Halaman

Ahad, 13 Mac 2016

Seminar 3i, GEG TERENGGANU

Alhamdulillah berkesempatan untuk menghadiri Seminar 3i yang diadakan di BTP Marang Terengganu.

Saya menghadiri kursus dengan rakan sekolah. Memang perasaan sangat2 teruja untuk menghadirinya kerana ingin mendalami ilmu google sedalamnya. Melalui maklumat awal yang diterima, aplikasi google ini boleh digunapakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kami bertolak dari Paka seawal pukul 6.30 pg... perjalanan diiringi hujan yang agak lebat di sesetengah kawasan. Namun alhamdulillah, kami selamat sampai ke lokasi pada pukul 7.45 pagi.
Sesi.pendftaran yang agak unik, kami hanya perlu scan code QR untuk mendaftar secara google form online.. kemudian menuju ke meja pendaftaran untuk mendptkan goodies beg... yeahhhhh... beg goodies ni susah nak dpt di pasaran tau.. beli pun xboleh.. kami lak dapat secara PERCUMA... jangan jeles tau..



Selepas tu, ada sesi taklimat ringkas dan ucapan perasmian daripada Tn Haji Syafruddin b. Haji Ali Hussein,  yang menggeli hati namun MAKAN DALAM kata2nya...
Sesi pembelajaran bermula selepas kami makan pagi... siap ada penggera ayam lagi digunakan untuk menggerakkan peserta agar mematuhi masa.
Sesi kelas pertama untuk kumpulan kami, kumpulan 6 ialah aplikasi google docs dan google slide. Memandangkan coverage internet agak menyedihkan, jadi proses pembelajaran pun agak perlahan.


Sesi kedua, kami belajar mengenai Google Classroom dan You tube. Untuk google classroom, ianya memang menarik namun kami perlu memohon daripada Google terlebih dahulu untuk menggunakannya. Paling best, untuk sesi ini kami menang cabaran . Hooray, dapat lagi goodies daripada Google, Beg hitam yang tidak terdapat di pasaran.. hehe


Apa- apa pun, seminar hari ini memang mendatangkan input kepada kami yang masih dangkal ilmu google ini. Nanti lah update lagi sesi seminar seterusnya....


2 ulasan:

Mrs Velentine berkata...

tambah ilmu..MV pun baru lepas dr kursus last week

Teacher Kay berkata...

Terbaekk, saya pun attend seminar 3i ni

Catatan Popular