Berhati- hatilah mengeluarkan entri ye rakan- rakan blogger ku sekalian.. Sudah ada akta yang diwujudkan untuk memastikan para blogger mahupun pengguna laman sesawang sosial yang lain bertanggungjawab atas apa yang diterbitkan.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal akta ni, korang terjah SINI dan juga DI SINI ye... Kalau rasa nak study pasal akta ni, korang boleh MEMUATTURUN di sini ye.
Pendapat Dieyna pula
Semua orang boleh jadi blogger atau penyebar berita. Tidak perlu ada blog, berita boleh juga disampaikan menggunakan rangkaian sosial. Yang menjadi masalah utama, apabila berita yang disampaikan itu mengandungi unsur perkauman, provokasi, dan yang teruknya fitnah. Sekiranya pembaca berfikiran rasional, mungkin tiada masalah tetapi jarang yang rasional apabila melibatkan ketiga- tiga perkara di atas. Mana yang dah panas, lagi disiram minyak.. Fikirkanlah apa yang terjadi??
Kadang- kadang, apabila mendapat satu- satu cerita, kita mudah percaya.. contohnya isu produk makanan yang disahkan halal oleh JAKIM tetapi ada pula yang provok kata makanan tu tak halal.. Ada pula yang percaya dan menyebarkannya.. Kalau betul, Alhamdulillah, kalau salah macamana? Takkanla pihak JAKIM tak telus dalam menilai halal haram. Sanggup ke pihak diorang nak tanggung dosa orang islam yang dah makan produk yang dikatakan haram tu. Jadilah insan yang rasional, jangan menerima bulat- bulat cerita yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Hal politik.. isu paling besar.. A tuduh B, B tuduh A. ABC tuduh D.. Pendek kata, yang dituduh dan yang menuduh sama- sama melakukan kesilapan.. Dan kita sebagai penulis, menyebarkan pula pada yang lain.. akibatnya.. berlaku perpecahan dan pergaduhan.. Hanya kerana fahaman berbeza.
Kalau dahulu lidah yang boleh dikatakan sebagai medan penyampai namun sekarang mata pena dan keyboard lagi berbisa.. Menulis biarlah dengan akal fikiran yang waras bukannya mengikut hati dan perasaan...
Berhati- hatilah kita semua ye.. Menulis biarlah ada asas dan pasak yang kuat untuk kita berpaut, bukannya sekadar menumpang di dahan yang rapuh.... Sekian, terima kasih.
Teringat pensyarah BM di maktab dahulu.. ajar tentang penggunaan nada dan bahasa menggunakan ayat ini... korang baca ayat ni betul-betul ikut tomakninah nya tau.. dan fahamkan
Teringat pensyarah BM di maktab dahulu.. ajar tentang penggunaan nada dan bahasa menggunakan ayat ini... korang baca ayat ni betul-betul ikut tomakninah nya tau.. dan fahamkan
SAYA HENDAK PERGI KE ZOO BINATANG. (Ayat 1)
SAYA HENDAK PERGI KE ZOO, BINATANG. (Ayat 2)
Nada bahasa memberikan fahaman berbeza........ lesson korang baca entri ni dan harap korang faham apa yang Dieyna cuba sampaikan melalui kedua- dua ayat di atas jika dituturkan menggunakan nada dan intonasi yang betul.
(Ingat, ayat yang ada tanda koma (,) bermakna anda kena berhenti sekejap.)
23 ulasan:
camni saya buat cerpen merapu je lah...OK kot...
kena berhati2lah lepas ni. hoho.
aik's...cerpen camtu pun leh kena saman gak ek....ekekkeke
kalo camni, buat cerita pasal diri sendiri sudah la. selamat tak? :)
hehe mmg bahaya..kena berhati2 bila menulis..
setuju dhn cikna...lps ni cite pasal diri sdiri dah la..takut la plak kang tersilap tomakninahnya bahaya wooo..huhu
haha..setuju ngn chic na..buat sal diri sendiri dah cukup.. tak pun tulis kt bawah sekali.. "tiada kaitan dengan sesiapa kecuali aku.." ok tak?? hihi
setuju sangat dengan apa yang akak tulis tu..kadang2 orang ni suka menyebarkan berita yg tak tahu dari mana sumbernya, buatkan orang yang baca jadi ragu-ragu..
kena tulis pasal diri sendiri je la lepas ni...hehehe...
bgs akta mcm ni..utk kebaikan jgk...mejdkn dirik ini lbh bersopan santun...so sentiasa la kita berhati2..andai sy terover entry akak tegur2 lah ye....
aah..sokong sis cakap...so amalan tegur menegur ni bgs utk memberi kesedaran pd diri kita or org lain jgk....
eeee...sokong sgt sis cakap...bila hati jdwas-was tu yg x bez
tu dieeeeee. bile seorg cekgu mula bercakap. hehe. betul tu, intonasi penting. boleh membezakan mkne ayat yg same. ;)
sebab tu saya cuba elakkan buat entri yang mengaitakan perkara2 yang sensitif ni kak,takut dosa yang tak sedar dan saman menyaman di dunia ni..naya badan..kerana tulisan badan binasa..ngenge..
terima kasih atas perkongsian yang baik ini kak..lepas ni kita kena selalu berwaspada dalam penulisan la ye..:)
Klu dah ada akta camni rasanya tulis blog mengenai diri sendiri je le lps nie......
wahh...siap ada undang2 juga kan...kena lebih berhati2 la pas ni...suka part yg last tu, hihi..kalo sebut SAYA HENDAK PERGI KE ZOO, BINATANG.. haishhh...itu dah kira panggil org tu binatang..jaga2 dgn penggunaan ayat... :)
asalamualaikum..ya, hari jumaat. Wah baru dah header,harap tambah mutu perkongsian ya .amin
Ambil langkah berjaga jaga takot la!
betul, bahasa boleh di manipulasi....
betul tu kak yana..nurul mmg setuju..lately banyak cerita gosip2 artis yang memalukan pastu kita plak post gambar,n bersetuju dgn gosip pastu dtglak komen hentam yang bukan2..kutuk2..jaga2 sbb dah pernah berlaku artis saman blogger.mmg bahasa dlm tulisanpun penting sbb org mudah salah tafsir..so hati2..
satulagi nurul tak bape setuju dengan entri yang memapaparkan gambar yang teruk spt buang bayi..gambar bayi yng teruk didera,kat ting sampah..kena ingat tak semua blogger leh terima tgk gambar2.n gambar2 yang pelik2 muka pelik2..kalau org ngandung tgk kan tak patut?so kena lebih hati2 dlm membuat entri.
tapi kadangpun nurul tak geti penggunaan bahasa gak,coma tuh..hehe harus hati2
Bagus juga ada undang2 mcm ni.at least boleh mngurangkan drp penyebaran cerita yg x betul a.k.a fitnah dr berleluasa mcm sekarang kan.orang pun lebih byak berhati2 ketika menulis
betul betul...
dulu mase memula berblog saya main redah je, kekadang apa yg "nampak" terus nak buat entry...
nampaknya sekarang kena berhati2 n berjaga...=))
kena hati-hati..kalau nk bercerita perlu selidik kebenaran faktanya...jgn men hentam kromo jer...bahaya ni...hihihi emo plak kehkeh
Catat Ulasan