Halaman

Rabu, 18 Jun 2014

Madu Khaula : Asli ke tak??

Dah jadi hobi skroll newsfeed fb... mencari info2 yang berguna dan berilmiah .hehe cewah.. ye ye je kan...

Tengah2 duk skroll down tu jumpa satu artikel menarik... berkenaan nak uji keaslian madu... yelaa banyak sangat barang tiruan sekarang ni kan.. madu pun boleh jadi madu tiruan.. mcm mana madu tiruan tu.. hehe mestilah madu yang bersumberkan gula semata2.. atau madu skit gula nya lebih lepas tu claim madu yang dijual madu asli... isk tak elok kan???

Maka bermulalah episod uji kaji di dapur sendiri... kat rumah memang ada madu.. Madu Khaula... madu ni memang dah diakui asli tetapi still nak test jugak...

Ujian pertama
Madu asli menghasilkan bentuk heksagon atau bentuk sarang lebah apabila dicampurkan dengan air dan digoncangkan perlahan atas bekas berpermukaan rata. Inilah hasilnya apabila madu khaula melalui ujian ini..

image

Cuba tenung betul2.. korang akan nampak bentuk2 heksagon atas bekas plastik tu..
Yer... madu khaula telah berjaya dalam ujian pertama... jika madu tiruan xdenya bentuk heksagon tu nak terbentuk....

Ujian kedua
Madu asli tidak menyerap dalam kertas...

image

Tengok!!!! Mana ada proses penyerapan berlaku... terletak je madu tu atas kertas.. ibarat embun di atas daun keladi gayanya... hehehe berjaya lagi madu Khaula ye kawan2...

Ujian ketiga
Madu asli akan terus mendap di dasar apabila dititiskan ke dalam air...

image

Nampak tak tu....? Madu tu terus mendap ke dasar.. xde masa dia nak tenggelam timbul...

Dengan berjayanya ketiga2 ujian ini maka yakinlaaa bahawa MADU KHAULA memang original...

Korang yang ada madu kat rumah silalah buat ujian keaslian madu ni kalau rajin yer..


Psst : Dalam bersuplemen Makanan Sunnah mana boleh ditinggalkan....

1 ulasan:

LYAfrina berkata...

oo..begitu cara nak uji ketulenan madu

Catatan Popular