Halaman

Rabu, 14 Mac 2012

Kategori mana blog kita???

Sekarang ni menulis blog bukan lagi untuk orang- orang tertentu.. Siapa sahaja boleh tulis blog. Budak sekolah, suri rumah atau siapa sahajalah yang tahu menulis boleh tulis blog. Tapi pernah tak kita fikir, apa yang kita tulis, apa isinya, boleh dijadikan panduan tak, ada ilmu yang disampaikan tak? Kalau kira, banyak lagi persoalan yang boleh dikaitkan dengan penulisan  blog ni..
Pinjam gambar en google. Tuan punya asal tengok kat gambar tu yer.
Kalau kita biasa blogwalking atau pun dalam erti kata melayu berjalan- jalan ke blog- blog lain... Kita akan jumpa pelbagai genre blog. Antaranya ialah
a) Blog sebagai diari
Pelbagai hal peribadi ditulis. Dari hal keluarga, anak- anak sampailah hal beli baju beli beg..  dan macam- macam lagi lah.

b) Blog sebagai medan gossip
Blog macam ni trafiknya memang meletup. Biasalah orang memang suka baca gossip-mossip artis ni. Hal yang benar ke tak benar semuanya ditulis dalam blog sebegini. Kadang- kadang jadi macam medan fitnah pulak. Ada pulak yang berjaya memporak-perandakan kehidupan insan yang digossipkan tu.. Nak buat macam mana dah memang blog gossipkan. Betul atau tak belakang kira.. yang penting GOSSIP.

c) Blog berinformasi
Blog macam ni bagus sangat2. Macam- macam info kita boleh dapat kalau datang kat blog genre ini. Tutorial pasal blog, pasal laptop pasal widget n banyak lagi kita boleh dapatkan di sini. Bagus kan.

d) Blog cacamarba
Hehe Tak tahu nak namakan apa kat blog yang isinya bercampur- campur. Macam- macam ada pinjam kata- kata Pakcik ASTRO.. P/s : Rasanya blog Dieyna duduk dalam kategori ini kot.

e) Blog masakan
Blog yang share resepi pun ada. Bagus betulkan akak- akak dan abang- abang kita yang tak kedekut ilmu masakan diorang. Diabadikan dalam blog untuk rujukan sendiri dan orang lain. Blog yang jenis ni memang selalu Dieyna pegi melawat. Tengok resepi, mana yang berkenan try buat. Hehe kepada suri yang rajin memasak dan pandai pulak capture gambar masakan eloklah buka blog resepi yer.

f) Blog kedai
Kalau dah sebut kedai mesti tempat orang membeli- belah kan. Zaman sekarang ni tak yah pergi pasaraya dah, Order online je, tunggulah seminggu dua barang akan sampai tercongok depan muka. Yang penting, pengguna kena pandai pilih blog shopping online yang betul2, kalau tak nak kena tipu. Dah banyak kes kan??

g) Blog copy paste
Tak pandai menulis tapi nak ada blog, sudahnya pi blog orang lain kemudian copy  je, tampal kat blog sendiri. Kalau letak sumbernya takpe, orang tak marah tapi ni buat macam hasil karya sendiri. Mestilah ada yang mengamuk kan. Pernah jugak Dieyna melawat satu blog ni, blog copy paste laa sebab masa baca entrinya, mungkin dia lupa nak edit nama maka nama penulis blog asal ada tercongok dalam entri. Kredit untuk penulis asal pun takde, so apa maknanya tu?? haha fikir sendiri yer...

Walau apapun jenis atau genre blog, yang penting ada ilmu yang disampaikan. Ilmu yang baik dibaca orang dan menjadi ikutan, Insya Allah adalah pahala yang blogger tu dapat.. Kalau dah ramai yang baca maka untung- untung berpanjangan pahala yang diperoleh, betul tak??? Kalau ilmu yang sebaliknya ditulis dan dibaca dan juga jadi ikutan, korang fikir sendiri jelah apa yang blogger tu dapat yer.. :)

Sesiapa yang baca entri ni, cuba komen skit.. blog korang duduk genre/ kategori mana? Ada lagi tak genre blog yang Dieyna lupa nak listkan, kalau ada koranglah pulak huraikan yer...

p/s : Sekadar pandangan umum.. Harap catatan yang diberi ni tepat yer. Entri lebih panjang daripada biasa. Harap korang tak jemu membacanya yer... :))

5 ulasan:

Arina Shamsul berkata...

blog saya pun blog cacamerba kot kak,haha.tapi bab2 gosip saya cuba elakkan.huhu.takmo dapat dosa berpanjangan..huhu.btw ini idea yang bagus kak. :)

SumeSakan berkata...

hehehehe...namapun SumeSakan...sume lah saya citer n kongsi dalam tuh...ada hal peribadi, ada hal anak, ada share programming code, ada resepi...senang cakap sumesakan lah...hehehehehe

Aine Ainun berkata...

Blog sy cacamarba rasanya...eheheee

izyantyPersonalTaste berkata...

blog sy cacamarba gak kot, tp tak suka gosip artis dlm blog, kutip dosa free je.

aswadz berkata...

blog aku pun kategori campur kot. entri sumer maen ikut sker je tulis.

Catatan Popular