Halaman

Sabtu, 21 April 2012

Masalah Ruam Lampin

Sejak dua menjak ni, tangan Hannah asyik duk di belakang je.. Menggaru- garu.. Dieyna tengok rupanya ada ruam lampin.. merah2 kulitnya, kita tengok pun kita dah tahu betapa gatalnya dia.. 

Kulit Hannah kategori sensitif, kena nyamuk atau semut dah boleh jadi kudis, panas dan berpeluh sikit, mulalah kulitnya merah- merah.. Tangannya jangan cakaplah asyik duk menggaru je sampai  luka.. Bila dah luka tu, pandai pulak dia beritahu kita, "Ibu, Ibu, akit".. Huhu kesiannya anak ibu...
gambar ehsan : iman-shoppe.blogspot.com 

Selalunya Dieyna letak minyak gamat.. Masalahnya minyak kan melekit- lekit.. Dia tak selesa.. Letak krim.. tapi bukannya boleh letak waktu dia tengah segar- bugar, nanti tangannya sibuk nak menyentuh tempat yang gatal tu.. Krim kan beracun, tak sesuai laa pulak...

Semalam pergi rumah adik ipar kat Kuantan, dia tengok Hannah duk menggaru sakan.. Dia pun cadangkan supaya guna tepung ubi.. dia kata guna kat anaknya, Alhamdulillah berkesan... Dieyna pun try, Alhamdulillah, Hannah tak menggaru, Masalah takut dia tersentuh racun pun takde sebab tepung ubi konfirm tak beracun.. Adik ipar pesan amalkan selalu.. Insya Allah, masalah ruam lampin Hannah akan berkurangan...
Rasanya mana- mana tepung ubi boleh guna
gambar : Ehsan google

Hari ini, Dieyna tengok ruam lampin Hannah dah kurang serta kering.. Hannah pun tak menggaru.. Maka, beranilah Dieyna kongsi kat sini, sebabnya testimoninya anak sendiri.. Para ibu yang ada anak bermasalah ruam lampin macam Hannah ni, eloklah dicuba petua lama ini.. Tiada bahan kimia yang akan meresap masuk ke kulit anak kita.. Jaminan keselamatan dirinya pun tinggi.. Seeloknya ada tepung ubi di setiap rumah untuk kegunaan kecemasan...Yang penting amalkan selalu.. Mencegah lebih baik daripada mengubati...

15 ulasan:

fizafantagiro berkata...

Baguslah petua ni, nnti leh suggest kt adik:)

Chic Na berkata...

sapu macam tu je kak? mcm pakai bedak ye? anak buah pun ruam gak.

dieyna berkata...

a'ah, sapu macam bedak je..

Chic Na berkata...

ok. nk bgtau SIL. thanks kak! :)

~Cik Sweety~ berkata...

ohh..bukan letak air mcm bedak sejuk tu ke??

Miss N™ berkata...

wahh.menarik info ni..dari xtahu terus jadi tahu...nanti dah kwin de anak boleh buat...
sekrang kalau kwn2 de mslah mcm ni, boleh bgtahu...
terima kaseh..

Arina Shamsul berkata...

oooo...baru saya tahu kak,anak saya beruam juga kadang2 kak,tapi saya sapu cream elomet,alhamdulillah..tak sampai sehari dah ok :)

Arina Shamsul berkata...

insyaallah nak cuba lak lepas ni tepung ubi tu :)

Cikrosecute berkata...

Bolehlah cuba tepung ubi nie kalau anak ada ruam....info yg menarik hihihi

Unknown berkata...

dulu anak kedua beruam susu dekat pipi,terkena lelehan susu ibu, jadi gatal pipi dia, kami guna kanji, bagus juga..jika ada agnesia boleh guna kanji. Harap ibu2 berkenaan cuba tepung ubi kayu jika ada beruam anak ....

9n0L4 berkata...

kesiannye ruam. gatal camne la menggaru tu. huhu.

lelamaisara berkata...

Oh...boleh ea guna tepung ubi....dulu alesya ada juga ruam tp sehak guna lonsyen seba med tak da dah...

Cik Ai berkata...

boleh buat panduan lps ada ank nti.huhu

Ibu Amani berkata...

ini pengalaman saya sebagai ibu yg dah ada dua anak....biasanya kalau saya sapu cream x jalan saya akan apply minyak gamat..
alhamdulillah..berkesan sgt2 :)

Tanpa Nama berkata...

Salam, syor cuba krim ini yg bukan berasaskan bahan kimia..tk.

Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk ruam lampin. Disapu terasa sejuk saja, hilang rasa gatal-gatal, pedih yang tidak menyenangkan dan tidak melia atau menanah. Ia disapu ke bahagian ruam secara nipis saja seperti pakai bedak sejuk. Sangat bagus terutama selepas mandikan budak. Ia dapat percepat menghilangkan ruam dan menghindar dari ruam baru terjadi.

Untuk mandian sebagai mencuci kulit badan dan pencegahan, sabun Mutiara Bumi telah dihasilkan juga. Ianya tidak berasaskan kimia, dan ia lembut untuk kulit yang sensitif. Sila lawat krimmutiarabumi.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi (berat ¬100gm) , harganya cuma 12.00 saja dan Sabun Mutiara (berat ¬100gm) harganya RM6.00 saja. Kos pos laju RM6.00 1ke4 kotak (semua <500gm). Cubalah satu dan baik simpan 1 di rumah untuk rawatan ruam lampin dan sakit2 kulit yang lain sebagai rawatan awal. Untuk pesanan sila hubungi..Hj Man 0134389413..T kaseh

Catatan Popular