Rabu, 11 April 2012

Aceh Dilanda Gempa Bumi Lagi....

Berita tergempar, Aceh dilanda gempa bumi sekuat 8.9 skala richter ... Amaran tsunami turut dikeluarkan... 
Pengkaji Geologi Amerika Syarikat, yang mendokumenkan gempa di seluruh dunia, berkata gempa bumi Aceh berpusat 33km (20 batu) di bawah laut kira-kira 495km dari Banda Aceh adalah kedua yang terkuat jika dibandingkan dengan 8 tahun dahulu. Sumber : Zuhairifirdaus
Bulatan merah adalah pusat gempa berlaku.

Amaran Tsunami yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyenaraikan 2 lokasi berpotensi menerima kesan Tsunami di Malaysia iaitu PORT DICKSON & GEORGETOWN di antara jam 9.00 malam ini hingga jam 3.00 pagi nanti.

Teringat semula peristiwa tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, dapat tahu berita semasa memandu ke Kuala Lumpur. Masa tu juga baru tahu pasal Apa itu tsunami.. Hebatnya kuasa Allah. Baca surat khabar, tengok rakaman kejadian... huhu takjub campur takut.. Sudahnya, lama mana tak jejak kaki ke pantai. Lalu tepi pantai pun dah gerun. 

Kali ni, gempa yang lebih kurang sama berlaku lagi. Harapnya tiada tsunami dan juga tiada yang terkorban. Jauhkanlah kami dari bencana Ya Allah. Engkau lindungilah kami semua. 

p/s : Walaupun duk di pantai timur, tempat yang sememangnya dijangka selamat dari ancaman, Kuasa Allah siapa yang tahu... Kun Fayakun... Lindungilah kami semua yang tinggal di pesisir pantai ini....Aamin..

10 Blogger Bersuara:

~Sweet Honesty~ berkata...

sama-sama kita doakan keselamatan saudara-saudara kita d Acheh...

Zamani berkata...

Salam~ Zam singah sini bls kunjungan :)

Dieyna berkata...

Betull... Amin

Dieyna berkata...

Terima kasih... Singgah

Deru Ombak berkata...

Doa untuk semua yang terlibat... Cry!

Karukord Jagau's berkata...

kalau igt balik yg berlaku dulu....ngeri woooo huhuuu

Cik Nur berkata...

Harap semuanya dalam keadaan baik2 belaka...

Chic Na berkata...

doakan keselamatan utk mereka semua..

9n0L4 berkata...

amin. moga Allah dengar doa kita sume.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah amaran dah ditarik balik.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT