Halaman

Jumaat, 7 Mei 2010

Khasiat Asid Folik




Para wanita yang ingin berkahwin ataupun yang telah berkahwin disarankan mengambil asid folik seawal 3 bulan sebelum merancang hamil dan diteruskan pengambilannya sewaktu hamil.Vitamin ini telah dapat dibuktikan boleh mengurangkan insiden Neural tube defects atau NTDs dalam bayi sebanyak 70 - 75%. Masalah NTDs lebih ketara dalam populasi wanita di Barat.



Kajian ini juga mendapati asid folik juga boleh mengurangkan risiko masalah- masalah lain seperti:-

* Bayi dengan bimbing sumbing (cleft lift and palate)
* Tekanan darah tinggi ketika mengandung termasuklah pra eklampsia
* Kelahiran pramatang
* Keguguran
* Bayi yang tidak membesar dengan baik ketika di dalam kandungan.

Vitamin asid folik turut memberi manfaat kepada ibu kerana kajian menunjukkan ianya juga mengurangkan risiko sakit jantung, angin ahmar dan penyakit Alzheimer. Sumber asid folik amat mudah dicari. Ianya boleh didapati dalam semua bijirin dan sayur- sayuran seperti nasi, roti, pasta, kekacang yang sememangnya baik untuk kesihatan kita.

Sumber :Majalah Pa & Ma edisi Mac 2010

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

ade kwn sorang tu, die amek asid folik ni lps die kawen. :)

Catatan Popular