Halaman

Isnin, 2 April 2012

Dari Oven Dieyna : Kek Lobak Kismis

Resepi kek Lobak Kismis ni sebenarnya datang daripada Chic Na.. Hehe Dia ada post entri pasal Kek Carrot Simple pada 27 Mac 2012. Memandangkan dalam rumah ni, wajib ada carrot, jadi Dieyna try buat.. Tak ikut betul2 resepi yang Chic Na bagi, ubahsuai skit.. macam kakak Chic Na lah kan hehe ubah resepi sesuka hati...Kalau nak tau resepi Chic Na, bolehlah klik link Kek Carrot Simple kak atas tu ye..

Resepi Dieyna pulak, selepas pandai- pandai ubah resepi orang hehe ialah

a) 2 biji telur
    1 cawan gula perang

b) 1 sk esen vanilla
    1/2 cawan kismis
    1 cawan lobak merah yang telah diparut

c) 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
* Jika guna tepung gandum, masukkan 1 sk soda bikarbonat dan 2 sk baking powder, ayak ketiga-   tiga bahan ni bersama- sama.

d) sedikit air perahan lobak, 1/2 cawan susu cair dan 1 sudu besar susu pekat

e) 1 cawan minyak masak (minyak jagung lagi baik)

Cara membuatnya

Putar dengan kelajuan maksima bahan (a) sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan (b), putar dengan kelajuan sederhana, apabila bahan dah sebati. Masukkan bahan (c) sedikit demi sedikit. Putar dengan kelajuan sederhana juga. Kemudian, masukkan bahan (d) dan (e) kacau guna spatula sahaja sehingga sebati. Sediakan loyang dan panaskan oven dengan suhu 180 c. Tuangkan bahan ke dalam loyang. Bakar api bawah 20 minit dan tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja. Sedia untuk dihidang.

Inilah hasilnya.. taraaaa
Potong dulu baru fikir nak ambil gambar hehe


1 ulasan:

Chic Na berkata...

wahh gebunya kek. msti lg sedap kan letak kismis. org terer masak kalo ubah resepi pun tetap menjadi & sedap. kalo sy ubah resepi xtau la agaknya jd camne. hehe..
nak try la resepi akak plak. :)

Catatan Popular