Entri pagi ni berkenaan buku di atas..
Buku inilah yang saya suka baca
tatkala ada masalah yang membelenggu fikiran.
Intipatinya menyedarkan saya
bahawa kita semua berhak untuk berasa bahagia.
Menyedarkan saya bahawa bersyukurlah dengan apa yang telah
kita miliki
Mengajar saya menghargai benda yang ada di depan mata.
Sebenarnya, untuk mengisi nurani,
kita tidak perlukan hiburan yang melalaikan ataupun
cerita khayalan yang semuanya indah belaka
tapi cukuplah diisi dengan
ayat- ayat motivasi yang mampu
menyedarkan dan merapatkan kita
dengan Allah S.W.T
Ya.. ini lah manisan hidup kita
kita akan tersasar sekiranya tiada panduan
tiada bimbingan dan tiada pencetus semangat..
Kadang kala kita terleka
Kadang kala kita terlalai
Kadang kala hati kita dinodai dengan hal- hal
remeh yang menyesakkan
Namun
Allah S.W.T menyedarkan kita supaya
jangan terlalu leka,
Jangan terlalu lalai
Kerana
Hal yang remeh memesongkan kita
daripada mempercayai
Qada dan Qadarnya.
Percayalah..
Allah dekat di hati kita
selagi kita berusaha
MENDEKATINYA
2 ulasan:
mudah2an....
@tunzuntuk dihayati bersama
Catat Ulasan