Halaman

Selasa, 10 Januari 2012

Si Comel jadi CHEF.

Salam semua, rasanya dah dua hari tidak bersiaran di sini.. Semalam si kecik Dieyna batuk & selsema, subuhnya pulak demam maka masa untuk mengadap laptop tergendala...

Hari ini duduk di kantin sekolah sambil belek- belek surat khabar. Dieyna terjumpa satu artikel menarik "Chef Kanak- kanak: Ajar anak ke dapur seawal usia 2 tahun". Topik yang sangat bagus untuk dikongsikan di sini.. 

Bagus juga ajar si kecik ini awal- awal masuk dapur. Apabila dah besar nanti, takdelah kekok sangat sebab dah kenal mana sudip, sudu dan pelbagai perkakas dapur yang lain. Cuma, kita sebagai ibu bapa kenalah memantau sebab dapur adalah kawasan yang bahaya untuk mereka. Lantai basah, pisau, periuk panas, minyak panas dan sebagainya harus dielakkan daripada mudah dihampiri mereka. 

Banyak kebaikannnya apabila si kecil di ajak ke dapur , antaranya, 

Merapatkan hubungan antara ibu dan anak.


Membina perbendaharaan kata serta daya imaginasi dan kreativiti si kecil

Berikut merupakan aktiviti yang dicadangkan untuk anak kecil anda mengikut tahap usia mereka.

2 Tahun
Cuci buah- buahan dan sayur- sayuran
Adun dan lenyek bahan ramuan

3 Tahun
Tuang bahan ke dalam bekas
Hias makanan siap seperti menabur bawang goreng.

4 Tahun
Membeli barangan dapur ketika membeli- belah
Sukat atau kira ramuan yang diperlukan
Pantau tempoh memasak sekiranya ada tempoh masa tertentu seperti membakar kek.

5- 6 Tahun
Sediakan sajian mudah seperti sandwich
Persediaan atas meja atau menghidangkan makanan
Kupas buah- buahan seperti pisang atau oren.

7 - 10 Tahun
Membacakan resepi
Ajak si kecil berbincang mengenai sajian yang ingin dimasak
Cuci pinggan mangkuk

Kebersihan tangan dan peralatan perlu diutamakan. Didik mereka bahawa kebersihan sangat penting sebelum atau semasa melakukan aktiviti di dapur.

Sekian.. perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye.

Sumber : Berita Harian 10 Jan 2012

4 ulasan:

amirah berkata...

menarik jugak..tp mesti time tak terkejar2 la kut,..kalo tak nak tunggu dia 'tolong' kita tu bila la nak habis agaknya.. : )

dieyna berkata...

@amirah
Betullah amirah, kalau buat kerja dalam keadaan santai boleh ar si kecik tu tlong.. kalau time nak masak cepat, lagi lambat ar nak siap

HAFIZA HASSAN berkata...

mintak izin copy ;p

HAFIZA HASSAN berkata...

mintak izin copy ;p

Catatan Popular