Halaman

Ahad, 30 Mei 2010

Mengenal wanita daripada cara berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Perhatian untuk para ibu bapa

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian
sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada beberapa petua

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke
umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru
kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai
ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian
dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya
percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan
kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang
tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang
tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada
pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan
umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....

EXCHANGE LINK




Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

JOM FACEBOOK



Ahad, 23 Mei 2010

9 Wanita Yang Menjadi Perhatian


1 . SIKAP KEIBUAN Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Sumber :http://umiliya.blogspot.com/

Sabtu, 22 Mei 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna…

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap iabegitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. … akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan…..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan MENYESAL….
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU.

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan MENYESAL


Jumaat, 21 Mei 2010

Bersihkah bilik air anda?


Sebersih manakah bilik air anda? Berikut diberikan beberapa tips yang boleh digunakan sewaktu membersihkan bilik air..

1. Membersihkan mangkuk tandas dengan mudah

* Curahkan dua cawan cuka di dalam mangkuk tandas.
* Biarkan selama sejam dan berus dengan berus pencuci tandas

2. Membuang kulapuk pada perekat jubin

* Gunakan cecair peluntur klorin di dalam air. (anggaran satu cawan peluntur dengan tiga cawan air)
* Semburkan atau sapu dengan span pada kesan kulapuk. Biarkan beberapa minit.
* Bilas dengan air bersih dengan sebersih- bersihnya.
* Pastikan anda memakai sarung tangan getah sewaktu menggunakan bahan ini.

3. Lubang saliran tersumbat

* Curahkan setengah cawan garam dan satu cawan soda penaik ke dalam saliran dan biarkan semalaman.
* Kemudian, curahkan dua hingga tiga cawan air panas. (keesokkan harinya laa)
* Serbuk soda membangkit aroma segar bilir air anda

4. Membersihkan bahagian kepala pancuran

* Gunakan cuka yang telah dipanaskan, masukkan kepala pancuran di dalam air cuka tersebut.
* Biarkan selama sejam.
* Berus menggunakan berus gigi lama dan bilas dengan air suam..

5. Paip dan suis terhindar daripada kuman

* Gunakan tisu lembap sahaja bagi membersihkan bahagian- bahagian ini.
* Ianya sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian- bahagian yang biasa disentuh oleg orang lain juga.. (nak selamat lagi, guna tisu lembap yang anti- bakteria)

Khamis, 20 Mei 2010

HURUF PERTAMA PADA NAMA ANDA


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tips mendapatkan ruang tamu kesukaan anda..


Lama sangat tak menulis tips dekorasi, belek- belek majalah Impiana Bulan Mei 2010.. jumpa tips menarik yang boleh dikongsi bersama.. Bagaimana kita boleh mendapatkan ruang tamu yang disukai?... Berikut diberikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan..
1. Mencari apa yang anda suka
Sebelum anda membeli barangan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menentukan apa yang anda sukai. Salah satu cara yang terbaik adalah dengan merujuk ke dalam majalah dan menggunting pilihan yang anda suka. Potong sebanyak mana gambar yang menarik perhatian anda.

2. Lekatlah gambar di dalam buku lakaran
Dengan menggunakan buku yang mempunyai saiz yang bersesuaian, tampallah gambar yang dipotong tadi. (gambar yang terpilih sahaja)
3. Lihat kepada buku dekorasi anda
Setelah siap, lihat semula buku dekorasi. Jadi, anda boleh melihat trend warna yang akan digunakan begitu juga dengan pilihan tekstur dan motif yang bakal digunakan.
4. Bawakan buku dekorasi anda sewaktu membeli belah.
Buku dekorasi anda ini boleh digunakan sebagai panduan anda dalam mencari fabrik, cat dan juga perabot untuk mendekorasi ruang tamu.
5. Ambil masa dan nikmati proses perancangan dekorasi ruang tamu
Gunakan teknik ini untuk anda bermain dengan kreativiti dan mengambil masa sebanyak mana yang diperlukan untuk menetapkan barangan pilihan anda. Pilih warna cat secara berhati- hati begitu juga dengan pilihan warna fabrik serta susun atur yang bersesuaian.
6. Ambil masa apabila membeli- belah untuk perabot ruang tamu dan dekorasi
Buat pilihan yang tepat biarpun mengambil sedikit lambat, asalkan anda berpuas hati dengan wajah ruang tamu yang terhasil.

Selasa, 18 Mei 2010

Kenali personaliti ibu hamil

Kehamilan adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.

Nikmat ini lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna, apatah lagi jika kehamilan itu yang pertama.

Melalui proses kehamilan ada ketikanya ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa.

Dalam kehidupan seharian bagaimana menghadapi cabaran ketika hamil dan bakal menjadi ibu sebenarnya adalah bayangan daripada personaliti individu itu sendiri.

Pakar Psikologi terkenal dari United Kingdom, Dr. Linda Papadopoulos berkata, apabila memiliki anak segala-galanya akan berubah secara semula jadi termasuk corak kehidupan seharian.

"Pada setiap kehamilan, ia berbeza-beza termasuk perubahan kelakuan dan kesihatan yang mana ia membantu menguruskan jangkaan serta emosi kita untuk menghadapi saat-saat getir untuk bergelar ibu.

"Dalam masa yang sama, ibu juga perlu mengenalpasti siapakah dirinya yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal emosi, membuat keputusan penting dan menyesuaikan diri dengan situasi baru,'' ujarnya.

Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan semasa hamil, Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:

Ibu yang sering runsing

Sentiasa mencari maklumat sebanyak mungkin daripada sumber-sumber yang senang diperoleh. Ibu yang sering runsing adalah seorang yang sangat berminat untuk memperoleh maklumat.

Sentiasa meminta nasihat daripada kawan-kawan serta ahli keluarga di samping membaca buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan dan bayi. Ibu yang sering runsing juga akan ditenggelami pelbagai maklumat di sekelilingnya.

Malangnya, keputusan yang mengelirukan akan menjadikan ibu tersebut kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat di dalam situasi baru.

Mereka ini juga akan sering dilanda kebimbangan dan akan berubat sendiri (self-medicating) dengan maklumat yang terlalu banyak yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

Jika anda seorang ibu yang kerunsingan atau jika anda mempunyai simptom-simptom akan menjadi seorang ibu yang kerunsingan, apa yang penting ialah mengingati bahawa perkara tersebut adalah semula jadi dan fikirkan bayi baru anda.

Untuk mengelakkan kekeliruan, kurangkan sumber-sumber maklumat yang anda memperoleh.

Cuba gunakan laman web seperti laman web kehamilan dan kunjungi pakar kesihatan kehamilan untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mengadakan perbincangan apa yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.

Ibu hebat

Ibu hebat merupakan pemimpin dalam kumpulan Menjadi lumrah, jika individu itu merupakan ibu hebat, dia akan menonjol daripada orang lain.

Mungkin dia adalah orang pertama yang akan hamil di kalangan rakan-rakan dan pada masa telah membaca banyak buku mengenai kehamilan, pergi kelas atau ini merupakan kehamilan kedua atau ketiga mereka.

Untuk pengetahuan bersama, ibu hebat juga merupakan seorang yang akan memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi seorang ibu. Mereka juga sering berkongsi pengalaman tanpa sebarang keraguan.

Jika anda ibu hebat anda cenderung untuk membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama.

Ibu hebat juga seharusnya cuba mengingati bahawa setiap kanak-kanak adalah seorang individu tanpa mengira bagaimana kompetitifnya keadaan sekeliling.

Sebagai ibu, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat bermula dari mana memperoleh bayi sehingga bagaimana memberinya makan.

Perkara yang penting ialah membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan juga bayi.

Ibu yang profesional

Profesional dari segi nama dan semula jadi. Bagi seorang ibu yang profesional, dia amat teratur, rasional serta menjadi seorang pengikut yang setia terutama sekali yang berkaitan dengan bayinya.

Dia akan melahirkan bayi di hospital dan dikelilingi dengan peralatan yang canggih, doktor dan segala kelengkapan lain yang berkaitan sebagai persediaan jika menghadapi sebarang komplikasi ketika hendak bersalin.

Ketika inilah dia akan mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.

Jika anda seorang ibu yang profesional, perkara yang paling penting dilakukan ialah bertenang.

Persediaan adalah penting. Dalam hal ini, biarlah bidan atau doktor pakar yang memimpin anda.

Kebanyakan ganjaran untuk ibu-ibu datangnya daripada pengalaman-pengalaman serta peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.

Ibu sejati

Ibu sejati merupakan ibu semula jadi. Sebagai seorang ibu yang sejati, dia lebih suka untuk melalui detik-detik kehamilan dalam suasana yang sederhana.

Ibu sejati juga suka dengan cara dan ramuan tradisional serta menginginkan keselesaan bayi mereka seperti berada di rumah sendiri.

Jika anda seorang ibu yang sejati, apa yang anda percaya adalah satu daya penggerak yang penting dalam hidup. Tetapi sebagai seorang ibu, anda sekarang memikul bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi ke atas bayi anda juga.

Anda perlu memastikan segala keinginan peribadi anda diseimbangkan dengan keperluan anak anda. Sebagai seorang ibu yang sejati juga anda perlu berbincang dengan bidan ataupun pakar dalam usaha memberikan yang terbaik buat anak anda.

Ibu yang tidak runsing

Ibu jenis ini melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerisauan atau kebimbangan. Ia seperti menjelajah seluruh dunia, melompat dari kapal terbang, terjun cenuram tanpa berkelip-kelip dan akan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dalam situasi yang sama.

Jika anda seorang ibu yang tidak rungsing, ia bagus untuk membayangkan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan sebagai seorang ibu dan penting juga untuk menguruskan segala jangkaan agar bersedia untuk mengalami kesakitan luar biasa atau kesakitan yang tidak dapat dielakkan.

Sekiranya sudah bersedia menjadi seorang ibu, kunjungi bidan atau doktor pakar secepat mungkin selepas mendapati diri hamil.

Oleh MARIA QATIAH ZAKARIA
Sumber : http://serikasih.blogspot.com/

Isnin, 17 Mei 2010

Lobak Merah, Telur & Kopi

Seorang anak gadis telah menceritakan kepada ibunya tentang kehidupan yang dilalui dan bagaimana kesukaran yang telah dialami serta ditempuhi sepanjang kehidupannya it. Si anak gads tidak tahu bagaimana lagi hendak mengatasinya dan mula menyerah kepada keadaan. Dia sudah penat untuk berjuang serta bertarung dengan kesusahan, kerana seolah-olah masalah itu datangnya silih berganti.

Si ibu membawa anak gadisnya itu ke dapur. Dia lalu mengisi 3 buah periuk dengan air lalu menjerangnya dengan api yang kuat. Tidak lama kemudian air di dalamnya pun mendidih. Di dalam periuk yang pertama si ibu meletakkan sebatang lobak merah, di dalam periuk yang kedua sebutir telur dan di dalam periuk yang ketiga diletakkannya biji kopi yang telah dikisar. Si ibu membiarkan kesemua bahan itu direbus seketika tanpa berkata walau sepatah perkataan sekalipun.
Lebih kurang 20 minit kemudian, si ibu mematikan api. Dia mengeluarkan lobak merah dan meletakkannya ke dalam sebiji mangkuk. Dia juga mengeluarkan telur serta diletakkan di dalam sebiji mangkuk yang lain. Kemudian dia menyenduk kopi di dalam periuk yang ketiga dan meletakkannya di dalam sebuah mangkuk lagi. Si ibu berpaling pada anak gadisnya dan bertanya. “Jelaskan apa yang kau Nampak anakku ?”.
Lobak merah, telur dan kopi jawab anak gadisnya.
Ibu lantas menarik si anak gadis merapatinya dan menyuruh dia menyentuh lobak merah. Si anak melakukannya dan dia mendapati yang lobak merah itu telah menjadi lembut. Si ibu meminta pula agar dia memecahkan telur. Setelah mengupas kulit telur tersebut dia mendapati bahawa isi di dalam telah bertukar menjadi keras. Akhir sekali, si ibu meminta anak gadisnya menghirup air yang direbus bersama kopi. Si anak gadis tersenyum kerana dia dapat menikmati keharuman aroma kopi tersebut.
Si anak gadis kemudian bertanya. “Apakah makna semuanya ini ibu ?”.Si ibu menjelaskan bahawa setiap satu daripada objek itu telah melalui suatu bentuk kesusahan yang sama iaitu air yang mendidih. Setiap satunya telah bertindak dengan cara yang berbeza. Lobak merah sebelum direbus, sifatnya kuat, keras serta tidak boleh dilentur. Walaubagaimanapun selepas direbus, ianya menjadi lembut dan lemah. Telur pula sifatnya sangat rapuh. Ia sentiasa dilindungi oleh lapisan kulitnya yang keras, tetapi setelah direbus isi telur berubah menjadi kenyal. Namun yang paling unik adalah biji kopi yang dikisar. Walaupun selepas direbus di dalam air yang mendidih ia tidak mengalami sebarang perubahan malahan telah menukar pula warna serta keadaan air. “Yang mana satukah sifat yang kau ingini anakku?”. Pertanyaan si ibu kepada anak gadisnya.
Apabila kesusahan datang menyapamu, apa yang patut kau lakukan ? Adakah kau seumpama lobak merah, sebutir telur atau bijian kopi ?

RENUNGAN
Adakah aku seumpama lobak yang nampaknya kuat tetapi kerana ditimpa musibah atau kesusahan terus mengalah dan menjadi lembut dan hilang keyakinan diri.
Adakah aku umpama sebutir telur dengan sifat seumpama cecair yang seakan-akan mudah mengikut bentuk sesuatu bekas tetapi akhirnya bertukar menjadi keras apabila berhadapan dengan kepanasan. Pernahkan aku mempunyai jiwa yang selama ini tenang, tenteram dan aman tetapi setelah mengalami sesuatu musibah seumpama kematian, perpisahan, dibelengu masalah kewangan atau tekanan perasaan lalu bertukar menjadi keras serta kaku?
Atau adakah luaranku kelihatan sama seperti dahulu Cuma jiwa di dalam memberontak dan bertegas dengan sikap dan pendirian serta berhati batu.
Atau adakah aku seumpama bijian kopi yang mana telah mengubah warna serta rasa air. Air yang sama yang telah merebusnya dengan kepanasan yang tidak terhingga. Semakin panas air semakin banyak keharuman yang keluar dari kisaran bijian kopi yang seterusnya menghasilkan rasa serta aroma yang mengiurkan.
Jika anda semua adalah umpama bijian kopi, apabila persekitaran di dalam keadaan yang terburuk atau situasi paling tertekan, anda semua pasti akan bertahan malahan menjadi bertambah matang serta berkemampuan pula untuk menguasai situasi di persekitaran, insyaallah.

Apabila keadaan menjadi semakin buruk dan cubaan serta ujian pada tahap yang maksima apakah anda akan mengubah persepsi serta kedudukan anda untuk berhadapan dengannya? Bagaimanakah caranya anda menguruskan masalah serta tekanan yang mencengkam. Adakah anda seumpama lobak merah, sebutir telur atau seumpama bijian kopi.Semoga anda menikmati keseronokkan yang secukupnya agar menjadi orang yang baik hati, melalui ujian serta cubaan hidup yang secukupnya agar menjadikan anda seorang yang cekal, merasai kesedihan yang secukupnya untuk mengekalkan anda dengan sifat kemanusiaan serta dikelilingi harapan yang secukupnya untuk membiarkan anda berada di dalam ketenangan dan kegembiraan.Kegembiraan pada seseorang itu tidak semestinya membawa maksud mendapat segala yang terbaik di dunia ini, tetapi sebenarnya ialah bagaimana dia menggunakannya dengan cara yang terbaik apa-apa sahaja yang diperolehinya disekitarnnya.Kecemerlangan masa depan selalunya berdasarkan kepada pengalaman masa lalu yang kadang-kadang telah pun dilupakan, tetapi kita tidak akan maju ke hadapan sekiranya kita tidak melepaskan atau melupakan kegagalan serta kesedihan masa lampau.

Ilustrasi "Apa Yang Berlaku Pada Tahun 3000"

Apa yang berlaku pada Tahun 3000? Ilustrasi di bawah menceritakan sedikit gambarannya..(Sempat ke tidak tak tahulah yer ).. Layan jer laa gambar- gambar ni yer...
Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Ahad, 16 Mei 2010

Menyusu badan membuat bayi lebih cerdik?


Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.

Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.

“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.

Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.

“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.

“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Sumber : http://portal.alamhamil.com

Jumaat, 14 Mei 2010

Uji Ketepatan Mata Anda !!!

Salam pagi Jumaat rakan- rakan semua. Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang boleh menguji sejauhmana ketereran mata anda dalam meneliti sesuatu perkara. Selamat mencuba dan jangan lupa post jawapan anda pada bahagian komen ye...

Gambar 1 - Kira berapa wajah manusia yang terdapat dalam gambar?

Gambar 2- Berapa ekor rusa yang kelihatan?

Gambar 3 - Berapakah bilangan manusia yang terdapat di dalam gambar?

Gambar 4 - Apa yang anda lihat?

Gambar 5 - Cari kepala manusia di dalam timbunan kacang ini?

Pelangi Yang Indah



Renungkanlah sedalam-dalamnya.
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama m asalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Bagi yang sedang bersiap-siap mengadakan majlis perkahwinan tidak lama lagi, ketahui lah. sesungguhnya, persiapan itu bukan sahaja datang secara fizikal sahaja. Tetapi penerapan nilai dan persiapan rohani itu yang penting. Tanggung jawab ibu bapa pada kita kini beralih pada pasangan dan keturunan2 kita seterusnya. Besarnya makna tanggung jawab itu. sanggupkah kita galas untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Bukan sahaja nilai hantaran yang kita harus banggakan, tetapi, nilai diri yang kita akan bawa setelah berkahwin nanti. Tanya la pada mana- mana sumberpun. Mana ada pasangan yang sudah berkahwin yang tidak pernah diuji
dan didatangkan dugaan padanya. Sekalipun selepas bertahun2 melayari alam rumah tangga. Perhatikan bagaimana dia dan org2 disekelilingnya menangani ujian tersebut. Maka akan terlihatlah betapa masing2 duduk di kedudukan ilmu dan iman yang berbeza-beza serta bagaimana usaha mereka menjadi insan yang lebih baik untuk hari-hari yang akan datang. Pada saat itulah juga akan terlihat siapa yang menjadi pendorong, dan siapa yang menjadi pemusnah...

Dirikanlah rumah tangga itu dengan kederat dan titih peluh sendiri. Kerana akan lahirlah dalam jiwa betapa susahnya mahu memulakan suatu alam baru dalam hidup ini. Insafnya diri akan harga sebuah pengorbanan. Kita selalu ingin menjadi seperti ibu bapa kita yang hidup bahagia hingga ke nafas terakhir mereka. Tetapi kita lupa, mereka juga pernah lalui apa yang pernah kita lalui itu ....

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."

Selasa, 11 Mei 2010

Kenapa aku letih bekerja????

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1..7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.....

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2..7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku....

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.

NOta: Aku ambil dari email.. release tension jap hehe..

Isnin, 10 Mei 2010

Sihat terlajak



Tengok baby ni dulu, montel sesangat.Larat ke nak timang lama- lama. Boleh kejang tangan dibuatnya. Nasihat untuk para ibu bapa, janganlah kerana terlebih sayangkan anak sampai terlebih beri makan. Inilah hasilnya kerana sayang yang tak berketepian tu. Ada lagi cerita dan gambar yang menarik selepas ini.. tengoklah paparan seterusnya..


Baby ni sebenarnya baru berusia 8 bulan dan berasal daripada Jilin, bahagian Northeast China. Baby ni dilahirkan dengan berat yang normal asalnya iaitu 3.3 kg.

Walau bagaimanapun, baby ni mula membesar dengan sihat dan kuat selepas sebulannya dia dilahirkan.Hinggalah mencapai berat 18.8 kg dengan ukuran ketinggian 78cm pada usia 8 bulan.

Menurut ibunya, dia terpaksa memberi makan kepada baby ini lebih daripada 20 kali sehari kerana baby ini cepat lapar.(dengan saiz macam ni maunya tak cepat lapar). Kesannya, baby ini masih belum boleh merangkak mahupun berdiri.(berat lebih sangat, patah kaki dia nak tampung badan dia agaknya).

P/s : Dapat baby mcm ni punye besar, duk dalam stroller jerlah agaknya yer.. tu pun kalu stroller tu mampu tampung berat badan dia ni. Kesimpulannya, sayangilah baby anda seadanya jangan disumbat apa sahaja jenis makanan tanpa mengambil kira kesannya di kemudian hari.

Kecantikkan Lelaki & Kegagahan Wanita

Jangan terkejut dengan tajuk post di atas yer, baca dan renung2kanlah yer.

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuata n perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Emosi Ibu Mempengaruhi Kandungan


Perhatian untuk semua para ibu yang sedang hamil. Artikel ini sangat menarik untuk dikongsi bersama. Anak merupakan cenderamata yang terindah dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya. Kehadirannya ibarat mentari yang muncul selepas kabus yang tebal. Dialah permata berharga maka para ibu bapa hargailah kehadirannya bukan dibuang seperti sampah yang tidak berharga.
Sedarlah, anak itu fotostat diri kita, apa yang pernah kita lakukan mungkin menjadi ikutannya. Tidak perlu kita menunggu kehadirannya ke dunia terlebih dahulu sedangkan di dalam rahim ibu lagi, anak itu sudah tahu apa yang berlaku pada kita.Berdasarkan keadaan ini, ibubapa sebenarnya mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bermutu. Khususnya, ibu hamil kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya. Ibu hamil yang bijak dan prihatin berupaya untuk melahirkan insan kamil beserta keupayaan minda yang tinggi.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk merangsang bayi di dalam kandungan. Selain daripada pemakanan ibu yang berkhasiat, bayi itu juga boleh dirangsang melalui amalan- amalan yang tertentu. Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang-rangsang dan tidak mudah meragam Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C, 1,2,3; memperkenalkan diri seperti: 'Assalamualaikum/hello sayang, ini emak/ayah,'

'Anak emak/ayah bijak/baik' dan sebagainya Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut,menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut untuk menenangkannya, menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain beserta bunyi-bunyian dan pasangkan 'ear-phone' ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit

Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama Banyak membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nahl (ayat 78) dan surah al-A'raf (ayat 189). Dengan membaca surah dan ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan suami dan ahli keluarga. Keadaan emosi yang tenang dan bahagian akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dan hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kehadiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Sumber rujukan :http://izhanis.fotopages.com/?entry=1359457

Seninya Dia II

Ada lagi gambar yang menarik, kesinambungan daripada Seninya Dia..




Seninya Dia...

Buka semula inbox email, jumpa sesuatu yang sangat menarik untuk dikongsi di sini. Bukan semua orang dianugerahi seni melukis ni namun mereka ini adalah insan- insan yang sangat bertuah kerana memilikinya dan mampu menghasilkan seni 3D yang sangat halus buatannya. Gambar- gambar di bawah membuktikannya


















Mengatasi Masalah Keputihan

Keputihan sememannya satu masalah yang membelenggu sesetengah wanita. Keputihan sebenarnya adalah masalah normal namun ianya menjadi sebaliknya apabila dijangkiti kuman sekaligus memberikan kesan sampingan kepada kehidupan seharian. Berikut diberikan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah keputihan. Selamat mencuba.


1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.

Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.

KAEDAH 2:

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.


Catatan Popular