Halaman

Isnin, 8 Ogos 2016

Tersentuh hati tonton filem "Taare Zameen Par"

Bismillahirrahmanirrahim....

Sabtu baru- baru ni, Dieyna tonton sebuah filem hindi lakonan Aamir Khan bertajuk "Taare Zameen Par". Sebelum ni pernah dengar dah pasal filem ni, tapi tak pernah berkesempatan menontonnya bebetul. Asal buka je dah separuh cerita. Lepas tu, mula lah blur.. 

Alang- alang dah menonton cerita ni full.. Eloklah Dieyna ulas sedikit..

sumber : google

Taare Zameen Par - kisah mengenai seorang kanak- kanak lelaki bernama Ishaan atau dipanggil Inu oleh keluarganya. Inu berusia 8 tahun tapi masih gagal menguasai pembelajaran akademik seperti kanak- kanak seusianya. Inu ni lahir dalam keluarga golongan pertengahan, ibu yang berpendidikan tetapi mengorbankan kerjanya demi mengasuh sendiri anak-anaknya, bapa yang bekerja bagus juga.
Abang Inu dipanggil "Dada", seorang remaja pintar dan mendahului carta akademik di sekolahnya. Hal ini menyebabkan perilaku dan akademik kedua beradik ini sentiasa dibandingkan. Walau bagaimanapun, Inu tetap menjadi anak manja keluarga yang disayangi sepenuh hati.

Konflik berlaku apabila Inu diejek kawannya, Inu bertindak balas lalu mencederakan kawan kejirannya. Inu tidak mampu mempertahankan dirinya lalu dihukum oleh bapanya kerana kesalahan mencederakan rakannya. Guru- guru sekolah pula sentiasa stress dengan perilaku Inu yang tidak memberi perhatian di dalam darjah. Kertas peperiksaan pun tidak mampu dijawab dengan baik.

Rentetan dari kesalahan ini, bapanya bertindak menghantar Inu ke sekolah berasrama. Maka, terpisahlah Inu daripada ibu dan abangnya yang sentiasa memanjakannya.. Inu stress di sekolah barunya. Dikelilingi oleh murid- murid pintar dan guru- guru yang betul2 memandang murid sebagai alat yang perlu pintar untuk berjaya. Inu benar2 tertekan sehinggalah kehadiran guru sementara, NIKUMBH merubah keperibadian Inu.

NIKUMBH guru yan hebat, mengajar di sekolah TULIP iaitu sekolah khas untuk kanak- kanak istimewa mengesan kepelikan Inu. Beliau mencari punca Inu stress... tertekan dan senantiasa dihukum. Akhirnya, Nikumbh temui jawapan... INU DISLEKSIA.... Nikumbh merasakan Inu adalah cermin waktu kecilnya. Nikumbh membantu Inu mendapatkan kembali harga dirinya. Akhirnya, Inu berjaya mengubah keperibadiannya.. Menjadi murid kebanggaan semua hasil dari kegigihan NIKUMBH mengajar dan mendidiknya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dieyna memang sentap habis menonton cerita ni. Dieyna xmampu lagi menjadi guru sepertimana NIKUMBH. Dalam hati memang rasa malu sendiri. Dieyna menonton dengan hati yang walang sangat.. Entahlaa, rasa macam banyak sangat kelemahan diri ni... huhuhu kena ubah dah.. kena berubah..

Banyak juga aktiviti menarik bersama murid dipaparkan di dalam filem ni. Sememangnya, pengarahnya betul- betul menjalankan kajian dan membuat rujukan sebelum mengadaptasikannya ke layar perak.

Apa- pun cerita ni memang best... Dieyna leh bagi 10 bintang... bab jalan cerita.. kalau bab lagu, ade kureng skit.. haha lagunya xbest sebenarnya..


salam sayang,

Dieyna


BERMINAT MENJANA PENDAPATAN DI RUMAH, BOLEH LAYARI WEB BERIKUT UNTUK MENDAPATKAN PANDUAN LENGKAP... KLIK BAWAH YEEE




4 ulasan:

Mia Kassim berkata...

Mcm menarik juga ceritanya ni ...

Mrs Velentine berkata...

sedih ni kak...dah tgk bila parent anggap semua anak sama dan bagi harapan yang sama pada anak sehingga tak nak menerima kekurangan anak..namun anak yg kurang itu sebenarnya ada kelebihan sendiri..disleksia...bukan semua guru mampu mengajar anak yg disleksia...watak amir khan dalam filem memang terbaek

Liyana Anuar berkata...

macam best je..tak tgk betul2 lg citer ni

LYAfrina berkata...

mmg nngis2 la tgk citer ni

Catatan Popular