Halaman

Isnin, 5 Mac 2012

~ Kembali dan Trajedi Percutian ~


Salam kembali.. Lamanya tak berblogging dan berblogwalking ke blog rakan- rakan.. Hehe bukannya apa, kitorang sekeluarga pergi bercuti ke Melaka.. Tak sempat nak berblog walaupun adik bawak laptopnya cuma dapat tengok komen rakan- rakan je..

Dalam syok- syok bercuti tu, ada jugak peristiwa pahit yang berlaku.. huhu.. Kitorang bergerak ke Melaka seawal pagi Jumaat, perjalanan lancar walaupun dalam hati sangat bimbangkan kondisi van yang dipinjam.. Mana tak bimbangnya, setiap kali masukkan gear, gear berbunyi dan sangat susah nak masukkan gear tu.. Menurut pomen kompeni, van oke.. boleh jalan je. Merayap van tu naik bukit Karak, tapi Alhamdulillah lepas kawasan berbukit..

Trajedi bermula di lebuhraya Utara Selatan, di KM237.3, bunyi meletup kuat terdengar, diikuti bunyi macam kaca pecah.. Hidung dah terhidu bau hangit.. En Somi memberhentikan van di lorong kecemasan. Kami semua turun dari van dan memeriksa keadaan van.. tengok tayar OKE.. tengok bawah van barulah nampak apa puncanya.. GEARBOX pecah dan batang penyambung GB tu hilang, mungkin itulah yang menghasilkan bunyi kuat.. Mujur sangat kitorang tak apa- apa.. Bila dah jadi macam tu banyak sangat perkara yang difikirkan bernasib baik.. Nasib baik, takde kereta lain follow van kitorang.. nasib baik jugak, besi penyambung tu tak hentam tayar van.. nasib baik van tidak out of control... banyaklah nasib baiknya.. ALHAMDULILLAH. Syukur sangat2..
Ini gearbox yang dah rosak, besi penyambungnya patah..
Kitorang telefon PLUS untuk memohon bantuan.. Kemudian datang seorang lelaki India dan bertanyakan keadaan kami.. Dia menawarkan bantuan dan memberitahu kami bengkelnya ada di Senawang.. Kitorang berbincang apa2 yang patut dan bersetuju menerima bantuannya. Pihak plus sampai dan kutip besi- besi yang bertaburan atas jalan, diorang tanya lebih kurang dan letak kon sebagai tanda kecemasan... kitorang pulak, tunggu lori tunda sampai... Dalam sejam menunggu, lori sampai dan van pun selamat ditunda ke bengkel...
Proses menunda van

Mood bercuti spoil skit sebab peristiwa ini.. huhu tapi pulih semula, kakak minta orang bengkel sewakan kereta untuk kami bergerak ke Melaka.. Van tinggalkan pada diorang untuk dibaiki.. Mujur orang bengkel ni baik hati, siap berjanji nak hantar van ke Melaka apabila dah siap dibaiki.. Diorang kotakan apa yang dijanjikan.. Baik hati betul.. Terima kasih banyak ye tuan punya bengkel... Percutian kitorang kembali ceria hehe...


p/s : Story percutian dalam entri selepas ini yer.. hehe:))

6 ulasan:

amirah berkata...

lahai spoil mood cuti la camni..

Miss N™ berkata...

Gearbox pecah..bahaya tu..!

fizafantagiro berkata...

ehh .. baiknya tuan bengkel tu =) xpe xpe .. dugaan tuh .. hihihih ..

Deru Ombak berkata...

Xpe.. Xpe... Dah setel boleh teruskan jalan2...

ayukhairy berkata...

huhu..agak bahaya gak tu kan..mujur la tak de apa2 kan..

Kekzamanis berkata...

Teringat pengalaman MM nak gi anta anak buah daftar kolej dulu.. Van rosak, tayar pecah.. Padahal sebelum masuk highway tu dah servis kat Kuantan. Paling malang, makan masa nak servis.. So, terpaksa mintak tumpangkan anak buah tu ngan mak sedara kawan dia. Kitorang pulak terpaksa bermalam kat area tu sementara tunggu van siap kena repair.. Dah lah masa tu 1st day period.. Senggugutnya ya Allah, siap terbaring2 tepi jalan tak tahan sakit.. Huhu.. Last2 anak buah pegi register sorang2 tumpang mak sedara kawan dia tadi. Nasib baik gak mak sedara kawan dia tu dekat2 area tu jer rumahnya.. Kiotrang sampai kolej, budak2 tu dah start orientasi.. Kesian..

Catatan Popular