Halaman

Khamis, 24 Mei 2012

Malang yang tidak berbau atau malang yang diundang.

Bila dengar berita kemalangan, dalam hati terbit satu rasa iaitu takut. Dah jadi rutin harian, pandu kereta sejauh 23km untuk ke tempat kerja. Letih dan kadang-kadang mengantuk tetapi mujur pergi berdua dengan rakan sekerja, xdelah rasa bosan.
Waktu memandu sentiasa beringat, ingat keselamatan dri dan penumpang, ingat suami dan anak, ingat mak ayah dan macam2. Tujuannya supaya diri ini lebih berhati-hati.
Kadang tu jadi hairan tengok gelagat pemandu lain, pandu kereta xingat apa. Pagi tadi ada kereta memotong motosikal siap makan laluan Dieyna lagi. Kita plak kena ngelak. Sakit hati tuhan je tahu.
Cerita petang kelmarin pulak lagi best, Dieyna kat jalan lurus, tiba2 ada kereta nak keluar simpang, Dieyna terpaksa brek dan pandang muka driver kereta tu... Nak tau macammana reaksi dia.. Dia pandang Dieyna dengan pandangan yang tajam seolah-olah Dieyna yang wat salah. Apa korang rasa kalau kena macam tu? Bengang tak?
Sebenarnya banyak lagi yang boleh cerita, gelagat penunggang motosikal lagi hebat tapi malas nak cerita. Nak salahkan siapa? Bukan semua macam tu kan. Atas diri masing2. Nak rasa hebat atas jalan. Keselamatan fikir kemudian.
Kita rasa diri kita berhati-hati dah tetapi pandangan orang lain mungkin berbeza.
Sekiranya berlaku kemalangan kecil atau besar..Tengok puncanya.. Disebabkan diri sendiri atau orang lain.. Maka, fikirkanlah semula, sesuai tak kita kata MALANG TIDAK BERBAU? ataupun sebenarnya MALANG YANG DIUNDANG?

ps: Dieyna akui kadang-kadang cuai jugak dalam memandu maka entri ini juga UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI.

13 ulasan:

LYAfrina berkata...

itulah..kdg2 pkara mcm ni x tjangka.. adakalanya kt dh ckp bhati-hati..tp krn ksialapn org lain.. kt jd mgsa..tp sbg mnusia biasa..adakalanya kt x sedar kt tlalai gak kan..

apa2 pon..smoga pjlanan kt kmana-mana dlindungi slalu..

~Cik Sweety~ berkata...

kadang-kadang, kita yg jadi mangsa akibat kecuaian org lain..maka, haruslah beringat.. kalao saja malang itu boleh dihidu kan??

Yumida berkata...

aah kak..berapa byk iklan memandu secara berhemah di tv, papan peringatan di jalan raya...x diendahkan langsung...kita pulak yg rs gerun berkongsi jalan dgn mereka yg telinga kuali ni

Si Matatajam berkata...

Sebab tu la kita ena sentiasa beringat Dan jgn leka ketika memandu. Dan ada satu nasihat dari cikgu sekolah M dulu2, katanya bacalah ayatul kursi, Sebelum Dan semasa memandu. Insyaallah selamat perjalanan kita.

Hafiz Abdul Tahir berkata...

malang yang dicipta sendiri oleh pemandu dan pemandu lain.... bg hafiz ada banyak faktor menyumbang kemalangan, seperti persekitaran/jalan raya, manusia/pemandu, DLL... tapi faktor kecuaian pemandu yang paling ketara.... adoi, hafiz pun kdg2 cuai gak.... hehehe.....

Liyana Anuar berkata...

kat jalan raya kena selalu bertolak ansur~~



p/s:kadang2 saya ni boleh jadi baran gak kat atas jalan tu..huhu~~ :p

Alana Qistina berkata...

huhuhu...teringat plak adegan dikejar pak polisi...kish yg x dpt dilupakan...skrg dh insap dah...hehehe...

Arina Shamsul berkata...

haih..mmg bengang la kak kalau jadi camtu..sakit hati pun ada..rasa nak bagi penumbuk pun ada..hahaha.

Chic Na berkata...

kadang2 kita dah habis berhati2 tp disebabkan kecuaian org lain, kita turut sama jd mangsa. mmg tak berbau lah. :)

Cik Ai berkata...

erm..btul lah dieyna.
bw pelan pun salah bw laju pun salah.
bw laju kang terbelah org lak,dh bw pelan org lak langgar blkg.haih tmbh2 kita pompuan semacam je dorang pandang kan.

Unknown berkata...

haihh deqla pun takot gak...sbb tu nk bawak keta pun takot2...haha...kalo nmpk ada esiden mmg deqla xkan pndg sbb deqla seriau nk tgk...lg2 kalo byk darah..mau pengsan!!

lelamaisara berkata...

betul la...kadang kita pon cuai kan...selalu ingatkan diri sendiri...janagn cuai..takut dengar berita kemalangan ni kan...

9n0L4 berkata...

budak moto ni gong sgt atas jalan raye. kite yg berkereta ni pulak yg duk mengelak die.

Catatan Popular