Isnin, 4 Oktober 2010
Janda Baik
Janda Baik... sekiranya anda melalui Lebuh raya Karak dan singgah di Genting Sempah.. anda akan menemui papan tanda "Janda Baik".. Namanya agak unik dan menyimpan sejarahnya yang tersendiri..
Dahulunya kawasan ini adalah sebuah perkampungan orang asli, namun kini ianya sudah berubah wajah.. bukan lagi perkampungan terpencil malah sudah terkenal sebagai lokasi percutian dan riadah.
Terdapat dua versi berkenaan asal usul Janda Baik..
Versi Satu
Sebenarnya lokasi ini merupakan satu perkampungan terpencil yang didiami oleh Orang Asli (tak pastilah pula suku kaum mana yer) namun pada 1930 kawasan ini diteroka oleh orang melayu yang kehilangan kawasan penempatan kerana banjir besar. Dikatakan kawasan ini ditemui oleh tiga sahabat yang bernama Deris, Kadir dan Yasin.Mereka membina sebuah pondok dan menginap selama seminggu di kawasan ini untuk memastikan kawasan ini selamat didiami. Pada asalnya mereka ingin menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tiga Haji, walau bagaimanapun Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah tidak memperkenan nama itu.
Diceritakan pula kepada Baginda bahawa lokasi ini turut diduduki oleh orang asli yang membuat kerja- kerja bendang dan berdusun. Diceritakan juga bahawa terdapat satu pasangan yakni Tok Batin Wok dan Isterinya, Siah yang bergaduh hingga membawa kepada perceraian. Namun, tak sampai sebulan berpisah, Siah rujuk semula dengan suaminya Batin Wok. Berdasarkan kisah pasangan ini, nama tempat ini dinamakan Janda Baik iaitu merujuk kepada Siah yang berbaik semula dengan Batin Wok. Sultan berkenan dengan nama itu dan terus berkekalan hingga ke hari ini.....
Versi Dua
Lokasi ini dinamakan Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera akibat perang saudara yang berlaku pada tahun 1918. Ekoran itu, tempat ini dinamakan Janda Baik kerana kebaikan janda berkenaan menawarkan khidmat membantu mereka yang cedera dan menawarkan tempat tinggalnya sekali.
P/s : Walau apa pun sejarahnya.. nama tempat ini tetap unik..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bismillahirrahmanirrahim. Pertengahan tahun dah muncul. Memandangkan murid Tahap 1 tiada peperiksaan pertengahan tahun maka, sistem Pentak...
-
Semalam gigi sakit, apabila tersentuh je gigi atas dengan gigi bawah, mesti rasa ngilu.. Bengkaknya sampai ke gusi.. Dah lama gigi tu berlu...
-
Semalam saya tidur lambat, jadi masa yang terluang itu saya isi dengan membuat roda suku kata. Roda ini saya dapat idea daripada salah seor...
1 ulasan:
tempatnya sejuk dan damai.. huhu.. teringat balik kem kepimpinan prs 2007 , tempat ni memang best!
Catat Ulasan