Selasa, 6 Mac 2012

Melaka with ❤❤ : 1st Day

Tiga hari bercuti di Melaka dimanfaatkan sepenuhnya.. Walaupun ada trajedi yang menimpa.. (boleh rujuk entri sebelum ni yer.. tetap rasa seronok .. Melaka bandaraya bersejarah, banyak sangat tempat yang boleh dilawati..

Hari pertama tiba di Melaka, kami menuju ke bandar MITC, Ayer Keroh untuk mendaftar masuk ke Homestay di Taman Tasik Utama.. Homestay yang agak besar dan siap dengan kelengkapan untuk memasak.. Kitorang memasak dan berehat selepas melalui perjalanan yang panjang.. Selepas maghrib, bermulalah proses lawatan kami.. tempat pertama yang dituju ialah Bandar Hilir.. Pengalaman yang sangat indah apabila dapat melihat keseluruhan bandar Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari..
Dari Menara Taming Sari
Kadar bayaran masuk dewasa = RM 20.. okelah, walaupun agak mahal sebenarnnya

Selesai meninjau bandaraya Melaka, kami berjalan menyusuri bangunan- bangunan dan terus menuju ke Muzium Samudera.. dan tiba di stesyen Melaka River Cruise.. Tanpa melepaskan peluang, kami korbankan RM10 seorang untuk merasai pengalaman menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam.. Memang berbaloi2, puas hati sangat dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit ini.
Beberapa view yang diambil dari atas bot.. Bercahaya di waktu malam..

Kami juga berkesempatan untuk menaiki beca yang dihias cantik.. Dilayan pula dengan ramah tamah sekali oleh abang- abang dan adik- adik beca... Enjoy sungguh, walaupun rasa kesian terbit di hati memandangkan terpaksa mengayuh beca dengan membawa penumpang yang berat ni hehe... Pusing sekitar Bandar Hilir dan berhenti 5 minit di Kota A Famosa untuk sesi klik- klik dengan kadar bayaran RM 20.. Sepadanlah dengan penat lelah diorang mengayuh kan..
Antara beca yang dihias cantik.. siap ada lampu lip lap dan sound speaker lagi.
Dalam sibuk- sibuk bergambar tu, terjumpalah satu bas ni.. hehe jumpa orang kampung lak kat sini.. Rupanya ramai orang Terengganu melancong ke Melaka jugak yer... Bagus2, jom kita sama- sama memeriahkan negeri Melaka ni.. 
Geng Ganu kiter.. hehe

Dah puas cuci mata... bergerak pulang ke homestay untuk tidur zzzz... Letih tu seharian berjalan- jalan... Sambung entri 2nd day di Melaka nanti yer... hehe 

P/s : Tukang promosi negeri Melaka tak berbayar dah ni.. hehe

15 Blogger Bersuara:

amirah berkata...

best tak melaka dieyna? pegi bandar hilir tak jem ke? selalu org yg dtg melaka kata jem kalau nak masuk bandar hilir time weekend. orang yg duk melaka ni sah2 memang jrg masuk bdnr hilir waktu weekend..huhu

Deru Ombak berkata...

Salam Cikgu ..

Sejak Mak abah kakya takde, Melaka tu jadi kampung kakya, sebab adik
Berkampung di Melaka. Bestkan Melaka walaupun cuaca agak panas sikit..
Tak pergi jalan jalan jokers street ke?

Dieyna berkata...

sangat2 best.. rasanya nak pegi lagi.. banyak lagi tempat yang tak pi.. hehe.. jem?? mmg lah jem tapi tak truk.. kereta bergerak.. punca jem..orang suka park kerete kat kiri kanan jalan walaupun diorang boleh nampak sendiri betapa ruang yang ada tu bukannya luas mana...

Dieyna berkata...

oo.. mestilah pergi kak ya.. hehe punyalah rambang mata last apa pun tak beli.. beli fridge magnet je untuk tanda kenangan.. huhu

Arina Shamsul berkata...

meriah kan melaka,hihi..saya baru 2kali p melaka.tapi rasa nak pegi lagi pas ni :).taknak p lagi ke?manatau terjumpa kat sana?leh ajak minum2..haha.

amirah berkata...

makan ikan bakar tak? haritu dieyna tanya kan ikan bkr mana yg best..

Deru Ombak berkata...

Hehe... Rasa nak pegi lagi kan...lain Kali nak pergi bagitau akk.. Boleh bawak Ana bekfes roti canai cecah asam pedas tetel kat klebang..mlm mkn cucur bilis kat limbongan.. Hehe.. Melaka oh Melaka. :)

Dieyna berkata...

huhu tak sempat makan ikan bakar... duk tiga hari banyak tempat tak abis pi.. hehe memang ada tanya hari tu,, ingat nak pi tapi tak dang.. hehe

Dieyna berkata...

oke.. bereh kak ya.. kalau ana pgi pulak, ana inform kak ya.. maybe program hujung tahun plak laa... hehe

Dieyna berkata...

nak pi lagi laa.. tak puas lagi. banyak lagi tempat tak ronda2.. hehe jom2 program hujung tahun plak..

Mia Liana berkata...

paling takut nak naik menara taming sari tu... gayatttt... huhuhu

Dieyna berkata...

naik malam tak gayat sangat...

LYAfrina berkata...

bestnyer..
lya teringin sgt nk smpai melaka ni..last smpai msa zaman skolah dulu..skarang confirm dh mkin cun n byk berubah kan

Dieyna berkata...

mmg sangat2 cun .. tak rugi pergi.. kena bawak duit je lebih skit, sebab semua tempat yang cun tu kena bayar nak masuk hehe

izan mama mia berkata...

wah bestnyer g jejalan

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT