Sabtu, 18 Februari 2012

Pendidikan ~~ Aplikasi Online

Zaman sekarang ini zaman moden..

Semuanya di hujung jari..
Yang cipta aplikasi ini patut berasa bangga
Sebab dah berjaya membuatkan para guru
menambah satu lagi tugas... 
Tugas yang semestinya perlu dibuat di luar waktu persekolahan..

Ibu bapa perlu lebih celik IT
sebabnya, hanya dengan satu klik..
Markah anakanda kesayangan akan terpapar di skrin...
Boleh print untuk tampal di dinding sekiranya resultnya
mengembangkan hati...

Anak- anak pula tak dapat lagi sorok
kad kemajuan if resultnya teruk bangat.. hehe

Dah banyak melalut kat atas ni kan..
sekarang Dieyna nak share apa aplikasinnya..
Pasti ada para ibubapa dalam kalangan pembaca blog ini kan..

Aplikasi 1 - SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

Ibu bapa boleh menyemak markah peperiksaan anak- anak di sini..
Semakan markah hanya untuk murid Tahun 3 dan ke atas sahaja.

Aplikasi 2 - SPPBS (Sistem Pengurusan Pentadbiran Berasaskan Sekolah)

Sistem ini berdasarkan penilaian mengikut Band untuk Tahun 1 dan 2. 
Sistem yang berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Aplikasi 3- Maklumat Diri Murid Sekolah Malaysia

Ibu bapa boleh menyemak data peribadi anak- anak menggunakan aplikasi ini.

Ada lagi beberapa aplikasi lain untuk kegunaan
pendidikan zaman sekarang ini.

Yang pastinya, semua aplikasi
di atas perlu diisi oleh GURU...

Siapa kata jadi CIKGU ni mudah kan.... 

p/s: Sengaja buat entri ni sebab nak simpan link ini untuk memudahkan kerja pengisian maklumat nanti...






2 Blogger Bersuara:

Aine Ainun berkata...

Yela...skrg makin majukan....

Anak2 pulak x ble la nk sorok2 lagi report card

dan,
kerja guru pun makin hebat kan...;)

Dieyna berkata...

Yelah Aine.... kadang- kadang sampai terkejor2 nak buat.. sebabnya semua aplikasi ini ada datelinenya...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT