Setiap kali BW, widget yg biasa Dieyna tengok ialah widget FOLLOWER. Kadang tu terfikir- fikir, apa empunya blog tu buat sehinggakan ada ribuan follower. Mungkin faktor-faktor ini yg menjadikan sesebuah blog tu ramai pengikut. Antaranya :-
1. Cara ataupun gaya penulisan .
2. Isi kandungan berinformasi.
3. Join ataupun anjurkan segmen/ contest/ga.
4. I FOLLOW U , U FOLLOW ME BACK
5. Owner blog cantk or ensem hehe (Betul ke)
Sebenarnya follower yang ramai belum menjamin kemeriahan komen di blog korang.. Nak mencari kualiti dalam kuantiti yang ramai , itu sukar sebenarnya... Ada follower sekadar memenuhi ruangan follower, lepas dah follow hilang entah ke mana.. jejak semula.. blog pun dah takde.. Mungkin kita juga bukan follower berkualiti.. Sekadar follow dan tidak memberi sebarang impak kepada blog yang difollow.. Kenyataannya, jika kita follow blog seseorang hanya sebab join segmen or contest yang dianjurkan, jarang dah kita kembali semula ke blog itu selain hanya untuk mengetahui keputusan.. tapi tak semua begitu kan???
Biasanya, follower yang berkualiti ni follower yang memang ikhlas hati bertandang ke blog kita, baca stiap entri kita dan kadangkala, bersedia berkongsi pendapat dengan kita.. Bertuahlah blog yang mendapat follower sbegini.. Ukhuwah pun terjalin.. kan...
Perlu diingat, penulis blog pula perlulah mengeluarkan idea yang berkualiti dan ada ilmu yang mampu disebarkan bukan sekadar ingin meraih populariti dengan menulis cerita yang hangat sahaja, Menulis biarlah daripada hati.. Pasti terkesan di hati... Barulah follower berkualiti datang mencari.. Betul tak??
P/s : Dieyna pun tak pasti sama ada entri blog ini boleh menarik hati orang atau tak, berkualiti atau tak.. Dieyna juga tidak pasti, mampukah Dieyna menjadi FOLLOWER BERKUALITI atau sekadar menempel menambahkan KUANTITI follower yang ada di blog orang...
10 ulasan:
Apepun..Niat itu penting sblm follow sesorg.
Tapi sya suka dgn gaya penulisan dan keindahan blog :)
sudah pasti lah kita mahu yg berkualiti. ;)
blog saya banyak merepek repek je....hehheheee
Betul... kena jaga niat kita kan????
ye.. tapi susah nak dapat yang berkualiti.. hehe
merepek tubest
selalu baca n3 macam ni. tak pada saya ya, tak semestinya owner cantik ensem, yang penting cantik dan hensemnya entry dia. manfaat ke atau ada nilai ilmu. tapi blog Pesona ada kah pula nilai ilmu dalam tiap entry. Apa saja yang penting ikhlas berkarya. Ni dah terlalu dihargai letak kat atas tu tiap entry saya. Tq3x dan mybe ada turn kawan2 lain kan..
saya tengok juga GA kalau sesuai dgn usia saya ada tema family mybe saya join ya, kawan2 blog jan pula kecik hati jika kita tak join.kadang2 niat nak meriahkan suasana join kerana kita satus suka blog dari FB.
sy pulak jns ske join segmen/ga/contest....try luck jer..klo terpilih..alhamdulillah...
blog sy lak jns yg santai...
dpt ramai follower..wah...sronok jgk kan..coz..tgk ramai member dpt follower cecah 1+++...terbukti byk peminat la blog diorg...klo psl komen pula...org juz letak 'wah, cantik!' pun blh bt hati sy berbunga2..hihi
suka follow blog yg entri nya menarik, memberi ilmu & share psl makanan n resepi. hehe.. blog akak ada semua tu. :)
Catat Ulasan