Halaman

Rabu, 20 Oktober 2010

Mengapa Wanita Istimewa???

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.. "..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah....". Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..Dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..Rendam lepas makan tadi..Basuh jap... Susun pinggan kat rak, lap dapur coz terpercik kena sambal masa masak tadi...Check air panas dalam flusk..Takut habis pulak nanti malam anak nak susu...Memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....Salin la gula...Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..Nasib baik ade lagi...Ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...Dah beku dah...Basuh la kejap....Pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...Penat dah ni, besok je la basuh...Sidai kaian lap je lah...TIIIKKK...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok, settle...!!! Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...Check. ..baju 2, pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....Alamak..telupa pulak masukkan botol...Basuh botol jap...ok settle..!!! Ternampak pulak beg g keje...Emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 dlm beg coklat...Cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...Hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...Rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...Ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...!!! Tetiba dengar suara papa..."..U buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.." " ..Yelah nak tido la ni..Nak smayang jap..." Masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...Adoi..gosok gigi...Smayang. ..Pakai toner...pakai treatment cream...Nak lawa and maintain punya pasal lah ni... Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..Bukak almari...Emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..Check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...Lla, napa komputer ni tak tutup ni..Gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...Gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..Dgr suara papa lagi..."..I dah ngantuk ni.."..Dalam pada nak masuk ke bilik...Owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...Ok, siram jap...Check jap pintu ni...Sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup.Ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...Bukak lampu luar..Ni mainan ni sepah2...Masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...Sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...!! Ok dah boleh baring...Adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...Selimutkan die...La..napa basah ni...??? Eemm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali...Ok sayang tido k...Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..Tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...Aaahh...sedapnya dapat baring...Mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..Ahh...boring. ..Panas pulak lotion nih..Dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...Papa pun bangun tutup tv..."...I dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni,..bola pun takde..." Selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...Dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu!!!

Isnin, 4 Oktober 2010

Cerita tentang Award

Award2 ni dah lama aku terima tapi kurang kesempatan untuk menjawab tag2 yang mengiringi award berkenaan.. Maka, ari ni aku ingin menebus hutang..

Terima kasih kepada adik intan syahirah dan saudara wanzi kerana telah memberikan award2 ini...


Award daripada Intan Syahierah

Si adik manis ni telah memberikan Blogwalking Award.. ada gambor tapak kaki tu.. baru nak jawab tag adik ni tapi laman blog dia dah takde.. so.. tengok jelah award ni ye




Award daripada Saudara Wanzi

Baru je kenal dia ni.. tapi tak sangka pula rupanya saudara wanzi ni husband kawan aku semasa di maktab dulu.. kecik sungguh dunia ini kan..
Ini awardnya... Beautiful Blogger Award... (tang mana beautiful blog aku ni pun aku tak tau) yang penting kecantikan itu subjektif hehe


next.. aku kena jawap soalan..

1. Thanks the person who gave you the award and link the person..

terima kasih kepada saudara wanzi yakni pemilik realwanda2u kerana menghadiahkan award ini.. Jasamu tuan takkan dilupakan...

Lembu baru kereta pun baru
Baru sekali masuk Melaka
Tuan baru saya pun baru
Baru sekali kenal biasa...

2. Spread the words to 15 blogers who you like and you think their blog are awesome..

kepada rakan2 blog yang rajin menyinggah, jemputlah amik award ni ye...

3. Tell 7 things about yourself...

seorang ibu, isteri, anak dan pekerja
suka mengadap laptop
suka tengok citer kartun
suka makan
suka window shopping
suka travel...&
suka baca novel...

oke abis utang...

Janda Baik



Janda Baik... sekiranya anda melalui Lebuh raya Karak dan singgah di Genting Sempah.. anda akan menemui papan tanda "Janda Baik".. Namanya agak unik dan menyimpan sejarahnya yang tersendiri..

Dahulunya kawasan ini adalah sebuah perkampungan orang asli, namun kini ianya sudah berubah wajah.. bukan lagi perkampungan terpencil malah sudah terkenal sebagai lokasi percutian dan riadah.

Terdapat dua versi berkenaan asal usul Janda Baik..

Versi Satu

Sebenarnya lokasi ini merupakan satu perkampungan terpencil yang didiami oleh Orang Asli (tak pastilah pula suku kaum mana yer) namun pada 1930 kawasan ini diteroka oleh orang melayu yang kehilangan kawasan penempatan kerana banjir besar. Dikatakan kawasan ini ditemui oleh tiga sahabat yang bernama Deris, Kadir dan Yasin.Mereka membina sebuah pondok dan menginap selama seminggu di kawasan ini untuk memastikan kawasan ini selamat didiami. Pada asalnya mereka ingin menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tiga Haji, walau bagaimanapun Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah tidak memperkenan nama itu.

Diceritakan pula kepada Baginda bahawa lokasi ini turut diduduki oleh orang asli yang membuat kerja- kerja bendang dan berdusun. Diceritakan juga bahawa terdapat satu pasangan yakni Tok Batin Wok dan Isterinya, Siah yang bergaduh hingga membawa kepada perceraian. Namun, tak sampai sebulan berpisah, Siah rujuk semula dengan suaminya Batin Wok. Berdasarkan kisah pasangan ini, nama tempat ini dinamakan Janda Baik iaitu merujuk kepada Siah yang berbaik semula dengan Batin Wok. Sultan berkenan dengan nama itu dan terus berkekalan hingga ke hari ini.....

Versi Dua

Lokasi ini dinamakan Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera akibat perang saudara yang berlaku pada tahun 1918. Ekoran itu, tempat ini dinamakan Janda Baik kerana kebaikan janda berkenaan menawarkan khidmat membantu mereka yang cedera dan menawarkan tempat tinggalnya sekali.

P/s : Walau apa pun sejarahnya.. nama tempat ini tetap unik..

Catatan Popular