Khamis, 6 Mei 2010

Panduan Barangan Bayi Bakal Lahir

Panduan ini sangat berguna untuk para ibu bapa yang akan menyambut cahaya mata pertama mereka. Persediaan yang paling utama ialah kelengkapan untuk bayi yang bakal lahir nanti.. Kelengkapan bayi ini perlu disediakan bermula kandungan berusia 7 bulan, barangan yang dibeli tidaklah perlu banyak namun sekadar berpatutan dengan keperluan. Bayi akan cepat membesar maka tidaklah perlu membazir dengan membeli barangan yang tidak boleh dipakai lama.
Berikut merupakan kelengkapan yang boleh disediakan semasa trimester ketiga kehamilan. Harap dapat memanfaatkan informasi ini bersama- sama.

LAMPIN
  • Lampin kain (moden/biasa) - 10 helai
  • Lampin pakai buang (new born) - secukupnya
  • Tisu basah - Secukupnya
  • Krim ruam lampin - 1
PAKAIAN
  • Sarung tangan - 6 pasang
  • Sarung kaki - 6 pasang
  • Topi - 2 helai
  • Baju lengan panjang - 6 helai
  • Seluar panjang - 6 helai
  • Baju lengan pendek - 6 helai
  • Seluar pendek - 6 helai
  • Barut - 6 helai (mengikut keperluan)
PERALATAN TIDUR
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Tilam } 1 set
  • Selimut
PENJAGAAN DIRI
  • Tuala mandi - 1 helai
  • Tuala muka - 1 helai
  • Sabun bayi - 1 botol
  • Syampu bayi - 1 botol
  • Besen mandi - 1 buah
  • Losen bayi - 1 botol
  • Bedak bayi - 1 botol
  • Minyak bayi - 1 botol
  • Minyak telon - 1 botol
  • Sikat/ berus bayi - 1 set
  • Putik kapas saiz kecil - secukupnya
  • Bebola kapas - secukupnya
  • pengetip kuku- mengikut keperluan
Setiap kelengkapan di atas bolehlah dibeli secara berasingan, yang penting apabila orang baru sudah menjengah ke dunia, semua kelengkapannya telah disediakan. Jangan lupa menyimpan sedikit peralatan bayi dan anda di dalam but kereta bagi langkah- langkah persediaan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan..

Sumber : Majalah Pa & Ma edisi Mei 2010

1 Blogger Bersuara:

9n0L4 berkata...

huhu. banyak barang jugak ehhh.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT