Halaman

Khamis, 8 Mac 2012

SBPA Dibatalkan, SSM Dinaiktarafkan

Keputusan SBPA dibatalkan.. Manakala sistem lama dinaiktarafkan.. Kira okelah tu.. Keputusan berkenaan SBPA ini memang sudah lama dinanti- nantikan.. Banyak sangat isu sehingga perkara ini beberapa kali dirombak dan diteliti semula..

Berikut sedikit kronologi tentang pelaksanaan SBPA

7 Okt 2011 - SBPA diumumkan oleh PM bagi menggantikan SSM mulai awal tahun depan. Skim ini menawarkan pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam melalui skim pencen, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

7 Dis 2011 - JPA mengeluarkan pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA bagi menggantikan SSM.


16 Dis 2011 - JPA memberi tempoh 15 hari untuk penjawat awam menandatangani borang opsyen dan tempoh itu berakhir pada 30 Dis 2011.


18 Dis 2011 - Cuepacs minta penjawat awam tidak menandatangani borang opsyen SBPA terlebih dahulu sebelum Cuepacs mengadakan perbincangan dengan PM tentang beberapa isu yang tidak jelas dalam opsyen SBPA. Isunya ialah :- 

  1. Polisi SBPA yang menyebut kakitangan awam yang memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70 peratus, boleh dibersarakan awal.
  2. CUEPACS juga masih tidak begitu jelas mengenai golongan yang menikmati kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.
  3. JPA tidak mengadakan perbincangan dengan wakil penjawat awam terlebih dahulu sebelum memutuskan mengadakan skim baru.



22 Dis 2011 - Cuepacs akan mengadakan perbincangan tentang isu- isu dalam SBPA bersama PM, Dato' Seri Najib Tun Razak.


27 Dis 2011 - JPA-Cuepacs capai persetujuan tentang SBPA.


1 Jan 2012 - Skim Baru Perkhidmatan Awam akan dilaksanakan. Semua penjawat awam diminta menandatangani borang penerimaan opsyen baru ini sebelum tarikh skim dikuatkuasakan.

15 Jan 2012 - Tarikh penerimaan skim dilanjutkan sehingga 15 Jan 2012.

21 Jan 2012 - PM beri temoh 3 bulan untuk kaji semula skim. Tarikh pelaksanaan dikekalkan dan penjawat awam yang menerima opsyen akan menerima tunggakan gaji dari tarikh pelaksanaanya.

23 Feb 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 12 Mac 2012.


1 Mac 2012 - Pengumuman tentang SBPA dijangka akan dibuat oleh PM dPerhimpunan Khas Penjawat Awam yang dianjurkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Mac ini.


8 Mac 2012- SBPA dimansuhkan dan SSM dinaiktaraf.. 


Banyak sangat isu, so jalan paling mudah tak perlu laksanakan.. Harap semua pihak berpuas hati dengan insentif yang akan diterima.. dan yang paling penting, ada keadilan kenaikan gaji di skim ini.. Kalau ikut skim lama, akan ada penjawat awam baru menerima gaji sama dengan penjawat awam lama berkhidmat.. dah nampak rugi kat situ.. 


Jom kita hayati insentif yang bakal diterima dan menurut Cuepacs, kenaikan kadar gaji ini perlu berkuatkuasa bermula 1 Jan 2012 juga. Bermakna.. ada peluang merasa tunggakan jugak laa hehe


pinjam dari wall Facebook

Kepada yang suka skim ini dihapuskan silalah bergembira dan bertepuk tangan. Kepada yang tak suka plak, terimalah seadanya.. Keputusan telah termaktub.. 

P/s : Mana- mana ok sahaja sebab tak pernah faham pasal SKIM baru.. Hinggalah ianya dimansuhkan barulah aku faham.. B>>>Hnya aku hehe :)))

1 ulasan:

Hafizin Jamil berkata...

kalau masih bergelar pelajar..tak de efek pun kan??haha

Catatan Popular