Halaman

Sabtu, 9 Jun 2012

Demam Tonsil

 Hari ni hari last duk bersenang-lenang. Esok, agenda pekerjaan bermula… Hannah pula tak berapa sihat.. Semalam, Dieyna bawak dia pi klinik. Ada ulser dan tonsil dalam mulutnya. Mujurlah Hannah kuat, doktor kata

“Ada beberapa tompok ulser dalam mulut kat tonsil tu, mujur awak datang cepat kalau tak, sakit sangat tu nanti, tapi saya tengok anak awak ni kuat, boleh senyum lagi tu”

Doktor beri beberapa jenis ubat termasuklah ubat untuk cepat keringkan ulsernya.. Huhu ubat lagi..Risau juga hati ni nak bagi ubat, bukan apa takut ada kesan sampingan. Doktor kata

Setiap ubat memang ada kesan sampingannya, tapi bergantung kepada cara penggunaannya.. Kalau awak beri ubat tak ikut dos yang ditetapkan ataupun beri ubat secara berterusan iaitu setiap hari dalam tempoh berbulan- bulan, memang akan memberi kesan jangka panjang. Kalau sekadar bg ubat sekali- sekala, tak mendatangkan kesan lagi..”

Menurut doktor, tonsil mudah membengkak jika
  • cuaca terlalu panas, 
  • kurang minum air.
  • persekitaran yang berdebu
Jadi, kena beri pesakit tonsil minum banyak air masak dan yang penting, kena elakkan daripada terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih..

DSCN3596[1]
Ada gaya demam tak?? Hehe
 P/S : Risau je kalau anak tak sihat.. Alhamdulillah Hannah tetap aktif walaupun tak sihat…Kalau dia lemah tak bermaya, lagilah bertambah risau kan… Jagalah kesihatan diri korang jugak.

20 ulasan:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

betul tu kan kak kalau anak xsihat susah jer hati ni...kesian hannah...semoga cpt sembuh sayang :)...hr tu qalief jd ulser juga dr kata bg minum air banyak akan ok la...

RIZZNA berkata...

aloorrrhhh alorhhh syiannyeee Hannah. mesti Hannah kurang nak makan. Harap Hannah cepat sembuh.

Unknown berkata...

moga hannah cepat sembuh....

lelamaisara berkata...

Moga Hannah cepat sembuh...

Alesya saya pon tengah tak sihat ni...Huuu

Liyana Anuar berkata...

moga hannah cepat sembuh ye kak~

kena minum air banyak2 la tu kot kalau tak nak makan ubat ye?

Aine Ainun berkata...

alahaiu ciannya...
Moga cepat sembuh...=\skrgnimusim panas kan, mmg kena byk mnum air masak..

Chic Na berkata...

kesian hannah. tp boleh senyum lg ek. mmg kuat la. kalau kita pun dh monyok. semoga cepat sembuh hannah. :)

Chic Na berkata...

eh background baru lah. hot pink lg. :)

Siti_btp berkata...

Kesiannya Hannah kena tonsil
Teringat kat Firdaus pembedahan Tonsil tetangguh lagi ,dah nak puasa dah ni..Tunggulah lepas Rayalah pulak..

Selagi x buat hampir sebulan sekali demam.Tu tonsil kronik x jalan dah makan antibiotik..

Cik Ai berkata...

moga hannah cpt smbuh ye :)

background pink yg terang cucuk2 ai pnya mata lah dieyna.hahhaha

Cikrosecute berkata...

mungkin tadi tenet slow...tak nampak bahagian post entry tue...nie...dah nampk...nice!!! sesuai gan header dari mama...

Cikrosecute berkata...

nak tanya..camna bahagian followers ada background..sila tunjuk ajar hihihi

Nurul Says berkata...

alahai bg mkn aiskrim hiihihi

Miss Syahbanu berkata...

wahhh kesian hannah yer..moga cepat sembuh..

Unknown berkata...

yela..skng kan musim panas..tdo mlm pun rasa bahang..moga cpt semubh yer hannah...

kinara kinatara berkata...

kina un nak jadi ibu yang penyayang macam akak satu hari nanti:)

Ayu berkata...

Smoga hannah cpt sembuh...alahai...tonsil bleh thn gak sakit tue....

dya nasir berkata...

semoga hana cpt sembuh
dya dulu pun ada tonsil tpi dah operate sbb selalu sgt demam..hhuhu..
tapi bila dya kena ulser dya selalu mkn aiskrim cone mcd.. kurang sakit..hihi

9n0L4 berkata...

nikmat sihat ni tak boleh di pandang ringan kan. moge cepat sembuh. ;)

Arina Shamsul berkata...

semoga cepat sembuh ye hannah sayang :)

Catatan Popular