Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

Fiksyen 302

Siapa peminat novellis Ramlee Awang Mursyid? Sila angkat tangan... hehe
En RAM kita telah menghasilkan karya terbaru.. iaitu novel FIKSYEN 302.
Seperti biasa, karya En RAM membawa pembacanya terbang jauh daripada kisah cinta yang streotype.
Jalan cerita yang susah diduga, penuh dengan plot- plot suspen dan mendebarkan.

Sememangnya saya kagum dengan En RAM sebab pemikirannya yang begitu kritikal sehingga mampu menghasilkan novel yang begitu unik jalan ceritanya. Sekiranya, anda peminatnya pasti anda setuju dengan kenyataan saya ini kan... Tengoklah karyanya yang terdahulu Semangat Hutan, Tombirou, Bagaikan Puteri, Ungu Karmila, Rayyan Fantasi & banyak lagi, semuanya bukan kisah cinta meleret.. tapi kisah yang berbeza dengan plot yang memang kita tak boleh duga pun.

Saya baru je membeli novel Fiksyen 302 di Mesra Mall tadi.. Tak sempat lagi membacanya sebab dah ada yang sambar nak baca dulu.. Dang baca sinopsisnya je .. huhu sabor je laa

*Gambar diambil dari pakcik G

Sinopsis Fiksyen 302

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Hendak tahu lebih lagi.. silalah dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran dengan kadar harga RM21.00.
Jika anda memiliki kad keahlian kedai buku Popular, dapatlah diskaun 10 % hehe

Tiada ulasan:

Catatan Popular