Halaman

Isnin, 1 Februari 2016

Petua- petua tradisional merawat demam denggi

Dua tiga bulan lepas, tiap- tiap hari dengar kes denggi kat kawasan rumah kami ni. Ada je pegawai kesihatan yang akan datang memeriksa kawasan dan buat aktiviti fogging. Risau lah juga sebab kawasan Kg. Limbong merupakan kawasan yang tinggi kes denggi.

Sekarang ini, cuaca panas kembali. Nyamuk makin senang membiak. Berita demam denggi pun kembali kedengaran dah. Kawasan rumah kami ni, boleh dikatakan tiap- tiap petang, jip kesihatan akan sembur ubat pemusnah nyamuk denggi. Ye lah kan, kawasan kami ni dah masuk rekod sebab kes tahun lepas, jadi pihak diorang berjaga- jaga laah.

Semalam, ada seorang ibu dalam group wasap sekolah anak memberitahu suaminya terkena wabak demam denggi. Luahan tersebut mendapat perhatian ramai ahli group dan mereka turu berkongsi beberapa petua bagi merawat penyakit berkenaan. 

Di sini saya kumpulkan petua- petua berkenaan supaya mudah dijadikan rujukan pada masa hadapan.

1. Rebus air nyiur muda bersama tiga batang serai. 

2. Makan buah manggis,

3. Minum air rebusan daun betik. Dikatakan pucuk daun betik jantan lagi cepat berkesan.
4. Sup ketam nipah.

5. Minum jus jambu batu merah.

6. Minum 100 plus atau minuman isotonik yang bersesuaian... jika dalam Shaklee kita ada PERFOMANCE DRINK.

Apa-apa pun yang penting, berdoalaa semoga Allah meringankan beban kesakitan kita. Seorang doktor pernah beritahu saya, air masak perlu minum secukupnya jika demam. 

1 ulasan:

E'in berkata...

baru tahu denggi boleh sembuh kalau mkn manggis..

Catatan Popular