Akhir- akhir ni dah malas nak tengok drama melayu di tv.. Huhu banyak sangat sebabnya.. Antaranya dah bosan dengan jalan cerita yang boleh diduga kesudahannya.. Huhu cerita pula, pasti ada adegan sedih-sedih.. yang miskin dihina- dicaci, yang kaya pula, sombong tak tentu hala.. Kalau babak orang kampung lagila.. suka sebar-sebar fitnah.. mengadu domba,, mengherdik orang yang difitnah... Orang yang difitnah tu pula, macam tak tau nak bela diri langsung.. redho je.. baik sangat. lepas tu watak sedih- sedih je... akhir cerita, yang jahat dapat balasan, mati eksiden ke, mulut jadi senget ke., jadi gila ke... habis tinggi meraung- raung kat tepi kubur kerana menyesali kesalahan... huhu kalau korang ada tekanan darah tinggi tak payahlah tengok cerita- cerita gini.. menaikkan tekaanan darah je... betul tak???
Bukan tak nak sokong cerita Melayu.. Tapi kalau setiap hari kita disogokkan dengan jalan cerita yang hampir sama.. Pasti kita jemu kan?? Apa pandangan kaum lain bila tengok cerita Melayu yang penuh dengan aura negatif.. Secara tak langsung, diorang akan berpandangan kaum kita memang ada peel macam tu.. Sedih kan???
Cubalah buat cerita yang lebih aura positif.. Apabila kita tengok, tiada rasa sakit hati... Lebih bagus kan ??? Luahan ini hanyalah pandangan peribadi Dieyna.. Mungkin korang ada pandangan korang sendiri kan??
p/s : Nak ilangkan tekanan darah tu.. Baik tengok cerita kartun.. takpun yang ilmiah skit.. Discovery channel.. Lagi syok.. hehe Bebas penyakit, bebas klinik.. dan pastinya bebas UBAT.. hehe
12 ulasan:
heee..setuju2...!
kadang2 mmg lebih sakit hati bila tgk citer melayu..
mcm siang tadi, nur tgk citer jambatan ke syurga..
ending citer tu, mmg 99% xpuas hati..huhuhu
Layan Maharaja Lawak lg best..hi hi...
Asyik sedih..hai jd Pedih...
betul tu. lg2 kalau citer org korporat. serius bosan. huhu..
Sekarang akak dah jarang tengok TV...tak tau nk komen apa tentang isi drama melayu ni...akak lbh kpd mencari berita di online...
setuju..deqla pun kurang la tgk drama melayu ni..balik2 adegan makan, dato' datin, syarikat besar2.. huhh... bosannnn...
wani skang ni layan citer qalief jer kak haha...drama melayu bohsan la
betul tue...cr layan filem cerita orang putih jer..
btl tu..jln citer semua hmpir sama.. sbb tu dya jrg tgk tv..haha..
solehah xsuka cite melayu.jalan cerita sume sama je
tgk rancangan masak masak lagi best. tak pun tgk cite korea. hihi.
haha ayat last2 setuju baik tgk kartunker mastercef ker..tp bnyk kartun laa
Catat Ulasan