Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

Bicara Hati VS Ombak Rindu


Dua- dua novel ada dalam simpanan.
Dua- dua novel dah banyak kali khatam..
Dua- dua novel ni buat aku menangis tersedu- sedan.. sob sob sob..
Dan sekarang,
Dua- dua novel ni dah diadaptasikan...
Satu telefilem dan satu lagi filem.. tengah meletup2 di pawagam..
Tapi yang pasti, aku tak sabar nak tunggu dua- dua cerita ni di TV..
Satu kat ASTRO PRIMA satu lagi kat ASTRO FIRST...
huhu tak sabar weh....

Nak review watak utama dalam drama Bicara Hati skit...

Sharnaaz sebagai Tengku Syahran

Tengku Syahran digambarkan seorang yang berpewatakan menarik, kadang- kadang serius, kuat cemburu, panas baran.. Kalau tengok raut wajah Sharnaaz, nampak sesuai sangat dengan watak tu.. Memang sesuai laa...

Christina Suzanne Stockstill sebagai Zahlia.

Zahlia berperawakan lemah lembut, mempunyai raut wajah yang cantik, bermata bundar dan berkaca, mempunyai anak mata berwarna hazel.. Seorang yang sangat baik hati namun tegas dan keras semangat..

Pemilihan pelakon- pelakon pembantu juga bersesuaian dengan karakter di dalam novel.
Linda - Marsha Milan Londoh
Raja Khalida - Zarina Zainuddin
Tengku Badariah - Azizah Mahzan

Lagi tambah bersemangat nak tonton ni.. Pendek kata semuanya sesuai laa....

Apa yang pasti aku akan terpacak depan tv pada
3 Jan 2012 pukul 9.00 mlm di ASTRO PRIMA...

Harap2 drama sebest novelnya....

3 ulasan:

ayukhairy berkata...

tak sabar nak tunggu juga cerita ini..

mmmm..balik ni nak cari la novel bicara hati

dieyna berkata...

ayu..cari jangan tak cari...

Tanpa Nama berkata...

pertama kali tgk citer tu dah jatuh hati....mmg bes!x sabar nk tunggu sambungan dia minggu dpan

Catatan Popular