Jumaat, 4 November 2011

Tanggungjawab Isteri


Catatan ini diambil dari forum ratuhati.com, dipostkan di sini semula untuk panduan diri sendiri yang dirasakan kadang- kadang tersasar dari landasan yang sebenar..
Tanggungjawab seorang isteri bukan mudah, tersalah langkah pastinya membawa kemudaratan di kemudian hari. Adakah kita sudah sempurna dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap suami? Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
catatan saya: selalunya mmg sediakan air untuk suami cuma kadang2 tindakan suami lebih cepat.. dia yang sediakan air dulu untuk kitoran terutamanya untuk persediaan makan.. lepas ni kena nekad, walau seletih mana pun.. sediakan air untuknya.. Insya Allah

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
catatan saya: Selalu buat makanan untuk suami tapi kalau kehabisan bahan mentah, suami prefer beli makanan luar.. sy suka masak untuk suami sebab suami suka makan.. satu kenikmatan kalau suami makan menambah.. kalau suami makan sikit, mula lah rasa bersalah.. huhu

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
catatan saya: oooooooooooo

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
catatan saya: Ade rezeki terima.. Amin

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
catatan saya: Kena pandang lagi kerap lah lepas ni.. pandang dengan hati yang ikhlas mencintainya.. chewaaah

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
catatan saya: Insya Allah.. Cuba menggembirakannya tapi kadang2 mulut tak berinsuran... huhu selalu diingatkan tapi buat jugak...

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
catatan saya : Amin..

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
catatan saya: Insya Allah... Amin

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Artikel dipetik dari http://hikmatun.wordpress.com/2008/07/27/tanggungjawab-suami-isteri/

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT