Khamis, 5 April 2012

BALIK KG....

Hari ini balik kampung.. Bukan jauh pun kampung tu. Sebelah daerah je pun, hehe Kemaman dengan Dungun, tak ke sebelah menyebelah je dalam peta. Perjalanan ambil masa 45 minit, hingga 3 jam.. kenapa sampai 3 jam?? Jika berhenti di Mesra Mall Kemasik, konfirm jadi lebih 3 jam.. haha tak gitu YayansMUM.

Kat kampung tak de internet Streamyx.. yang ada hanya broadband, kelajuannya... ermm faham- faham sendiri laa.. laju sikit daripada siput, tak pun siput lebih laju haha.. Suka2 hati je kutuk, padahal bertahun duk pakai broadband tu.. Habis manis sepah dibuang... Satu lagi peribahasa yang sesuai ditujukan untuk diri sendiri, Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.. haha 
Pinjam Gary jap.. En Spongebob jangan marah ye
So, apa masalahnya kan?? Masalahnya sekarang, Dieyna mungkin tak dapat berjalan- jalan menyanyi riang di blog korang terutamanya blog group kesayangan hati GROUP SEGAR FOLLOWER (scroll down ye, jumpalah diorang di situ).. Huhu tak best doh rasanya kan.. Entri pulak.. Kena berdoa supaya line broadband tersebut elok untuk Dieyna menulis entri... Kadangnya berjanggut tunggu loading masuk page... Kampung Dieyna bukannya dalam hutan rimba yang memerlukan helikopter untuk sampai.. Kampungku nun ditengah kepesatan bandar Chukai @Taxes, Kemaman hehe KOYA sekejap... Tapi linenya tetap sakit nak dapat.. Ramai sangat yang guna kot.. Jadi pakat berebut line broadband belaka.. Oke tak alasan tu..

Apa kata kepada semua pengguna broadband wilayah cxxxx, masa Dieyna balik kg hari ni .. korang jangan pakai line broadband.. Biar Dieyna sorang je pakai.. hahaha aci tak?? Macamlah Dieyna ni ada syer ngan syarikat telekomunikasi xxxx tu kan.. Kalau ada sekalipun.. ceh ceh KOYA lagi.. Bukan hak Dieyna pun nak suh semua orang jangan guna... haha betul tak...???

Oleh itu, jangan lupa bertandang ke blog Dieyna ni walaupun Dieyna tak jenguk korang eik.. Sebabnya seperti yang telah dinyatakan di atas... Nanti dah balik PAKA, Dieyna akan balas kunjungan korang sampai pening.. hehe bukan Dieyna yang pening tapi LAPPY ni pening...

P/s : HO HO HO Balik Kampung... padahal baru kelmarin balik Chukai sekejap hehe ambil Hannah..

8 Blogger Bersuara:

Cik Aini Lavender's berkata...

wahh..slamat balik kg ye =p

9n0L4 berkata...

orang kemaman keeee? huhu. jemputlah ke taman seroja 2, binjai. ;)

Deru Ombak berkata...

Salam Ana ..

Dekat jek kampung.. Bleh balik selalu...

Satu hari nanti kita dating bekfes kat kadai kopi Hai San k.. Kakya suuuuka sgt kopi di situ.

Menantu kedua kakya Dari kemaman ... :)

etuza berkata...

Kelakar..senyum jg lah lepas baca entry ni. Macamanala ya riaksi wajah2 diorang kena arah jan guna BBand. Hehe..x apa2, balik lah ke desa dengan tenang ya..semoga selamat tiba, mesti ada yg menunggu happy Deiyna n anak2 balik ya.

Cik Nur berkata...

wah...syoknya...selamat balik kampung..!
jaga diri.. :)

Chic Na berkata...

bkn main seronok dia dpt blk kg. mcm dh lama xbalik je. ingtkan jauh td. huhu.. selamat bercuti. hati2 dijalan raya. :)

~Sweet Honesty~ berkata...

yeyehhh..selamat bercuti..sweety pun tgh bercuti..(^_^)

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

muhehehe...betul2...kalo singgah Mesra Mall, kompem lebih 3 jam.ekeke. apapun, slmt bercuti yer...:) YM pun nak pi bercuti gak nieh.nak pi Cherating.yehuuu...:)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT