Halaman

Memaparkan catatan dengan label Diabetes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diabetes. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2014

Diabetes Gestasi semasa hamil

Diabetes Gestasi semasa hamil atau bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil. Semasa mengandungkan Arissa, saya dikesan mempunyai diabetes semasa hamil. Sedih sungguh rasanya. Dalam keadaan hamil, dapat tau ada penyakit memang emosi tak stabil. Emosi ibu hamil kan mudah sensitif. Diri sendiri kurang makan makanan manis tiba-tiba dikesan ada kencing manis. Mahunya tak meroyan jadinya. 

soal jawab dalam suratkhabar ibu mengandung ada kencing manis
sumber gambar : ummiadni.com

Diabetes atau kencing manis berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin secukupnya. Insulin ni merupakan sejenis hormon yang terhasil daripada pankreas. Insulin bertindak mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa hami, badan kita akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, kita akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetes gestasi. Jangan ingat kita kurang makan makanan manis kita akan bebas daripada diabetes ye. Semua anggota atau organ dalaman badan kita ni bergantung kepada cara kita menjaga pemakanan kita. Sumber gula bukannya daripada gula sahaja malahan makanan lain seperti nasi, buah-buahan turut mempunyai kandungan gula semulajadi. 

Sebenarnya ada tanda-tanda awal dalam mengesan diabetes. Semasa hamil dulu, memang terasa agak letih dan cepat dahaga. Rupa-rupanya itu tanda-tanda kencing manis. Ingatkan faktor kehamilan menjadikan diri ini letih.

tanda-tanda kencing manis diabetes


Bagaimana Diabetes dikesan??

Pengalaman sendiri lah ni.. Saya diminta berpuasa pada malam sebelum lawatan ke klinik. Sampai di Klinik, darah diambil dan kemudian diminta meminum air gula( huhu manis yang amat). Selepas 2 jam, darah di ambil kembali untuk diuji. Keputusan ujian darah itulah menentukan diri kita bebas diabetes atau tidak. Kat Paka ni, keputusan ujian darah tu ambil masa seminggu. Keputusan ujian saya gagal dan terus dilabel GDM. Mujur takperlu suntikan insulin. Kalau tidak, meraung laaa huhu...

Makanan Diet
Setelah dapat tahu ada diabetes, maka bermulalah episod Diet Diabetes. Makan nasi bercatu, lebih2kan sayur- sayuran.. Kurangkan makanan berkanji dan lebihkan sayuran. Minuman manis pun minum sekali sekala je. itupun masa teringin sangat- sangat. 
menu sesuai untuk ibu mengandung ada kencing manis
sumber gambar: 
http://watashinonindo.blogspot.com/2010/12/gestational-diabetes-mellitus-gdm-aka.html

Makanan yang dipilih semuanya low glisemik index.. termasuk minuman. Sekurang-kurangnya diabetes dapat dikawal dengan baik. Penting penjagaan makanan untuk bayi dalam kandungan. Walaupun agak menyeksakan namun telan jugak. Rujuk lah carta ini untuk mengetahui makanan yang mempunyai glisemik indeks yang rendah.
ibu mengandung ada kencing manis

Selain menjaga pemakanan, saya juga mengambil vitamin yang sesuai untuk penghidap kencing manis semasa hamil. Boleh Klik sini  SUPLEMEN SEMASA HAMIL

Selepas tempoh kehamilan, ibu akan diuji semula sama ada kencing manisnya berlarutan atau terhenti sebaik sahaja melahirkan anak. Pendek kata alahan semasa mengandung jelaa.. So, jangan risau banyak-  banyak yang penting kawal pemakanan walaupun tahu diri sudah bebas diabetes.


sumber rujukan :
http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi#ixzz37yhra6B1



Isnin, 7 Julai 2014

Vivix Ikhtiar Pesakit Kencing Manis

Bulan ni bulan promosi VIVIX. Beli 6 percuma 1. Berita baik kan??? Dalam entri saya sebelum ni, ada saya terangkan serba sedikit tentang kebaikan dan manfaat VIVIX. Boleh klik sini ye.

VIVIX- Satu penemuan ...

Alhamdulillah, saya kenal VIVIX dan terus jatuh cinta kerana kesannya.

Sebenarnya, salah seorang anak saudara Dieyna penghidap Kencing Manis Type 1 . Penyakit tu dikesan semasa usianya semuda 8 tahun dan sekarang anak saudara tu dah berusia 20 tahun. Setiap hari, dia harus menggunakan suntikan insulin sebanyak dua sesi, pagi dan malam. Itulah yang harus dia lakukan sepanjang tempoh 12 tahun. Keluarganya cukup menjaga pemakanannya, semua ahli keluarga makan makanan yang sama dengannya. Sokongan ahli keluarga sangat penting untuk pesakit Kencing Manis. Dieyna memang sokong cara kakak menjaga pemakanan anak- anaknya. Semua perlu makan makanan yang sama dengan si kakak. Barulah adil kan. Oke, nak jadikan cerita Dieyna cadangkan VIVIX kepada kakak untuk diberikan kepada anak saudara tu. Alhamdulillah, kakak berminat untuk ikhtiar anaknya. Sebelum ni, anak saudara tu perlu mengambil suntikan insulin dua kali, 28mmol pada waktu pagi dan 18mmol untuk waktu malam. Sebelum tidur, dia amik sesudu VIVIX. Pesakit kencing  manis memerlukan suntikan insulin untuk mengawal kadar gula dalam darahnya. Jika terlebih insulin untuk pesakit yang kadar gulanya dah stabil, pesakit kencing manis boleh jadi hipo pulak. Baru- baru ni, anak saudara dimasukkan ke wad kerana hipo. Doktor buat diagnosis baru rupanya insulin yang dia duk amalkan sekarang dah overdose untuknya. Sebab tulaa dia selalu hipo. Terkini, kadar insulinnya dah dikurangkan kepada 22mmol pada waktu pagi dan 10mmol pada waktu malam. Alhamdulillah.. perubahan positif. Vivix tu sebagai ikhtiar sahaja bagi menjaga kesihatan menjadi lebih baik. Kisah yang Dieyna kongsi tadi kisah keluarga sendiri. 

Dieyna cuba google daripada mrgoogle untuk mencari pengalaman orang lain dengan VIVIX sebagai Ikhtiar Kencing manis. Ini yang Dieyna jumpa.

sumber : www.rahsiavitamin.com

sumber : mr google

Tak cuba sendiri memang tak tahu kan... ? Bila dah cuba n nampak kesannya barulah kita rasa berbaloi membelinya. Jangan tunggu dapat penyakit dahulu baru nak menjaga itu ini. Semoleknya kita jaga daripada sekarang. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati kan. Allah pun nak kita berusaha menjaga kesihatan tubuh badan yang dipinjamkan kepada kita ni...

Antara manfaat lain VIVIX.

Berminat nak membeli dengan saya, boleh je WASAP/ SMS KE 019-2481068.

Seandainya korang ada KAD KREDIT/ KAD DEBIT korang boleh je nak order sendiri , KLIK JE bawah ni ye .. kemudian follow arahan seterusnya. Jangan risau sebab SHAKLEE menjaga keselamatan urusan korang.


JIKA KORANG MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, HARGA VIVIX JAUH LEBIH MURAH. NAK TANYA LANJUT, BOLEH WASAP SAYA JUGA

0192481068
DIEYNA




Catatan Popular