Halaman

Memaparkan catatan dengan label Set Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Mengandung. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2014

Diabetes Gestasi semasa hamil

Diabetes Gestasi semasa hamil atau bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil. Semasa mengandungkan Arissa, saya dikesan mempunyai diabetes semasa hamil. Sedih sungguh rasanya. Dalam keadaan hamil, dapat tau ada penyakit memang emosi tak stabil. Emosi ibu hamil kan mudah sensitif. Diri sendiri kurang makan makanan manis tiba-tiba dikesan ada kencing manis. Mahunya tak meroyan jadinya. 

soal jawab dalam suratkhabar ibu mengandung ada kencing manis
sumber gambar : ummiadni.com

Diabetes atau kencing manis berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin secukupnya. Insulin ni merupakan sejenis hormon yang terhasil daripada pankreas. Insulin bertindak mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa hami, badan kita akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, kita akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetes gestasi. Jangan ingat kita kurang makan makanan manis kita akan bebas daripada diabetes ye. Semua anggota atau organ dalaman badan kita ni bergantung kepada cara kita menjaga pemakanan kita. Sumber gula bukannya daripada gula sahaja malahan makanan lain seperti nasi, buah-buahan turut mempunyai kandungan gula semulajadi. 

Sebenarnya ada tanda-tanda awal dalam mengesan diabetes. Semasa hamil dulu, memang terasa agak letih dan cepat dahaga. Rupa-rupanya itu tanda-tanda kencing manis. Ingatkan faktor kehamilan menjadikan diri ini letih.

tanda-tanda kencing manis diabetes


Bagaimana Diabetes dikesan??

Pengalaman sendiri lah ni.. Saya diminta berpuasa pada malam sebelum lawatan ke klinik. Sampai di Klinik, darah diambil dan kemudian diminta meminum air gula( huhu manis yang amat). Selepas 2 jam, darah di ambil kembali untuk diuji. Keputusan ujian darah itulah menentukan diri kita bebas diabetes atau tidak. Kat Paka ni, keputusan ujian darah tu ambil masa seminggu. Keputusan ujian saya gagal dan terus dilabel GDM. Mujur takperlu suntikan insulin. Kalau tidak, meraung laaa huhu...

Makanan Diet
Setelah dapat tahu ada diabetes, maka bermulalah episod Diet Diabetes. Makan nasi bercatu, lebih2kan sayur- sayuran.. Kurangkan makanan berkanji dan lebihkan sayuran. Minuman manis pun minum sekali sekala je. itupun masa teringin sangat- sangat. 
menu sesuai untuk ibu mengandung ada kencing manis
sumber gambar: 
http://watashinonindo.blogspot.com/2010/12/gestational-diabetes-mellitus-gdm-aka.html

Makanan yang dipilih semuanya low glisemik index.. termasuk minuman. Sekurang-kurangnya diabetes dapat dikawal dengan baik. Penting penjagaan makanan untuk bayi dalam kandungan. Walaupun agak menyeksakan namun telan jugak. Rujuk lah carta ini untuk mengetahui makanan yang mempunyai glisemik indeks yang rendah.
ibu mengandung ada kencing manis

Selain menjaga pemakanan, saya juga mengambil vitamin yang sesuai untuk penghidap kencing manis semasa hamil. Boleh Klik sini  SUPLEMEN SEMASA HAMIL

Selepas tempoh kehamilan, ibu akan diuji semula sama ada kencing manisnya berlarutan atau terhenti sebaik sahaja melahirkan anak. Pendek kata alahan semasa mengandung jelaa.. So, jangan risau banyak-  banyak yang penting kawal pemakanan walaupun tahu diri sudah bebas diabetes.


sumber rujukan :
http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi#ixzz37yhra6B1



Ahad, 9 Jun 2013

Suplemen semasa mengandung

Sepanjang tempoh kehamilan ni, Dieyna memang tak makan suplemen lain.. Memang makan suplemen SHAKLEE sahaja. Yelah dah jadi agen SHAKLEE takkan tak cuba untuk diri sendiri kan.. Nak share kebaikan produk pada orang lain mesti jadikan diri sendiri dahulu sebagai testimoninya.. Barulah betul kan???

ESP ni memang Dieyna ambil sebelum hamil lagi.. Alas perut selepas subuh sebelum makan di kantin.. Perjalanan 1/2 jam ke sekolah bukannya dekat.. perut memang menyanyi riang laa... Minum ESP ni , bolehlah rasa kenyang.. ESP + Oat... Bulan puasa wajib ambil ESP ni masa sahur... kena add on KURMA lak.. bagi extra energy...  ESP ni bukan menu Dieyna je .. Encik Somi pun amik ESP... memang bagi tenaga laa...





Selain ESP,  Dieyna amalkan suplemen yang dicadangkan untuk ibu yang mengandung...


Alhamdulillah sepanjang Dieyna memakan semua suplemen di atas, tiada sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan.. Kaki kejang pun jarang berlaku.. dan yang bestnya... kulit Dieyna tidak kering... HB normal, tekanan darah stabil... Syukur, Baby dalam perut pun membesar mengikut schedulenya... Seawal 20 minggu kehamilan, degupan jantung baby dah dapat didengar dengan menggunakan alatan klinik kesihatan. Jururawat beritahu biasanya 24 minggu ke atas baru leh kesan degupan jantung baby... Syukur sangat... Semoga baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan kuat ye...




Tempoh hamil 22 minggu...---> Jantung dan gerak Janin dah boleh dikesan..

Seronok sangat... ;)





Sesiapa yang berminat dengan SET IBU MENGANDUNG ni, bolehlah berhubung terus dengan DIEYNA...

whatsapp / sms/ viber/ LINE di talian 019-2481068

ATAUPUN

jika korang ada KAD KREDIT atau KAD DEBIT boleh lah terus membeli di

SHAKLEE MALL (ESELL)

SET MENGANDUNG SHAKLEE



HARGA TERBAIK MENANTI ANDA !!!
JIKA KORANG MENJADI AHLI SHAKLEE, NAK JADI AHLI
BOLEH KLIK SINI

DAFTAR SHAKLEE ONLINE








Catatan Popular