
Si ibu membawa anak gadisnya itu ke dapur. Dia lalu mengisi 3 buah periuk dengan air lalu menjerangnya dengan api yang kuat. Tidak lama kemudian air di dalamnya pun mendidih. Di dalam periuk yang pertama si ibu meletakkan sebatang lobak merah, di dalam periuk yang kedua sebutir telur dan di dalam periuk yang ketiga diletakkannya biji kopi yang telah dikisar. Si ibu membiarkan kesemua bahan itu direbus seketika tanpa berkata walau sepatah perkataan sekalipun.
Lebih kurang 20 minit kemudian, si ibu mematikan api. Dia mengeluarkan lobak merah dan meletakkannya ke dalam sebiji mangkuk. Dia juga mengeluarkan telur serta diletakkan di dalam sebiji mangkuk yang lain. Kemudian dia menyenduk kopi di dalam periuk yang ketiga dan meletakkannya di dalam sebuah mangkuk lagi. Si ibu berpaling pada anak gadisnya dan bertanya. “Jelaskan apa yang kau Nampak anakku ?”.
Lobak merah, telur dan kopi jawab anak gadisnya.

Si anak gadis kemudian bertanya. “Apakah makna semuanya ini ibu ?”.Si ibu menjelaskan bahawa setiap satu daripada objek itu telah melalui suatu bentuk kesusahan yang sama iaitu air yang mendidih. Setiap satunya telah bertindak dengan cara yang berbeza. Lobak merah sebelum direbus, sifatnya kuat, keras serta tidak boleh dilentur. Walaubagaimanapun selepas direbus, ianya menjadi lembut dan lemah.

Apabila kesusahan datang menyapamu, apa yang patut kau lakukan ? Adakah kau seumpama lobak merah, sebutir telur atau bijian kopi ?
RENUNGAN
Adakah aku seumpama lobak yang nampaknya kuat tetapi kerana ditimpa musibah atau kesusahan terus mengalah dan menjadi lembut dan hilang keyakinan diri.
Adakah aku umpama sebutir telur dengan sifat seumpama cecair yang seakan-akan mudah mengikut bentuk sesuatu bekas tetapi akhirnya bertukar menjadi keras apabila berhadapan dengan kepanasan. Pernahkan aku mempunyai jiwa yang selama ini tenang, tenteram dan aman tetapi setelah mengalami sesuatu musibah seumpama kematian, perpisahan, dibelengu masalah kewangan atau tekanan perasaan lalu bertukar menjadi keras serta kaku?
Atau adakah luaranku kelihatan sama seperti dahulu Cuma jiwa di dalam memberontak dan bertegas dengan sikap dan pendirian serta berhati batu.

Jika anda semua adalah umpama bijian kopi, apabila persekitaran di dalam keadaan yang terburuk atau situasi paling tertekan, anda semua pasti akan bertahan malahan menjadi bertambah matang serta berkemampuan pula untuk menguasai situasi di persekitaran, insyaallah.
Apabila keadaan menjadi semakin buruk dan cubaan serta ujian pada tahap yang maksima apakah anda akan mengubah persepsi serta kedudukan anda untuk berhadapan dengannya? Bagaimanakah caranya anda menguruskan masalah serta tekanan yang mencengkam. Adakah anda seumpama lobak merah, sebutir telur atau seumpama bijian kopi.Semoga anda menikmati keseronokkan yang secukupnya agar menjadi orang yang baik hati, melalui ujian serta cubaan hidup yang secukupnya agar menjadikan anda seorang yang cekal, merasai kesedihan yang secukupnya untuk mengekalkan anda dengan sifat kemanusiaan serta dikelilingi harapan yang secukupnya untuk membiarkan anda berada di dalam ketenangan dan kegembiraan.Kegembiraan pada seseorang itu tidak semestinya membawa maksud mendapat segala yang terbaik di dunia ini, tetapi sebenarnya ialah bagaimana dia menggunakannya dengan cara yang terbaik apa-apa sahaja yang diperolehinya disekitarnnya.Kecemerlangan masa depan selalunya berdasarkan kepada pengalaman masa lalu yang kadang-kadang telah pun dilupakan, tetapi kita tidak akan maju ke hadapan sekiranya kita tidak melepaskan atau melupakan kegagalan serta kesedihan masa lampau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan