Halaman

Jumaat, 7 Mei 2010

Persediaan Bakal Ibu

Apakah yang diperlukan oleh bakal ibu dan bapa bagi persediaan semasa bersalin? Ingat, bukan bayi sahaja yang perlu disediakan kelengkapannya, ibu bapa juga perlu bersedia dengan kelengkapan diri sendiri. Persiapan ini perlu dilakukan ketika kandungan mencecah usia Tujuh bulan. Ini bertujuan untuk persediaan sekiranya terpaksa bersalin awal..

KEPERLUAN IBU

Barangan berikut perlu disediakan oleh para ibu :-
- Kad Pengenalan Diri
- Kad Pemeriksaan kesihatan ibu ketika hamil
- Kad insurans kesihatan (sekiranya ada)
- Aksesori rambut(tudung/ skarf)
- Bantal kecil
- Tuala muka
- Bahan bacaan
- Gula- gula berangin
- Muzik ringan
- Pakaian
- Coli menyusu/ pad payu dara
- Bantal menyusu
- Selipar
- Stoking
- Tuala wanita/ seluar dalam
- Alatan mandian

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

ni mesti list dari pengalaman ni kan. ;)

Catatan Popular