Sabtu, 8 Jun 2013

Sedar tak sedar... sudah 23w3d... Alhamdulillah

Sekejap je masa berlalu.. sedar tak sedar.. dah 23w3d... 2 hari lepas, kami pi scan kat klinik.. nak tengok perkembangan dan kesihatan baby.. termasuklah jantina.. hehe mungkin sama macam Hannah.. tak kisahlah asalkan baby sihat dalam kandungan...

Menurut doktor, fetus skang dah seberat 592gm... Macam mana doktor timbang?? hehe
Beliau ukur saiz setiap anggota badan fetus.. dan dari situ doktor dapat anggarkan berat baby...
Alhamdulillah.. baby sihat... Mood : suka hati

Dieyna tunjuk gambar ni pada Hannah.. bagitahu dia,. ini adiknya.. bukan main suka hati lagi... hehe bila tanya nanti adik nak panggil apa.. katanya "Kak Hannah".. 

Dieyna cari maklumat perkembangan fetus pada usia kehamilan ni.. Dieyna jumpa ini dalam laman web :http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu .... 
Ilustrasi .... babycenter.
Kalau ikut scan.. memang baby Dieyna berkedudukan macam ni ...

Sekadar copy paste ye

Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik. 

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan. 

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus. 

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu#ixzz2VboL8Ud8


P/S : ESOK NAK KENA MINUM AIR GULA... UWA UWA TAK SUKA MANIS2 WEH.... SEMOGA DIEYNA DIPERMUDAHKAN YER.... :( 

15 Blogger Bersuara:

Deq's Qienz berkata...

tahniah kak..smga slamt smuanya..sy plak 24w 4day..awal smgu gan akk..dq pon doc ckp sm gan qhayra juga..hehe wallahulam..sgala kite trima asalkan dia sihat dan smpurna sglanya..ameen

Etuza Ezawarna berkata...

asalam..teruskan usaha ya..moga murah rezeki.. lama tak bertegur sapa..

Etuza Ezawarna berkata...

asalam..teruskan usaha ya..moga murah rezeki.. lama tak bertegur sapa..

Chic Na berkata...

selalu dengar org komplen kalau kena minum air gula. konfem tak sedap kan.. tp utk baby ape saja kak.. hehe..

Cik Nur™ berkata...

jaga kandungan ye kak..jga diri... :)

izan mama mia berkata...

tahniah..hannah bakal dapat adik... :D

iietamalek berkata...

alhamdulillah

ieedaz @ mama_isha berkata...

Salam kak...lame tak singgah cni... akk pregnant ya..tahniah ye walaupun dh agak lewat nk ucap... jaga diri kak!

Deqla Manjew berkata...

wahh bestnyeeee akak.. sama dgn dq ke??

dya berkata...

salam pagi..pejam celik dah 23 weeks iyer sygg..dya pun dah 20weeks..but blum scan lagik..

Si Matatajam berkata...

Alhamdulillah..M tumpang seronok ye akak...

wan nurul hezrina abd halim berkata...

rupanya ramai kan gfsian yang hamil=)semoga u all sihat n baby sihat kay

intanfirdaus247 berkata...

salam..tahniah..moga sentiasa dimurahkan rezeki..:))

Rohani Hashim berkata...

waaa seronoknya...take care dear...

Yana Libra berkata...

haraps emuanya dipermudahkan ye kak.. :)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT