Alkisah dalam sebuah kampung, ada satu perigi yang sangat dalam, ibarat kata kalau kita jenguk ke dalam memang tak nampak apa-apa. Gelap gulita. Suatu hari, seorang budak muda ternampak seekor lembu sedang meragut rumput kat sebelah perigi tu, tiba- tiba lembu tu tersalah langkah lalu terjerumus ke dalam perigi yang gelap gulita tersebut. Anak muda tersebut berlari menuju ke rumah Tok Ketua dan melaporkan apa yang dilihatnya tadi. Maka, berduyun- duyunlah orang kampung pergi ke perigi berkenaan untuk membantu lembu yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Untuk pengetahuan, dalam kampung tersebut ramai sangat yang menternak lembu jadi berlakulah kekonfiusan tentang MILIK SIAPAKAH LEMBU ITU .. Salah seorang daripada orang kampung tersebut, Pak Dollah sibuk memerhatikan keadaan di sekeliling perigi tersebut. Kawasan rumput tersebut kelihatan agak pelik, yang mana ianya membentuk satu laluan- ada rumput di tengah tetapi di kiri kanannya botak. Setelah puas memerhati, Pak Dollah dengan yakinnya berkata " LEMBU DALAM PERIGI NI LEMBU AKU". Soalannya :-
SEBAB APA PAK DOLLAH BEGITU YAKIN KATA LEMBU DALAM PERIGI TU MILIKNYA, SEDANGKAN PERIGI TU GELAP- GELITA, TAK LEH NAMPAK PUN LEMBU YANG JATUH TU..
Lebih kurang beginilah keadaan rumput di sekeliling kawasan perigi tu.. Nampak tak kiri kanan macam ada laluan. |
P/s : Jawapan dah ada ni, cuma nak uji ketereran korang menjawab soalan teka- teki yang panjang berjela- jela ni je.. haha cepat buktikan ketereran korang ye... Sapa2 yang menjawab dengan tepat dan padat, Dieyna akan REVIEW BLOG dia.. hehe oke tak hadiah tu???
16 ulasan:
Alaaa...tak suka bab teka teki ni. Eheheeeeehhhh=))
AA tgu jawapan=))
bole gitu??
haaa3x... sebab dia yakin kerana dia aje yang lepaskan bebas lembu tu ragut rumput kat situ ... yang talin semua ternak lembu dalam kandang....
assalammualaikum..
hihihi kak,jem otak aku pagi2 ni kak..beku..haha.
haish ni yang buat tidak keruan ni..hihi.
berulang2 dah aku baca soalan ni kak,tapi jawapan belum ketemu lagi ni..hihi
haha no no no.. cuba lagi hehe fikior fikior...
cairkan otak tu dulu.. pahtu baru fikir yer hehe
bolehlah... hehe"))
sebab rumput yg di mkn tertulis nama pak dollah..hehe..tryy aja
ape ye..hihihi..
sebab pak dollah yang tolak lembu tu ke daalm perigi..hihih kan..?
sbb perigi tu pakdollah punya, ahaha otomatik jd lembu dia. ape punya jawapan daaa
sebab , kepala pak dollah botak . so lembu dia mkn rumput mcm bntuk rmbut . thts y dia mngku tuh lmbuu dia
hehe... maybe sebab pak dollah memang ternak lembu dlm perigi tu kot.. :D
lembu tu gila
emmm...
SAYA TAAA!!!!!!!!!!! Tak tahu.. :(
MILIK SIAPAKAH LEMBU ITU .. Salah seorang daripada orang kampung tersebut, Pak Dollah sibuk memerhatikan keadaan di sekeliling perigi tersebut. Kawasan rumput tersebut kelihatan agak pelik, yang mana ianya membentuk satu laluan- ada rumput di tengah tetapi di kiri kanannya botak. Setelah puas memerhati, Pak Dollah dengan yakinnya berkata " LEMBU DALAM PERIGI NI LEMBU AKU"
JAWAPAN = sebab kan die kata MILIK SIAPAKAH LEMBU INI , diesebabkan tiade siapa yang menyahut , pak dollah pon cakap la LEMBU DALAM PERIGI TU LEMBU AKU .
#klau betul saya punye jawapan , nak hadiah , hadiah die ialah tolong buatkan iklan blog untuk saya . =='
sebab gigi lembu tue larh.. tgk lh keadaan rumput tue.. kan..
Catat Ulasan