Hari ini Dieyna nak ulas berkenaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah aka KSSR. Sebenarnya ada permintaan untuk Dieyna ulas berkenaan KSSR ini. Ramai yang masih buntu, "blur" dan tak tahu pun apa itu KSSR. Pada awal kemunculannya, Dieyna juga berada dalam kelompok itu. Alhamdulillah, sekarang sudah 70% jelas.
KSSR ini merupakan kurikulum induk yang akan menggantikan KBSR iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Buat masa ini hanya dua aliran yang terlibat dengan KSSR iaitu kelompok murid Tahun 2 dan Tahun 1 sesi 2012. Perubahan dasar kurikulum ini dilakukan secara berperingkat sebelum KSSR mengambil alih keseluruhan dasar kurikulum sekolah.
Jika dahulu, corak penilaian ke atas murid berorientasikan peperiksaan. Murid menduduki peperiksaan dan dinilai melalui markah yang diterima. Tetapi kini, penilaian tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Proses penilaian terhadap murid dijalankan sepanjang tahun menggunakan eviden- eviden yang sepadan dengan Dokumen Standard Prestasi setiap mata pelajaran. Berikut merupakan contoh Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1.
Standard Prestasi BM
Murid juga tidak lagi diberikan penilaian mengikut gred A, B, C, D ataupun E tetapi berdasarkan Band 1 hingga 6. Perincian untuk setiap band adalah seperti berikut :-
- Band 1 - Tahu
- Band 2 - Tahu dan faham
- Band 3 - Tahu, faham dan boleh buat
- Band 4 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
- Band 5 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
- Band 6 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Murid yang melepasi Band 1 baru layak diuji kemahiran untuk band 2 dan seterusnya. Setiap mata pelajaran sama ada teras ataupun elektif perlu menyediakan eviden bagi menguji keupayaan kemahiran murid dalam lisan, bacaan dan tulisan. Hasil kerja murid disimpan di dalam fail peribadi mereka dan dibawa ke tahun persekolahan berikutnya.
Prestasi murid yang telah dinilai dimasukkan ke dalam satu sistem yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Prestasi ini akan dimasukkan oleh guru mata pelajaran masing- masing. Inilah laman sistem tersebut .
Peperiksaan untuk murid ini bergantung kepada pentadbiran sekolah masing- masing. Ada yang jalankan peperiksaan seperti biasa tetapi soalannya mengikut band. Ada juga yang menilai kemahiran menulis berdasarkan latihan harian persekolahan mereka.
Dieyna tak pasti sama ada kurikulum ini boleh bertahan lama atau tidak. Dieyna cuma golongan pelaksana dasar yang ditetapkan, tidak berhak untuk mengubahnya. Cuma secara peribadinya, corak penilaian ini membolehkan kita mengenali murid kita dengan lebih mendalam lagi. Dari satu sudut yang lain pula, ianya menambahkan lagi beban tugas guru...
Sekian, terima kasih.
p/s : Catatan ini dibuat berdasarkan pengalaman dan pemahaman sendiri yang berada dalam bidang ini.
14 ulasan:
anak akak pun KSSR juga baru tahun 2..tapi lihat pada pembelajarannya..tahap tinggi kan?
Ye, dulu kbsr...
Skrg ni x tau ape2 da,
myb kalo ada anak tau la..ataupn ada adik2 sek ke...
Tp info ni dpt input jgak..thankss
Memang KSSR ne mudah n tak pyh nk bt exam segala.. tapi beban keja semain bertambah terutamanya bab mengurus fail..bayangkan jika murid seramai 30 orang. Maka 30 jugalah fail yg disediakan.belum lagi masuk kompenen yg ada di dlm n mengikut subjek.. ermmm.. rumit sebenarnya..
terima kasih yer kerna sudi berkongsi..susah-susah jee..(^_^)
Awal-awal pastinya rumit sedikit tapi bila dah biasa insyaallah akan biasa. Cuma bagi guru yang tak fokus akan mengalami masalah.
Zaman dah bertukar wajah, semestinya pendidikan turut mengalami perubahan. Yang pasti berusahalah buat yang terbaik untuk anak-anak bangsa.
Betul tu... kita kena buat yang terbaik untuk mendidik anak bangsa...
Biasalah benda baru memang banyak masalah... lama2 oke laah.. sedang berusaha membiasakan diri.
asalam..
Terima kasih sharing. Info terbaru dunia pendidikan. Semua guru terlibat ..kena kerjasama, semua subjek..
Rasanya KSSR ni lebih ringan daripada sukatan sebelum ni.. guru yang nak mengajar pun lebih jelas perancangannya sebab sebelum ni rancangan tahunan dengan buku teks tak seiring...
macam rumit je..hihi
Yalah...Dieyna, yang pasti murid-murid dalam satu kelas mesti jangan lebih 30 org.
Rasanya tak rumit mana cuma kita kena tahu apa yang patut buat, dibuat dan akan buat. Fokus dan jangan bertangguh kerja. Tak gitu Dyabunga?
sekolah saya murid tahun satu dah mencapai 42 orang. ..
Catat Ulasan