Selasa, 3 April 2012

Kelemumur: Petua mengatasinya

Korang ada kelemumur?? Parasit yang popular ni selalu menyerang kepala manusia tak kira lelaki mahupun perempuan... Budak kecik pun ada jugak kadang tu.. Ada orang kata, orang yang tak jaga kebersihan kepala je selalu ada kelemumur ni..Mungkin juga? Kulit kepala berpeluh dan tidak dibersihkan dengan baik menyebabkan senang parasit datang bertandang. Ada juga orang kata, resdung pun boleh menyebabkan ada kelemumur.. Sokong dakwaan ni.. haha sebabnya.. Dieyna ada penyakit resdung ni ... 
Ada di farmasi harganya RM19.90

Pelbagai jenis syampu ada di pasaran yang dikatakan mampu mengatasi masalah kelemumur ni.. Antaranya Rejoice Anti Dandruff, Sunsilk Anti Dandruff , Clear, Head & Shoulder dan banyak lagi.. Tapi syampu ni sesuai ke... Hilang sehari kelemumur tu lepas tu datang balik. Gatal2 satu kepala macam ada kutu gayanya... Hehe Dieyna pernah cuba syampu kat atas tu SELSUN BLUE.. Agak mahal berbanding syampu biasa, baunya sangat tak best, berkesan lah jugak tetapi rambut jadi kering dan kesat... Tak taulah orang lain guna macam mana. 

Moden dah try dah, n dah tahu hasilnya, jadi baik try yang tradisional pulak kan. Dieyna search encik Google nak cari petua pasal kelemumur, n jumpa petua ini
  • Ambil beberapa helai daun pandan. Kisarkan. Tapis airnya. Selepas bersyampu dan dibersihkan, ambil air pandan tadi sapukan di seluruh kepala. Biarkan 10 minit. Bilas dengan air bersih. Keringkan rambut. sumber :http://www.petuatradisional.com/tips/petua-kelemumur. Hasilnya korang tengok sendiri selepas mencuba petua ini ye... ::))
  • Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum. Dieyna pernah cuba ni, berjaya tapi kena kerap lakukannya kalau tak kelemumur datang kembali... 
  • Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Petua kedua dan ketiga tu Dieyna ambil di SINI (UMMUAYMAN), ada banyak lagi petua kat sana.. korang pi baca sendiri ye.. baca sahaja tak guna gak,, amalkan sekali.. Kalau mujarab, hebahkan ... pasti berbaloi2 kan...

P/s : Masa kecik- kecik dulu,, pernah tanya seseorang dari mana datangnya KUTU KEPALA. Orang tu jawab "Kulit kepala tak terjaga, ada daki, lama- lama daki ni jadi kutu lah..".. Macam dok lojik je jawapan tu kan>>??? Jangan pelik plak ye, kelumumur anda takkan jadi kutu punya, percayalaaa haha

7 Blogger Bersuara:

izyantyPersonalTaste berkata...

leh cuba nanti...kutu suka dok dlm rambut yg bersih je, kan budak2 je selalu ada kutu, kulit rambut lum tercemar.kalau ada kelemumur dia tak suka pun he3...

Yumida berkata...

sy pn sllu klemumur ni...myb rambut sllu bermyk kot...kengkdg smpai luka2 kulit kepala...

eeeeeeee...klo klemumur tu bertukar jd kutu..sure nk botakkn kepala jer...

nak elakkn klemumur...basahkn rambut n keringkn secepat mungkin....
n klo takut kulit kepla berpeluh..kena kipaskn 24 jam..hihi...gurau je :)

dyabunga berkata...

dya selalu guna petua yg number dua..hihi

Aine Ainun berkata...

Rambut sy tebal dieyna, kalo sy bela rambut pnjang cmfirm ade klimumur, tp kalo rambut pendek ok je...

mzhany berkata...

hihii mcm tak logik jugak, daki lama lama jd kutu huhu. tp tq for da tips.

~Sweet Honesty~ berkata...

sweety pakai head n shoulder sejak sekolah menengah smpai skrg..mmg punya masalah kelemumur tegar..tpi sejak menten dgn sympu ne, alhamdulillah.. xda masalah sdh..

LYAfrina berkata...

lya pon skarang ada problem kelemumur... mybe sbb kpala bpeluh.. sbb kt pakai tdung..bila duk tgh2 panah..sure bpeluh kan...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT