Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

Mitos atau fakta COKLAT

Khabar gembira untuk penggemar COKLAT..
Satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Satu penyelidikan telah dijalankan dan yang pastinya hasil kajian tersebut memberikan khabar gembira kepada penggemar COKLAT.. Selepas ini boleh makan coklat banyak2... Jom baca apa yang menarik mengenai coklat...

Mitos
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.

Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut ;
Protein - 6%
Zat Besi - 3%
Vitamin A - 2.4%
Thiamine - 2%
Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan, maka coklat akan menjadi lebih bertambah khasiatnya.

Mitos
Coklat adalah sumber utama "dietary sugar' untuk kanak- kanak

Fakta
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula kanak- kanak diperoleh daripada coklat dan lain- lain konfeksyen.

Mitos
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.

Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu -40 mg. Cuba bandingkan dengan 1 cawan susu - 122 mg, 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440 mg sodium.

Mitos
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.

Fakta
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu, coklat bukanlah penyebab kerosakan gigi. Selain itu, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

Mitos
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak- kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.

Fakta
Satu auns coklat adalah 5 miligram. satu cawan kopi mengandungi antaran93 dan 153 miligrams bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 miligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandugi antara 32-65 mg bagi satu tin seberat 12 auns. Anda perlu memakan banyak bar coklat ( lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

Mitos
Memakan coklat dan lain- lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak- kanak.

Fakta
Kajian menunjukkan kanak- kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Para penggemar coklat pasti sangat gembira kan.. makanlah coklat anda tidak akan gemuk kerananya.. I like it...

Sumber cerita : Harian Metro 24 Dis 2011...

1 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Salam sinngah sini, foolow
salam kenal:::
dari Forum RH=)

Catatan Popular