Halaman

Jumaat, 5 Disember 2014

Kepentingan Vitamin E


Vitamin E (tokoferol) adalah bersifat antioksidan larut lemak yang kuat dalam membantu melindungi membran sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ianya juga boleh mencegah pengoksidaan kolestrol LDL.

Kenapa kita  memerlukan VITAMIN E ini?

1. Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, meningkatkan kolestrol HDL, menghalang penyakit jantung dan banyak lagi.

2. Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Berita baik untuk kaum Adam ye, ada kajian yang mendapati bahawa para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Nampaknya Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan kaum Adam  ye.

3. Anti- penuaan - Tua itu pasti, tetapi dengan mengambil 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan proses penuaan. Ianya juga mampu mengurangkan kesan parut jerawat, kedut dan jerawat. 

4. Memperbaiki Parut - Vitamin E mampu memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Ianya sangat berkesan dikenakan terus kepada parut bagi menghilangkan kesan parut tersebut.

Sumber Vitamin E semulajadi 

Vitamin E banyak terdapat dalam makanan yang kita makan sehari- hari. Antara makanan yang kaya dengan Vitamin E ialah kacang badam, sawi, cili merah, kacang tanah, aprikot, biji bunga matahari, daun kemangi, biji gandum dan acar buah zaiton.

Adakah Kita Mengambil Vitamin E dengan cukup?
Bagi mendapatkan 400IU Vitamin E, kita memerlukan  1kg biji gandum, atau 500ml minyak sunflower atau 8kg bayam atau 500gm badam dalam sehari.

Boleh ke kita nak makan semua di atas semata- mata nak mencukupkan kadar pengambilan Vitamin E dalam sehari atau kita fikirkan jalan terbaik untuk mendapatkannya ? Jalan pintas yang ada ialah mengambil VItamin E yang telah dikapsulkan. Jangan risau kerana produk SHAKLEE memang terjamin tanpa bahan tiruan, kimia atau seangkatan dengannya.

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. Diekstrak d -alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamm, delta). Ianya juga mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Vitamin E Shaklee
 Cara pengambilan Vitamin E Shaklee

Vitamin E shaklee diambil 1 biji sehari. Ianya juga boleh dipecahkan untuk disapu ke bahagian muka atau badan yang berparut. Lebih istimewa lagi, vitamin E ini juga boleh dijadikan masker untuk kesan kecantikan wajah yang lebih optimum.

Berminat???.. Tinggalkan komen di sini ataupun terus inbox Dieyna di 


ataupun 

whatsapp / sms/ viber/ LINE di talian 019-2481068.

HARGA TERBAIK MENANTI ANDA !!!



2 ulasan:

Kekzamanis berkata...

Assalamualaikum kak Dieyna..
Lamanya tak bw.. Bulan ni promo Vita E ke kak?
RosmizaAliDotCom™

dieyna berkata...

yer miza... promo vita e vita c dan collagen

Catatan Popular