Khamis, 16 Ogos 2012

H.A.M.P.I.R

Lama sungguh tak menulis dalam blog kesayangan ni.. banyak cerita nak dikongsi tetapi malangnya masa sangat membatasi... Huhu rindu nak menulis... Dieyna cari ruang jugak.. akhirnya entri ni terpublish dengan tajuknya H.A.M.P.I.R... apa yang HAMPIR ye... Meh nak ulas satu persatu...

1. Blog ni Hampir bersawang


Blog Dieyna ni hampir nak bersawang.. Labah- labah dah mula angkut tangga dah pun.. Tinggal nak keluarkan bebenang nya sahaja... Entri Dieyna yang terakhir minggu lepas.. Dan kebanyakan entri yang ada pun cuma copy paste entri segmen yang masih lagi berjalan sekarang... Minggu lepas minggu yang sangat kritikal.. Tak peduli blog, tak peduli FB sebabnya HANNAH SAKIT.. Bengkak Tonsil.. Demamnya mencecah 39'C.. Mau tak ketar lutut ibu dan ayahnya kan.. Alhamdulillah, budak perempuan tu dah sihat.. Lega skit n bolehlah ibunya membersihkan sarang labah- labah ni haha

2. Kesusahan menghampiri


Hari Jumaat lepas, semasa duk susah hati memikirkan suhu badan Hannah yang meninggi.. Dieyna dikejutkan dengan satu berita daripada ibu.. " Na, baca surat khabar tak hari ni?? Rumah Pok Loh ayoh Nydar terbakor.. Tinggal tiang- tiang je"... Dieyna terkejut bukan main.. Nydar tu my BFF zaman persekolahan.. Rumah dia tempat Dieyna bermain... Terbayang lagi rumah kayu itu.. Huhu simpati sungguh.. Semuanya musnah dijilat api.. Dahlah tinggal seminggu lebih je nak raya.. Malam tu Dieyna pi melawat diorang, bau kayu hangus menyapa di hidung.. Mereka tinggal sementara di rumah bersebelahan, mujur ada saudara yang tulus hati menolong mereka yang dihampiri kesusahan... Ramai juga jiran tetangga yang datang menghulur bantuan pakaian dan kewangan.. Alhamdulillah, mereka tidak bersendirian mengharungi kesusahan... Boleh baca ceritanya di sini ...HARIAN METRO : HANYA TINGGAL KUSYEN atau di sini.. SINAR HARIAN : RUMAH PUSAKA 26 TAHUN MUSNAH TERBAKAR.. Mood : Sedih dan simpati

3. Ramadhan hampir pergi...

Tinggal beberapa hari je lagi bulan ramadhan... Sedih...Semoga ramadhan ini bukan yang terakhir... Amalan masih belum mencukupi... Banyak sangat kealpaan... Huhu...

rasa bersalah huhu

4. Syawal hampir tiba...


Hari yang ditunggu semua orang kan.. Dieyna pun nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua...terutamanya GSF ... hehe

P/s : Entri penghapus sawang di blog ini haha



14 Blogger Bersuara:

Deqla manjew berkata...

semuanya ada kaitan dgn tajuk...ye deqla ada baca berita tu..sedeh kan..turut bersimpati jugak...

Deqla manjew berkata...

oh yer kak, selamat hari raya ye.. maaf zahir dan batin...

Mrs Velentine berkata...

Selamat hari raya..maaf zahir & batin kak

Cinta Misteri berkata...

Dieyna, jgn bimbang. Blog mu tk mungkin brsawang, ramai yg jengah jengok, labah2 pun tk brani singgah.

Takziah utk bff kamu..

Sedeyh nk tinggalkn ramadan, kannn. Thn ni mcm cpt sgt, tetiba je dh nk raya.

Slamat hari raya...utk Deyna skeluarga..

are_lin@yu berkata...

sama macam ayu..rasa amalan tak banyak kumpul lagi ramadhan nak abis dah..huhu..

p/s:dear,salam aidilfitri,ampun maaf dipinta ya..hehe

Nazayiena berkata...

Slmt hari raya aidilfitri buat Dieyna dan family,
semoga keluarga Pok Loh tabah menghadapi dugaan ini.

Cik Nur berkata...

Alhamdulillah, sihat dah budak kiut tu ye.. sekarang cuaca mmg xmenentu..

tentu beratkan dugaan keluarga BFF akak tu, moga mereka sekeluarag tabah hadapi ujian ini.

Selamat hari raya juga buat akak, nur mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang persabahabatan ini nur ade terkasar bahasa ketika menginggalkan komen di sini, maafkan nur ye..

salam lebaran tulus ikhlas dari Nur...

Sky Before Pinky berkata...

selamat hari raya kak

Masha Meisters berkata...

huhu....kesinyer...semoga mereka sentiasa sabar dan diberkati Allah....ini ujian darinya...

Chic Na berkata...

kesiannya rumah terbakar dekat2 raya ni.
hannah dah ok kak? moga cepat sembuh.
Salam aidilfitri utk kak dieyna sekeluarga.
Maaf zahir & batin. :)

Cendol berkata...

wahhh bnyk nye hampir..hihi
emm mmg sedih tu rumah pusaka 26 taun terbakar kan..emm moga mrk sabar n dpermudahkn sgale urusan.yela ramadhan dah hampir ke pnghujung,syawal dh hampir mnjelma kan..selamat hari raya kak..maap bnyk2 ye kak ^_^

Si Matatajam berkata...

Semoga keluarga mangsa tu diberi kan ketabahan yg tinggi daripada Allah swt...Salam Aidilfitri buat Dieyna sekeluarga...sedihnya Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita...

Miss BaNu berkata...

selamat hari raya kak dieyna moga happy sentiasa di hari raya ini..

9n0L4 berkata...

patutlah lame tak nmpk kak dieyna di blog sane dan page fb juge. dah tgk kad raye kak dieyna ditepek kat blog sinun ke belum? ;)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT