Isnin, 16 April 2012

Nuffnang Up ker??

Malam ni nak bercerita pasal en Nuffnang.. Korang- korang yang berblog ni pasti kenal sangat- sangat dengan en NUFF ni kan... Agen pengiklan terkenal di dunia maya ini.. Ada yang dapat ribu-riban hasil daripada iklan NUFF yang terpapar di blog masing- masing. Tahniah ye..

Sekarang baru Dieyna betul- betul faham pasal klik NUFFNANG ni.. Kalau dahulu, Dieyna ingat setiap kunjungan yang tiba ke blog membolehkan blog ini memperoleh bayaran daripada NUFFNANG.. Rupanya Dieyna silap.. Walaupun pengunjung yang datang beribu-ribu tetapi jika tak seorang pun daripada kalangan mereka meng"klik" iklan nuffnang yang tergodek-godek di blog anda, maka tiadalah bayaran untuk anda... hehe Patutlah dah lama pasang iklan ni, masih tak mampu nak cash out lagi bayarannya .. 
Nuffnang - Asia's First Blog Advertising Community

Semuanya berkait dengan rezeki kita, jika sudah tertulis bahawa rezeki kita dengan NUFFNANG ada.. Insya ALLAH lambat laun pasti dapat juga betul tak.. Lagipun en NUFFNANG kita ni, bukannya bayar blogger sesuka hati.. Pihaknya akan pantau terlebih dahulu kesahihan klik melalui blog kita ni.. Kalau didapati, tuan tanah yang klik sendiri berjuta- juta lemon hanya untuk dapatkan bayaran NUFFNANG, maka selamat bermimpilah tuan tanah tersebut.. NUFFNANG takkan bagi bayaran tersebut.. Penipuan katanya.. Bukan senang tau berurusan dengan mereka ni.. Banyak prosedurnya. Ada rakan- rakan blogger kita yang berpengalaman dengan NUFFNANG ni , kalau tak caya cuba baca entri KAZMAN/SUE ni.. Ada ilmu berkenaan NUFFNANG yang boleh kita belajar dalam entrinya... 

Entri ini ditulis bukannya untuk meraih undi or apa.. Cuma nak kongsi kefahaman Dieyna mengenai NUFFNANG je... Mungkin orang lain dah lama faham, cuma Dieyna je yang ketinggalan keretapi berkenaan NUFFNANG ni... Untuk blog suam- suam kuku macam blog Dieyna ni, peluang untuk meraih klik NUFFNANG yang tinggi ibarat langit dengan bumi.. :)) Semuanya bergantung dengan rezeki.. Jika ada rezeki maka adalah, jika tiada rezeki, dah hampir masuk dalam mulut pun boleh jatuh... Faham- fahamkanlah ye..

p/s : Pada sesiapa yang berminat nak beli serbuk Cheese ala-ala cheezy wedges KFC, sila hubungi Dieyna di SINI ye... Nak kenal rupa cheezy wedges tu, korang boleh klik SINI... :))) dang lagi iklan dari penaja kat hujung entri ye,,, haha 

19 Blogger Bersuara:

imie fatiema © berkata...

salam.pada saya nuffnang agak lambat dapat earning kalau di compare ngan churpie lagi cepat dpt earning,tapi kalau nuff dah start dpt BE,lepas tu makin okeylah earning..kita just upkan trafik je,Insyaallah ada la rezeki.

Chic Na berkata...

sy pun tak berapa faham jgk sebenarnya psl nuffnang ni. just letak je iklan kat situ. :)

etuza berkata...

Salam, yg meninggal tu bukan muslim ya. Takziah ja.
Nuff - blog saya lum, x ada rezkilah kiranya.Apapun cuba berusaha.

9n0L4 berkata...

meh sini nak klik! hee. churp kat bawah tu, akak update la ye. ;)

Siti_btp berkata...

Ya ke! susah nak dapat duit terpijak ni..Kalau mcm tu Dieyna klik iklan akak ,akak klik iklan Dieyna..Agak2 Nuffnang tahu tak..
Mcm budak2 pulak ye!

Yumida berkata...

sy baru jer 2.50sen kak..haha...alhamdulillah rezeki jugak..

Arina Shamsul berkata...

actually saya pun tak faham sangat nuffnang ni kak,hihi

saya pun main tempek je..keke

wah kak blog akak berwajah baru..polkadot biru..suka2..kita serupa~~~~...kekeke..

are_lin@yu berkata...

ayu pun tak faham sebenarnya..hehe

Kazman / Sue berkata...

tak pee... pelan2x tabung tu penuh laa nanti kannn... cuma pengalaman kami...walau dah 70K viewer pun baru hujung bulan lepas nak claim RM50 yg di kumpul... haaa3x....itu pun kalau berjaya....rezeki anak2x...

p/s: Biasanya akan klik iklan setiap blog yg disinggah sebagai niat hadiah amal jariah yg tanpa disedari untuk mereka...

LYAfrina berkata...

lya pon x brapa nk faham.. tp bg lya, klo ada rezeki..adalah tu...
tp ada satu cara dieyna kalo nak sng dpt earning ni.. tp agak ssh la.. kna maintainkan atleats 100 org sehari slama seminggu bturut rsanya untuk dapatkan BE-Buffrered earning.

kalo dpt BE ni.. sape klik kempen iklan y kt perolehi.. lg byk dpt.. tp kalo x silap lya la..klo dpt kempen BE ni..jumlah org y masuk pon dah dikira earninng..

tp y sshnya nak maintainkan 100 visitor sehari.. dulu mmg rsa mcm ssh..pastu lya buat rileks, j..xde lah kejar2 sgt.. n skarang dah nk masuk cek ke-8 lya blh..

leh baca sini:-

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/01/tips-untuk-kekalkandapatkan-buffered.html

DAN

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/08/persoalan-nuff-earning-buffered-earning.html

** dieyna..ye k mama lya kwn dgn mak dieyna?? sape yer?? alamak..teruja nk tau ni.. aci tak tunjuk pic dieyna.. sbb lya x jelas lagi la muka dieyna.. ntah2 lya pon knl dieyna,.

@ deqla manjew berkata...

betul tu.. kalo xde yg kelik camne nuffnang nk up? deqla maybe kurang yg kelik kot sbb x smpai 2 hengget pun.. hihihi..takpe, apapun alhamdulillah... :)

Pka Rahim berkata...

hi.. jom join segmen pka nak..??

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-surprise.html

terima kasih :)

lelamaisara berkata...

Tak paham sangat pon pasal Nuffnang ni..men tepek aje..ada pon tak sampai 2hengget..heeee

Cik Nur berkata...

percaya atau tidak, 2 tahun nur berblogging, 20 hengget pun xsampai lagi...
semuanya bergantung pada rezeki..kan.. :)

Aine Ainun berkata...

Dieyna pasal cheese tu mmg minatpon, dulu ada pasan org jual kt blog, tp cm berat nk beli sbb was2 n x kenal...

Ok, AA mmg nk beli tp bkan skrg,,nti AA nk beli bgtau dieyna ea.,.

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

YM dah majuk ngan Nuffnang...huhuhu...

Misya Mialen berkata...

hai dieyna, nak cerita psl nuffnang mmg excited. alhamdulillah, setakat ni nuffnang sy ada jg up klu reader more than 100 sehari. sy setuju dgn pendapat lyafrina tu. kena maintain kita punya reader n visitor. then klu dah dpt BE tu mmg lagi la senang income nak up;) kita usaha , insyallah, akan up jg:)

dyabunga berkata...

dya letak je.. kalau ada rezeki ada lah..hihi

oktant berkata...

Teruskan usaha & jgn putus asa. Insya-Allah rezeki Dieyna dgn NN pasti ada. Amin.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT