Selasa, 26 Jun 2012

Deko Laman

 

Cuti Jumaat dan Sabtu lepas, kami sekeluarga tak balik Kemaman sebabnya nak buat operasi membersihkan laman belakang dapur.. Seminggu lepas, en suami dah membuat operasi meracun mini zoo kami tu.. Lupa pulak nak tangkap gambar .. pinjam gambar pakcik google jap.. teruk skit keadaan tumbuh- tumbuhan belakang rumah kami daripada yang dalam gambar ini.. korang bayangkan jela ye hehe

Siap proses meracun.. kami pun menjalankan operasi mencabut, mencangkul dan membersihkan laman dapur kami. Mana- mana pokok makanan yang menjadi mangsa racun, kami buang. Padahal sebelum proses meracun tu, dah banyak kali pesan pada en suami, jangan sampai racun tu terkena pokok serai dan pokok bunga kantan yang ada.. Malangnya.. terkena juga.. Dah ajal dia kata suami huhu suka- suka dia je

Beginilah rupanya keadaannya selepas proses membersihkan…

DSCN3725

Nampak tak daun pandan tu ada kesan kuning2.. tempias kena racun laa tu.. harap2 tak mati daun tu.. huhu… Pokok kunyit, pokok limau purut, dan pokok bunga ros tu baru tanam dalam tanah .. sebelum ni pokok- pokok tu dalam pasu….

Bagi mengelakkan rumput tumbuh kembali.. Kami membuat keputusan menabur batu- batu kecil yang dipanggil batu chiping… (Tak pasti betul atau tak ejaan tu). Jadi, kami beli batu chiping 2 tan lebih dengan kos RM130.00.. Bagi Dieyna murah dah harga tu.,.

Sebelum menabur batu chiping, tanah tu perlu dialas dengan plastik hitam terlebih dahulu. Plastik hitam tu boleh dibeli di nursery.. Dieyna beli dengan harga RM2.00 semeter. Plastik ini sangat berguna untuk mengelakkan rumput naik di kawasan tersebut. Ada juga yang guna, plastik alas meja untuk alas tanah tu, tapi rasanya kos lebih tinggi.. Selesai mengalas tanah dengan plastik, kami pun memulakan kerja- kerja menabur batu- batu chiping dan tak lupa juga letak tapak kaki refleksologi untuk extra hiasan hehe…. dan inilah hasilnya… taraaaaa

DSCN3739[1]

Laman dapur nampak lebih kemas, risiko ada serangga atau binatang berbahaya kurang.. Nak bagi anak bermain pun takpe.. Tengok dah ada basikal kat situ… Serius.. Dieyna sangat suka tengok wajah baru laman dapur ni.. Tak risau nak buka pintu dapur …

Pendapat Dieyna, tabur batu ni tak perlu kita jaga sangat.. berbanding rumput karpet.. Kalau rumput naik pun, kita akan nampak .. Walau bagaimanapun, bahaya tetap ada.. Anak jatuh dan luka.. Kita kena berjaga- jaga jelah.. risiko ada di mana- mana kan…

DSCN3740[1]DSCN3741[1]

Model laman edisi terhad hehehe

p/s :

JOM JOIN PARENT POP QUIZ SAMA- SAMA.. BOLEH DAPAT SAMPLE LAMPIN DRYPERS.. KONGSI SAAT INDAH BERSAMA INSAN TERSAYANG…

43 Blogger Bersuara:

izan mama mia berkata...

belakang rumah saya....simen habis...huhuuh..mmg tak ada tanah....

Mrs Velentine berkata...

yang ni ble baca sebab warna putih...comel model..

cendol berkata...

rajin nye kak Dieyna .
best la teringin nak letak batu refleksologi jugak!

Kesuma Angsana berkata...

wah bersemangat betul

Wanieys berkata...

wah kak dieyna dh cantik betul laman tu...tp kena2 hati2 takut kang hannah jth pulak atas batu tu

Dieyna berkata...

ada gak yang bagi cdgn macam tu.. tapi kena up bajet skit.. huhu

Dieyna berkata...

memng background entri warna putih huhu

Dieyna berkata...

letaklaa cendol.. hehe

mama leen berkata...

okla tu.. ada gak laman.. yang duk umah atas ni lagi takda.. huhu

Dieyna berkata...

mood sudah datang.. hehe kena buat..kalau mood hilang.. jadi mini zoo hehe

Dieyna berkata...

itula.. kena jaga si Hannah ni ppulak.. jangan main lari2.. sebab tu umpan basikal dia kat situ..

Mrs Velentine berkata...

oh sebab tadi semua pink..sorry yea..jan marah

~Sweet Honesty~ berkata...

kak..tolong bersihkan laman sweety lak..hihi

Si Matatajam berkata...

Wah Kemas sgt laman blakang tu. M pun nak kena suruh my hubby ltk batu tu gak la. Sb lps meracun rumput cpt tumbuh balik. Dah tu nampak semak balik la kan. Tp laman umah M luas sgt. Tak tau la nk ltk berapa tan

Masha Meisters berkata...

wah...bersih gitu...rajinyer kak dieyna :)

Deqla manjew berkata...

rumah deqla xde laman..tp ada pasu bunga kat dpn umah..tu je..hihi

9n0L4 berkata...

wahhhhhh. rajinnyeeee. kat tepi rumah kite, penuh semak! huhu.

Yumida berkata...

pic sebelum versus selepas..mmg amazing la!
petanda tangan org rajin
batu tuuuuu...so biruuuuu...beznye! ala2 lam laut

are_lin@yu berkata...

wahhh transform 360 terus..hehe

Chic Na berkata...

okla mcm tu nampak kemas. boleh akak main kejar2 ngn hannah kat situ. ;)

Deq's Qienz berkata...

wahhh bestt dapat luangkan masa tuk deko umah sendiri..biar letih xper asalkan cerah mata memandang..hehee

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

wahh..cantik dah!:) Belakang umah YM lebih kurang besar umah Dieyna, tapi masih hudoss lagi, ekeke...:)

ieedaz @ mama_isha berkata...

singgah cni..salam kenal..:)

LYAfrina berkata...

ok la tu..lps ni selesalah hannah nak main2 kat luar kan...

Yana Libra berkata...

nampak kemas sangat dah..hehe..tp daun pandan yg kena racun tu cam bahaya je kalau nak guna untuk masak~~

N.Aima K berkata...

wah bestnya akak rajin tanam-tanam..saya x pernah tanam apa-apa pun hmm

aReLaN berkata...

hohoho...kalau lah rumah saya ada laman.ni dok apartment, mana la nak deko camtu kan. :P

Deru Ombak berkata...

Yeahhhh! Laman dapur dah clear.. Kemas. :)

Cinta Misteri berkata...

chaiyokk chaiyokkk...nmpk lebih berseri naaaa
CiM pun slalu sgt bercinta nak ngemas laman depan yg sekangkang kera ada sedikit tanah berumput. hurmmm tunggu padi lalang naik pangkal lutu baru lah bersenam menebas..

msredcheesecake berkata...

Da cantik da laman dia... Mesti puas hati...

wan nurul hezrina berkata...

bestnya ada laman..bleh deko2=)

Nyue berkata...

wahhhh.....bagus la akak ni...dr laman yg takut nak masuk...da bersih plus cantik ag....perghhh..tabik ar dgn kerajinan akak :)

Siti_btp berkata...

Kalau akak simen je ,dulu rajin gak bertanam,semenjak ular dan lipan suka bertandang maklumlah kaw kelapa sawit..

Tanam pandan ,daun kunyit,daun kari dlm pasu..

dyabunga berkata...

laman blkg xde ruang nk buat cm tu..hihih..

Miss BaNu berkata...

wahhhh..mmg lebih selamat kalau buat gitu..hati lega x rungsing2 dh pasal rumput semua..hehe

Kazman / Sue berkata...

settle tak yah racun rumput lagi lepas ni....

Sally berkata...

saye tag anda kat post saye http://dairisally.blogspot.com/2012/06/sayakah-follower-bertuah-itu.html

wan nurul hezrina berkata...

datang jenguk kak yana pagi kamisnie=)

Wanieys berkata...

singgah sini..rindu entry baru kak diena :))

Masz Sidek berkata...

cantik...nampak lebih kemas dr sebelumnya...

belakang rumah sy ada parit besar... sbb tu mula2 pindah dulu, bpk terus pasang pagar... waktu tu kami adik beradik kecil2 lagi...
dlm parit tu kadang2 boleh nampak biawak lalu... ular pun ada gak... huhuhu

Rohani Hashim berkata...

waaaa, dah cantik lamanya, hany nye laman cenggitu je lagi. ahahaha...bila ntah nk buat housekeeping...

lelamaisara berkata...

wah cantik nye bila dah bersih...model yg lawa...;)

etuza berkata...

tak apa , rajin siram air ya..pasti tumbuh semula..tahniah usaha murni..

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT