhu

Cik Rose berkata...

Assalamualaikum..

Salam perkenalan :)

Oh rambutan, Ros tak boleh makan banyak rambutan, nanti sesak nafas.. huhu

Mimie berkata...

dh lme tak mkn rmbutan....sedapnyer...

BERT berkata...

lame sungguh tak jamah rambutan... buah ni pun jarang nmpak.. bukan musim kot hehe

salam kenal dan terfolo sini :))

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

sedapnyer kak dan2 teringin ni eheeeee

Unknown berkata...

minta izin kalau nak jolok ya..hehe

Kekzamanis berkata...

Sedapnya rambutan.. One of my feveret gak nih.. Nak2 rambutan kerak nyior.. Pergh! Sedapnya..! ^_^

Arina Shamsul berkata...

Hehehe..rezeki kak.

Sapa yg tak terliur kalau dah merah menyala macam tu kak.rasa cam kenyit mata je rambutan tu dengan kita kan? Haha.

Cendol berkata...

haha cendol pn selalu pegi kampung tah sape2 je,bagi salam dn ckp nak beli rambutan tapi dpt free pulok.haha rezeki kann

Cik Ai berkata...

hadoii.
sedapnya nengok merah2 tu..
kalo blk kg spnjg jln dlm felda tu mesti mata kiri kanan tgk mcm2 pokok.tambah2 kalo nmpk yg ada buah..tp xde lah benti singgah mcm kak dieyna lagik,hehehe

9n0L4 berkata...

huihhhhhh mahunye tak geram kak. hehe. saya pun hantu rambutan ni. lenkali ajak saye tau. :)

Catatan Popular