Halaman

Rabu, 28 Disember 2011

SBPA- Perbincangan JPA- CUEPACS berhasil

Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni dah lama diperkatakan.. Ada pro dan kontranya.. Biasalah, mana ada DASAR yang benar2 sempurna melainkan DASAR yang ditetapkan ALLAH...


Ada beberapa terma dalam SSM telah ditukar apabila SBPA diperkenalkan..
Kalau dalam bidang perguruan ni, terma yang paling jelas sekali bertukar ialah nama skim, kalau dulu skim berbeza mengikut lepasan diploma or ijazah tetapi sekarang nama skim disatukan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Gred jawatan juga berubah iaitu
DG 29 = DG2-1
DG32 = DG 2-2
DG 34 = DG 2-3
DG41 = DG 1-1
(sekadar beberapa contoh)

Walau bagaimanapun, bukannya semua pihak bersetuju dengan SBPA ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan diperjelaskan lagi kepada umum terutamanya pihak yang akan berada dalam polisi baru ini..

Antara isunya ialah mengikut SBPA, sekiranya seorang penjawat awam mendapat markah prestasi kurang daripada 75 markah maka tiada kenaikan gaji akan berlaku. Manakala untuk pelaksanaan EXIT POLICY pula, sekiranya seseorang penjawat awam memperoleh markah prestasi kurang daripada 70 markah, maka penjawat awam tersebut boleh dimasukkan ke dalam EXIT POLICY dan seterusnya boleh ditamatkan perkhidmatannya. Isu mata gaji juga dibangkitkan dan penjelasan mengenainya dituntut.

Bagi meredakan isu dan seterusnya mewujudkan win-win situation, perbincangan antara JPA dan Cuepacs telah dijalankan dan membuahkan hasil. Daripada perbincangan, kata sepakat dan keputusan semerta telah dibuat iaitu berkenaan

i. Isu prestasi :
JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim SBPA daripada 75% kepada 65%.

ii. Dasar Pemisah (Exit Policy)
Penjawat awam akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah sekiranya gagal mencapai 60 %.

iii. Isu Gaji dan Gred Jawatan
Semua perkara yang dibangkitkan oleh pihak Cuepacs yang berkaitan termasuk isu gaji tertinggi dan gred jawatan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan.

Memetik kata- kata Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, Secara keseluruhannya SBPA adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara, namun terdapat beberapa bahagian tertentu yang perlu dikaji semula...

P/s : Bukan senang jadi pemimpin, nak kena memuaskan hati semua pihak.. pasti akan ada juga yang tak puas hati.. :)


Tiada ulasan:

Catatan Popular